Inspirasi

Cabaran Membina Aset Digital, Semuanya Bola Kongsikan Kisah Mereka

semuanya bola logo

Semua orang tahu nak membina sebuah aset digital bukan suatu perkara yang mudah. Tetapi ia bukan sesuatu yang mustahil untuk dijadikan sebagai sebuah media yang besar. Semuanyabola.com berkongsikan kisah cerita mereka.

Walaupun ia satu laman web rasmi bola yang boleh dikatakan masih baru di Malaysia. Tetapi anda boleh lihat engagement mereka di Facebook dan Instagram. Penglibatan pembaca kepada website dan media sosial mereka sangat tinggi.

Semuanya Bola juga merupakan satu laman web yang mengfokuskan kepada niche sukan bola sepak tidak kira tempatan mahupun luar negara. Kini sedang tersebar luas pengenalan websitenya di seluruh Malaysia.

Shahrir Bahar, Co Founder dan CEO kepada Semuanya Bola berkongsikan cerita pembangunan aset digital mereka ini. Mesti semua orang berfikir bagaimana digital media yang hebat-hebat ini boleh survive pada awal-awal penubuhan mereka kan.

1. Bagaimana faktor kewangan Semuanya Bola ketika fasa survive dahulu?

Shahrir Bahar memberitahu,

“Semua orang ingat nak mula untuk membina aset digital ini perlukan belasan atau puluhan ribu. Sebenarnya tidak la sebanyak itu. Masa mula-mula kami bangunkan Semuanya Bola, overhead tidak tinggi mana. Kos setup website dan bayaran untuk maintain baru dalam 2-3 ribu setahun jika kira keseluruhannya.”

Untuk permulaan memang tidak memerlukan kos yang tinggi. Tetapi ada perkara yang lebih penting daripada kos permulaan ini sebenarnya iaitu “Hardcore Writer”.

“Saya bersyukur sebab ada Muzammil bersama dengan saya, sebab dia lah hardcore writer untuk Semuanya Bola pada peringkat awal penubuhannya. Kerja saya pula fikirkan bagaimana nak hubungkan bisnes kepada Semuanya Bola.”

Bermula dengan beberapa orang pertama, hari ini Semuanya Bola mempunyai kakitangan sepenuh masa seramai 20 orang.

Berbalik kepada tugas Shahrir Bahar tadi, hubungkan bisnes kepada Semuanya Bola. Apakah bisnes yang dimaksudkan oleh beliau?

2. Revenue Stream

“Untuk Semuanya Bola, kami ada 3 laluan kewangan iaitu yang pertama daripada iklan FB, set up kempen koprat klien, dan juga kami sudah menjadi sebagai satu agensi dimana ada klien yang mahukan kami menjaga aset digital mereka seperti media sosial dan lain-lain. Yang terkini masih di dalam proses development adalah The SBX, Ecommerce untuk Semuanya Bola.”

Untuk memulakan membina startup digital ini, mesti ada cabaran-cabaran yang perlu dilalui. Apa kisah daripada Semuanya Bola?

3. Cabaran membina aset digital.

Shahrir memberitahu, pada peringkat awal membuat aset digital ini sememangnya satu perkara yang agak sukar. Mereka struggle pada setahun setengah yang pertama.

“Jika anda mahu membina aset digital seperti kami, saya nasihatkan yang anda kena tahu untuk bina aset digital perlukan masa dan tenaga yang panjang. Bukan hari ini buat esok terus dapat. 2 pasukan ini pastikan kuat semasa permulaan membina aset digital anda iaitu Team Content & Team Sales.”

Team Content akan mengurus kewajipan untuk menyebarkan maklumat-maklumat yang sepatutnya dan Team Sales akan berusaha untuk mendatangkan bisnes kepada syarikat.

Hari ini Semuanya Bola mempunyai 10 juta page view sebulan. Menjadi lagi tanda tanya besar, bilangan page view yang besar begini dalam tempoh beberapa tahun dan hanya mengfokuskan kepada niche sukan bola sepak. Prestasi yang sangat membanggakan.

4. Injection daripada Superb & Cradle

Antara faktor yang membuatkan Semuanya Bola dapat berkembang dengan pesat adalah mereka telah memenangi geran superb berjumlah RM 500k dan daripada pihak Cradle RM150k.

“Kami bersyukur kerana daripada dana ini membuatkan pasukan kami dapat bergerak dengan lebih pantas daripada biasa.”

Dalam percakapan Shahrir lagi, beliau memberitahu antara kata kunci yang membuatkan mereka boleh memenangi geran berkenaan adalah “To Educate People About Proper Football”.

Team JobKartel belum lagi mempunyai pengalaman memikat hati Superb atau Cradle, InsyaAllah suatu masa kami akan menuntut dan berguru dengan beliau. Haha

5. Adakah Semuanya Bola pun ada perancangan untuk “Exit” ?

Kenapa soalan ini selalu ditanya kepada pemilik aset digital adalah kerana pembelian Rev Asia daripada pihak Media Prima sejumlah RM105 Juta tempoh lalu. Ini sedikit sebanyak akan merancakkan lagi perkembangan aset-aset digital di Malaysia.

“Jika ditanya kepada kami, adakah kitaorang mempunyai exit plan. Saya lebih suka jika kita dapat expand dulu gila-gila baru exit. Kalau nak exit dengan jual pun baru rasa berbaloi dan lebih puas. Jangan tergesa-gesa nak exit. Rancang dahulu apa yang terbaik untuk syarikat.”

Semuanya Bola kalau post mesti dapat respon engagemet yang tinggi daripada audience. Ada tips untuk ini ?

6. Bagaimana Semuanya Bola engage dengan channel luar ?

“Soalan yang sangat bagus, ada 2 langkah yang perlu anda lalui untuk buat perkara ini iaitu :

Pertama Content Creation, anda kena cipta konten yang sangat bagus, pastikan pasukan writer anda dapat mencipta konten-konten yang bagus bukan setakat copy paste sahaja.

Kedua Content Distribution, tahu cipta sahaja tidak tahu untuk sebarkan juga masalah. Kami di Semuanya Bola akan allocate RM300 setiap bulan untuk boost artikel kami.

Antara cara lain yang boleh lakukan adalah minta influencer tulis dalam blog kita dan selalunya mereka akan post di personal FB mereka sendiri. Di sini anda sudah dapat fans mereka ataupun post dekat group-group FB dengan etika.”

Akhir sekali Shahrir memberitahu,

“Mungkin ramai yang mengatakan, aset digital ini hanyalah sebuah media semata-mata. Besar sangat ke nilainya? Anda semua kena tahu, perkara yang paling besar untuk sesebuah media adalah “people voice”. Kita adalah medium untuk masyarakat menyampaikan sesuatu.”

Tuan Shahrir Bahar,
CEO Semuanya Bola

Pendapat anda?

Notice: Undefined variable: logo_output in /home/forge/jobkartel.com/wp-content/plugins/mobile-menu/includes/class-wp-mobile-menu-core.php on line 200
Left Menu Icon