Umum

3 Cara Mudah Untuk Sambung Belajar Di Luar Negara Bagi Lepasan Diploma, A Level, Matrikulasi dan Foundation

cara-memohon-universiti-luar-negara

Hari ini anis nak kongsi bagaimana caranya nak menyambung pelajaran di luar negara bagi lepasan Diploma, A-Level, Matrikulasi dan Foundation.

Sebenarnya tak mudah dan juga tak susah nak sambung pelajaran di luar negara. Yang penting, kita kena berusaha untuk mencapai impian kita dan jangan mengalah walau apapun berlaku! Sentiasa berfikiran positif, okay? ūüôā

Ini adalah tiga langkah mudah nak memohon belajar di universiti luar negara:

1)Hubungi IDP AGENT

Apa Itu “IDP AGENT” ?

IDP AGENT ini adalah satu organisasi yang menguruskan pelajar-pelajar yang nak sambung belajar di luar negara seperti UK, Australia & New Zealand. Ataupun dipanggil “education agent”.¬†

Anis menggunakan servis mereka ini dari A sampai Z. Tak perlu risau, mereka tak cajs apa-apa bayaran pun. Semuanya¬†FREE OF CHARGE. Cuma…

Kalau nak sambung belajar di UK, kena bayaran untuk memohon di universiti yang anda inginkan, tapi servis IDP AGENT ni memang PERCUMA !

Nak hubungi mereka, boleh terus email atau call, paling cepat terus pergi dekat Branch mereka (boleh google)! Anis nak anda semua CONTACT IDP AGENT ini sebab nak tahu bila education fair untuk tahun ini !

Jom serbu education fair dari universiti luar negara.

Apa itu “Education Fair” ?

Education fair ini macam expo pendidikan di Malaysia. Selalunya expo pendidikan, semuanya dari universiti Malaysia. Tapi “education fair” ini semuanya dari universiti LUAR NEGARA..Tunggu apa lagi…

Alamat : 6th Floor, (West Block), Wisma Selangor Dredging, 142-C, Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia

Tel no : +60 3-2162 3755

Klik link ini untuk maklumat lebih lanjut : https://www.idp.com/malaysia/studyabroad

2)Dokumen untuk ke “Education Fair”

Okay, dah tahu bila TARIKH & HARI untuk ke education fair? Kalau dah tahu, apa perlu anda bawa untuk ke situ?

Ini dokumen-dokumen yang perlu dibawa :

1) Ini dokumen yang perlu dibawa bagi yang masih belum konvo :

  • Salinan¬†IC (disahkan oleh pensyarah atau ketua kampung)
  • Salinan MUET
  • Salinan sijil SPM
  • Mini academic transcript/Result Final CGPA untuk matrikulasi, A Level dan Foundation
  • Course programme atau course outline

2) Ini dokumen yang perlu dibawa bagi yang sudah konvo : 

  • Salinan ic (disahkan oleh pensyarah atau ketua kampung)
  • Salinan MUET
  • Salinan sijil SPM
  • ORIGINAL academic transcript/Result Final CGPA untuk matrikulasi, A Level dan Foundation
  • Course programme atau course outline
  • Sijil konvokesyen/Sijil tamat pelajaran untuk¬†matrikulasi, A Level dan Foundation
  • Course syllabus
  • Medium Instruction dari HEA universiti/matrikulasi/kolej

Dokumen ini¬†PENTING¬†untuk anda isi borang permohonan untuk belajar di universiti luar negara. Masa di “education fair”, anda boleh memohon semua universiti luar negara yang anda impikan.

Nota : Kadang-kadang kita yang dari lepasan DIPLOMA dapat banyak juga¬†“CREDIT TRANSFER”.

Apa itu CREDIT TRANSFER”?

Senang cerita, subjek yang kita dah ambil di diploma dulu, tak perlulah diulang lagi sekali. So, anda tidak perlu ambil subjek yang anda dah ambil, jadinya tempoh pembelajaran akan jadi lebih pendek.

3)Tips untuk pilih universiti luar negara

Sebelum nak mohon menyambung pelajaran di luar negara, kenalah buat “RESEARCH” dulu, jangan main HANTAM je mohon ikut suka hati !

Apa yang anis buat ialah “search” dulu universiti yang TOP 100 di dalam dunia. Sebab selalunya kalau korang nak mohon biasiswa, pihak penaja akan mewajibkan pelajar mohon sambung belajar di universiti yang TOP 100 di dalam dunia.

Dah tengok RANK universiti itu dah TOP 100 di dalam dunia, cuba anda selidik dahulu universiti itu di dalam negara TOP 10 tak?

Contoh : University of Queensland top 60 in the world, top 3 in Australia ranking. 

Dah check ranking, cuba selidik KOS yang anda mohon itu “top ranking” tak dalam universiti yang anda mohon?

Contoh macam Anis ambil kos “accounting”, anis akan “search” dulu universiti yang anis mohon itu, top ranking tak di dalam kos “accounting”.

Contoh: For the fourth consecutive year, The Economist has ranked The University of Queensland Business School’s Master of Business Administration Program number one in the Asia-Pacific region.

Klik untuk maklumat lebih lanjut tentang UQ : https://www.uq.edu.au/news/t/rankings

Contoh dokumen-dokumen penting :
 Medium Of Instruction

Muet Certificate

Mini Academic Transcript

Courses Code And Programme

SPM Certificate

Original Academic Transcript

P/s : SPM anis taklah gempak macam orang lain, tapi alhamdulilah masa Diploma anis perform betul-betul. Mungkin ini rezeki anis. Kalau saya boleh, anda semua pasti boleh !

Dulu ramai cakap “MUSTAHIL” untuk anis capai impian anis, tapi dengan kekuasaan ALLAH.

“TIADA YANG MUSTAHIL”

Insha-Allah your dreams can become reality.

JobKartel Universiti

Pendapat anda?
Share: