Bisnes

5 Cara Jana Pendapatan Sebagai Student

5 cara jana pendapatan sebagai student

Korang pelajar ipta? Penah tertanya atau terfikir tak cara jana pendapatan sebagai student? Admin tahu, hidup sebagai seorang student ni susah sebenarnya kan?

Yelah, walaupun korang ada PTPTN, MARA ataupun FAMA (father mother) tapi sebenarnya masih tak cukup. Kadang-kadang baru keluarkan RM50 dari atm, petang tu tinggal RM20 je. Korang sendiri pun tak tahu mana hilangnya RM50 tu kan? Hahaha.

Tapi betul lah, hidup sebagai seorang student ni banyak guna duit. Nak print assignment lagi, makanan (bila dalam U, lain macam lapar dia), duit shuttle, minyak kereta (lepastu dapat pula kawan yang tanak tong-tong duit minyak…), ha macam macam lagi lah.

Lepastu end up last last mesti makan maggie. Elok lagi makan maggie. Ada juga student yang kerat dua makan maggie tu. Itu lagi kesian!

Walaubagaimanapun, sekarang student makin bijak untuk menjana pendapatan. Selagi ada usaha dan azam nak senangkan diri sendiri dan tak nak susahkan ibu bapa, mesti boleh.

Tapi ada juga yang masih samar-samar bagaimana untuk korang semua nak berniaga sebagai student.

Jangan risau, Admin nak kongsi :

5 Cara Jana Pendapatan Sebagai Student

1. Cab Service

Korang ada kereta? Atau kereta keluarga yang boleh dipinjam untuk bawa ke universiti. Haaa, kalau korang nak tahu, cab service ni pun popular tau untuk student dekat U untuk cari duit sikit. Yelah, student lain mestilah ada nak keluar outing dekat area bandar kan.

So ni lah masa korang untuk buat service teksi. Dulu admin pun buat cab service juga. Seronok sangat. Dapat kawan baru, dapat berbual dengan student dari course lain.

Yang pentingnya, buat cab service ni dapat cover minyak kereta korang and perbelanjaan korang. Jadi tak perlu lah korang untuk minta duit minyak dekat ibu bapa korang setiap minggu.

2. Dropship

Ini antara pekerjaan yang paling senang juga untuk korang menjana pendapatan semasa zaman belajar. Korang tak perlu pun penat-penat nak ambil stok, ataupun hantar barang kepada “customer” korang.

Tugas korang hanya “promote” dan dapatkan pelanggan. Sekiranya, ada pelanggan yang ingin membeli produk/ servis daripada korang , korang akan dapat komisen.

Sebagai contoh, kalau korang jadi dropshipper untik Brand A yang jual tudung. Contohnya,  Brand A jual satu helai tudung dengan harga RM30.

Sekiranya ada customer yang ingin membeli sehelai tudung, korang hanya perlu bayar RM20 kepada Brand A dan lagi RM10 ialah keuntungan korang sendiri. Senangkan? Korang hanya perlu gunakan smartphone dan platform sosial media sahaja. Jadi gunakanlah smartphone korang dengan bijak.

3. Kemahiran

Untuk student course graphic designer, boleh la ikut tips ini. Jadi, kalau korang yang hebat dalam Adobe Photoshop, Illustator, In Design, boleh lah ambik upah buat design.

Kawan admin, dalam sebulan dia boleh menjana RM1000 untuk upah buat design sahaja. Bukannya perlu berpanas, angkat batu untuk dapatkan RM1000 itu. Dengan menggunakan kemahiran yang ada sahaja.

Mula-mula, boleh je nak cas murah ataupun percuma, untuk mendapatkan kepercayaan dengan kerja korang dahulu. Kemudian, baru lah korang cas dengan harga yang sepatutnya.

Selain itu, korang pun boleh letakkan segala kerja freelance korang untuk masuk dalam portfolio korang. Nanti in the future, boleh la letak dalam resume korang bila nak minta intern atau kerja nanti.

4. Tutor

Membuat tutor ini sebenarnya sesuai untuk pelajar yang baru sahaja melanjutkan pelajaran di Universiti, terutamanya untuk student yang baru sahaja masuk semester 1.

Mungkin ada di antara korang masih ingat subjek yang korang belajar masa zaman SPM dulu. Atau ada juga yang masih ingat subjek-subjek PMR. Jadi, apa kata korang semua buat servis tutor untuk pelajar yang akan mengambil SPM atau PMR.

Kalau keputusan SPM anda bagus juga akan lagi senang untuk orang percayakan korang untuk jadikan korang tutor.

Jadi, jangan sia-sia kan kepandaian korang dengan tidak memanfaatkannya. Buatlah freelance sebagai guru tutor dan ini sedikit sebanyak dapat membantu korang untuk menjana pendapatan tau.

5. Jual makanan

Sudah menjadi lumrah bahawa student U ni sebenarnya banyak habiskan duit untuk makanan. Cepat lapar bila berada di U ni. Iyalah, kalau dapat pula U yang besar dan jarak jauh ke hostel pula jauh sangat, memang penat la dengan cuaca yang panas lagi.

Jadi apa kata korang ambil peluang ini untuk belajar membuat cake, donut atau makanan yang mudah untuk dimasak dan mendapatkan pulangan yang bagus.

Kalau nak tahu, dulu admin menjual spaghetti bolognese tau, di hostel admin. Hujung minggu admin akan membuat spaghetti dan akan open order seminggu sebelum tu. Lepastu, admin akan deliver order pada hari Isnin sahaja.

Jadi, student dapat makan spaghetti Admin pada hari Isnin sahaja. Dalam satu hari sahaja, Admin berjaya kumpul dalam RM500 tau dan modal yang Admin laburkan ialah RM200. Not bad juga kan? Bayangkan kalau admin open order untuk jual hari-hari? Haaa kaya raya lah admin nanti.

Pengajaran

Sebenarnya banyak sangat cara jana pendapatan sebagai student tau. Cuma korang perlu kreatif dan mempunyai usaha untuk senangkan diri anda dan juga ibu bapa anda.

At least, takdalah korang mengharapkan duit ibu bapa setiap minggu dan mengharapkan duit PTPTN. Jangan sia-siakan tenaga dan kemahiran yang korang ada.

Mungkin korang beranggapan bahawa bila masuk belajar, fokus korang hanyalah belajar. Tetapi untuk belajar berdikari, cuba lah korang cari duit untuk sara diri sendiri di universiti. Selamat berjaya!

Pendapat anda?
Share: