Umum

Rahsia Bagaimana Mendapatkan Pengalaman Bekerja Selepas Tamat Belajar

Ini-Rahsia-Bagaimana-Untuk-Mendapatkan-Pengalaman-Bekerja-Selepas-Tamat-Belaja

Jika anda memohon kerja di Jobstreets, Glassdoor, Maukerja ataupun di Linkedin, statement ini adalah statement popular di dalam ruangan requirement. 

“Fresh graduates with at least 1-2 years experience”
“Fresh graduates with software XXX experience is welcome”

Majikan kini memerlukan graduan yang mempunyai pengalaman yang mencukupi untuk bekerja di syarikat mereka dan kebanyakkan jawatan kosong memerlukan graduan (fresh graduates) mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 1 tahun sehingga 3 tahun bekerja.

Perit bukan untuk fresh graduates mencari pekerjaan yang stabil? Ditambah dengan requirement yang agak tidak munasabah diiklankan untuk syarikat mencari pekerja.

Persoalannya sekarang, bagaimana graduan yang baru tamat sahaja belajar perlu mempunyai pengalaman bekerja untuk memohon bekerja? Saya akan kongsikan tips yang dapat membantu anda menangani masalah ini!

Berikut merupakan cara-cara untuk anda mendapat pengalaman bekerja selepas tamat belajar:

1. Kenal pasti syarikat yang menawarkan “vacation trainee” ataupun “internship” kepada para pelajar.

Tidak semua syarikat menawarkan servis ini. Hal ini kerana, sesetengah syarikat tidak berminat untuk memberi elaun bulanan kepada “unskilled workers” dan lebih suka memilih graduan yang mempunyai skills, tanpa perlu memberi “training” kepada mereka.

Internship” boleh dibuat ketika anda berada di semester akhir Diploma ataupun Degree, tetapi anda memerlukan surat sokongan daripada pihak universiti. Manakala “vacation trainee (VT)” boleh dibuat ketika anda cuti semester (tidak memerlukan surat daripada pihak universiti).

VT boleh dibuat minimum 2 minggu sehingga anda tamat semester. Kebiasaan tiada aplikasi maya untuk memohon “vacation trainee” ini. Semua dibuat secara manual dengan memohon secara terus melalui emel HR mereka  dengan mengepilkan Resume dan Cover Letter anda.

Jelaskan kenapa anda perlu lakukan “vacation trainee” ini. Bagaimana untuk mendapatkan emel daripada syarikat-syarikat? Anda boleh “google” syarikat-syarikat yang anda minat, dan cari ruangan “Career”, ataupun ruangan “About us”. Di sana, kebiasaannya mereka akan meletakkan emel syarikat mereka untuk dihubungi.

Ataupun “install” plug-in Gmail iaitu “Clearbit”. “Clearbit” adalah satu sistem di mana, anda boleh membuat pencarian alamat e-mail syarikat-syarikat besar. Mudah, bukan? Semuanya di hujung jari anda. Ini adalah contoh “interface” untuk plug-in “Clearbit”:

pengalaman-kerja-2

pengalaman-kerja-3

 

2. “Aim” company sederhana besar dan besar untuk “company branding”

Company branding amat penting dalam pemilihan permulaan kerjaya. Company branding amat penting untuk fresh graduate demi increment dan pengalaman bekerja di syarikat berkenaan. Syarikat besar kebiasaannya mempunyai klien yang besar dan “well known” di seluruh dunia.

Dan ini akan memberikan impak yang positif untuk anda dari segi pendedahan bagaimana syarikat beroperasi, bagaimana mentaliti pekerja syarikat besar bekerja dan sebagainya.

Majikan juga gemar mengambil pekerja mereka yang mempunyai pengalaman daripada syarikat-syarikat besar kerana mereka ini lebih mahir dan mempunyai pendedahan yang lebih besar daripada syarikat-syarikat kecil dan sederhana.

Sebagai contoh, Ahmad praktikal di syarikat KYT Holding Sdn Bhd selama 6 bulan, manakala Ariff praktikal di Sime Darby Property selama 3 bulan.

Dan pada masa mereka berdua memohon pekerjaan, majikan akan lebih berminat dengan Ariff untuk bekerja bersama mereka disamping keputusan mereka berdua adalah sangat memuaskan (First Class Degree). Tiada maksud untuk perlekehkan syarikat kecil dan sederhana. Ini hanya contoh dasar, bukan secara keseluruhan.

 3. Lupakan soalan wang (monetary value) buat seketika

Dalam mengejar pengalaman bekerja semasa waktu belajar ni, wang adalah soal kedua. Kerana rata-rata syarikat yang menawarkan “internship“vacation trainee” ni tidak akan memberikan apa-apa elaun kepada anda. Hal ini kerana, anda bekerja dengan mereka secara sukarela.

Program ini berbeza dengan program “internship” untuk para pelajar semester terakhir. “Intership” untuk para pelajar semester terakhir akan diberi satu surat daripada pihak university di mana ia menyatakan anda akan menjalani praktikal wajib di bawah arahan Kementerian Pelajaran Tinggi dan layak menerima elaun.

Dalam mengejar pengalaman bekerja sebelum anda tamat belajar, beberapa perkara perlu dikorbankan, terutama masa dan wang anda.

Penuhkan cuti semester dengan aktiviti berfaedah seperti tips-tips yang saya berikan di atas. Nescaya, saat anda baru sahaja melangkah keluar daripada universiti, anda telah mempunyai pengalaman bekerja!

JobKartel Universiti

Pendapat anda?