KerjayaWork Life Balance

Ini 5 Cara Hilangkan Stress Di Tempat Kerja

Cara hilangkan stress di tempat kerja? Stress? Ia bukanlah sesuatu perkara yang remeh. Malah ianya sangat serius.

Stress boleh menyebabkan simptom fizikal seperti pening kepala, migraine yang melampau, tekanan darah tinggi yang kuat, sakit dada dan masalah tidur.

Pada masa yang sama, stress juga boleh menyebabkan seseorang itu sentiasa nervous atau depression.

Contohnya, diberi kerja yang begitu banyak tetapi dibayar gaji yang rendah atau mempunyai masalah dengan rakan kerja anda.  Bagaimana untuk mengatasinya? Baca 5 cara ini:

Cara Hilangkan Stress Di Tempat Kerja?

1. Tulis Rutin Harian Anda

Menulis rutin harian anda adalah salah satu cara hilangkan stress di tempat kerja. Cuba anda menulis satu jurnal tentang rutin harian yang anda lalui selama seminggu untuk mengetahui situasi manakah yang paling membuatkan anda tertekan.

Tulis segala apa yang anda rasa, fikir dan keadaan persekitaran yang anda lalui saat itu termasuk orang-orang yang menjadi salah satu punca penyumbang kepada stress anda dan bagaimana reaksi anda terhadap perkara itu.

Adakah anda meninggikan suara semula kepada mereka? Atau anda pergi berjalan untuk release tension anda?

2. Healthy Lifestyle

Daripada anda hilangkan stress anda dengan memakan makanan yang tidak sihat atau menghisap rokok, lagi bagus jika anda membuat perkara yang berfaedah seperti bersukan atau meluahkan bebanan yang anda hadapi kepada seseorang.

Bersenam adalah salah satu cara yang terbaik. Apabila kita mengeluarkan peluh, badan kita akan mengeluarkan hormon Endorphine.

Ianya akan mengurangkan hormon stress. Secara tidak langsung, saluran darah kita pun akan lancar dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan stress anda.

Melakukan aktiviti hobi yang anda minat seperti membaca novel, atau bermain game dengan keluarga anda juga dapat mengurangkan stress anda. Tidur yang cukup juga sangat penting untuk mengurangkan stress anda.

3. Belajar Untuk Tenangkan Diri

Teknik-teknik seperti meditasi dan yoga merupakan aktiviti yang bagus untuk mengurangkan stress anda.

Mulakan hari anda dengan mengambil beberapa minit untuk fokus melakukan teknik-teknik tersebut.

Apabila anda mampu untuk membuat satu aktiviti dengan fokus tanpa gangguan, anda akan berasa sangat tenang dan sedikit sebanyak tumpuan anda pada sesuatu perkara akan menjadi lebih tajam.

4. Dapatkan Sokongan

Menerima pertolongan daripada kawan rapat anda dan ahli keluarga anda bukanlah bermaksud anda lemah. Semua orang at some point of their life perlukan sokongan moral untuk menghilangkan stress.

Jika anda masih terasa begitu tertekan, anda mungkin ingin bercakap dengan ahli psikologi yang dapat membantu anda untuk mengawal stress anda.

5. Beritahu Supervisor Anda

Ini juga adalah salah satu cara hilangkan stress di tempat kerja. Mulakan dengan perbualan yang terbuka dengan supervisor anda.

Tujuan anda memberitahu supervisor anda, bukanlah sebab nak mengadu semata-mata dan mengambil simpati orang lain.

Tetapi untuk anda mendapatkan solution kepada masalah anda sekaligus mendapatkan nasihat atau pandangan daripada supervisor anda supaya anda boleh melakukan kerja-kerja anda dengan lebih efektif.

Stress adalah perkara yang sangat serius dan kalau dibiarkan, tidak mendapatkan pertolongan daripada kawan atau ahli keluarga yang terdekat, ia akan menjadi lebih parah. STRESS ialah silent killer.

Pada masa yang sama juga, stress boleh mendorong kepada depression seterusnya kepada self-harm (menyakiti diri sendiri untuk melepaskan stress) dan berakhir dengan suicide (bunuh diri).

Untuk pengetahuan anda, terlalu ramai pekerja yang mengambil nyawa mereka disebabkan terlalu stress dengan pekerjaan mereka.

Mereka mungkin kelihatan seperti orang yang tidak mempunyai masalah dan tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa mereka depress, tetapi jauh di sudut hati mereka, mereka sahaja yang tahu.

Sumber: SirapLimau

Pendapat anda?
Share: