Inspirasi

Kisah Inspirasi Pelajar Politeknik Terbang Jauh Belajar Ke Luar Negara Dengan Tajaan!

Ini merupakan kisah daripada salah seorang sahabat saya yang sangat memberikan inspirasi. Ya, bukan mudah untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Lagi-lagi jika kita daripada universiti tempatan. Tetapi, bagi adam. Ini bukan suatu yang mustahil

Ikuti kisah beliau di sini:

Adam merupakan bekas pelajar Politeknik Premier Ungku Omar di Ipoh. Pernah belajar di Australia selama beberapa tahun, dan kembali ke Malaysia sebagai jurutera Petroleum di Miri, Sarawak.

Semasa beliau menerima keputusan SPM suatu ketika dahulu, Adam tahu, beliau tidak layak masuk mana-mana universiti awam kerana competition untuk kemasukan ke universiti buat calon bukan Bumiputera, agak tinggi.

Saat permohonan UPU dibuka, Adam cuba untuk memohon permohonan di university awam kerana bagi beliau, tidak salah mencuba. Pada masa yang sama, Adam ada memohon permohonan Politeknik, sebagai peluang kedua jika dia tidak menerima apa-apa tawaran daripada IPTA.

Maka, keputusan UPU pun keluar. Dan akhirnya, beliau hanya menerima tawaran daripada Politeknik Premier Ungku Omar, di Ipoh. Iaitu, berdekatan rumahnya.

Pada mulanya, Adam agak terkilan kerana tidak menerima tawaran daripada universiti awam. Tetapi, semangat beliau untuk belajar lebih bersungguh-sungguh makin membara.

Pada semester pertama belajar, Adam merangkul keputusan yang sangat memberangsangkan di Politeknik. GPA beliau hampir dengan 4 rata. Dan kejayaan itu berterusan sehingga beliau di tahun akhir Diplomanya di Politeknik.

1) Permulaan Permohonan Biasiswa

Pada suatu hari, Adam mendapat berita bahawa permohonan biasiswa dibuka untuk lepasan Diploma ke luar dan dalam negara. Semangat beliau berkobar-kobar ketika itu.

Bagi Adam, mendapat biasiswa di dalam negara pun sudah cukup untuk meringankan beban keluarga beliau untuk menampung kos pembelajaran. Tidak pernah terfikir untuk menyambung pengajian ke luar negara.

Berbekalkan keputusan peperiksaan yang lalu, Adam memohon biasiswa daripada syarikat Oil & Gas untuk menyambung pengajian di dalam negara. Dan pada masa yang sama, masih fokus belajar untuk menamatkan pengajian Diploma beliau.

Hari berganti hari, dan akhirnya keputusan temuduga mulai keluar. Adam menyemak e-mel nya setiap saat kerana berdebar. Akan tetapi, Adam tidak mendapat apa-apa panggilan daripada pihak biasiswa.

Sedikit akur, tetapi bagi beliau, mungkin rezeki tidak berpihak kepadanya. Mungkin Adam perlu menyambung pengajian Ijazahnya di mana-mana universiti di Malaysia tanpa tajaan.

Adam mula gelisah dan tidak senang duduk. Bagi beliau, biasiswa ini adalah satu-satunya harapan Adam untuk menyerlah dalam pelajaran dan membantu meringankan beban keluarga.

Suatu hari, saat Adam sibuk menelaah buku untuk peperiksaan akhir, beliau menerima satu panggilan telefon daripada nombor antarabangsa.

2) Panggilan Biasiswa

Adam ragu-ragu kerana mungkin ini adalah satu bentuk scam. Tetapi semangat ingin tahu Adam menyatakan beliau patut mengangkat panggilan itu.

 

“Hello, this is XXXXX? I am from XXXX.”

“Hi, yes. Speaking.”

“We found that you were applying for our scholarship program back in March. And we would like to ask couple of question before we proceed with the offer”

“Oh okay. Any details you need?”

“May I know your current exam result, and any extra-curricular you get involved?”

“Yes, I do have involved in debating, and my current result is XXXX”

“That is great! Actually, we are giving flexibility to our scholar recipients to choose the university. It can be local or abroad. But, only the list of university we given, you could choose. Do you mind?”

“Okay, sure. Mind to elaborate more?”

Makanya, pihak penaja memberitahu Adam beberapa list universiti yang beliau boleh memohon dan mereka akan menaja Adam belajar di sana.

“May I know, I was applying for local university, but why you were giving me list of local and abroad university? I am super curious.”

“To be frank, you can choose either to study abroad or local. Like I said, we are giving our scholar recipient flexibility to choose”

“Okay, cool. Would you mind to send me an email? You know, black and white stuff.”

“Alright, will do. But please respond as soon as possible because we need time to process your visa and whatnot for you”

“Okay. I will reply your e-mail within this week.”

 

Disebabkan gembira dan pada yang sama kaku dengan panggilan itu, Adam terus berjumpa dengan ibu bapa beliau. Ini merupakan suatu berita gembira buat keluarganya.

Seperti durian runtuh. Adam ditawarkan pengajian di dalam jurusan Petroluem di mana-mana university yang terdapat dalam senarai university yang layak dimohon oleh badan biasiswa beliau, tidak kisah dalam atau negara.

Akhirnya, Adam berhasrat untuk menyambung pengajian ke Curtin University, Australia. Perasan beliau ketika itu berkobar-kobar untuk tamatkan pengajian di Politeknik dan terus terbang menempa nama di university luar negara!

Pada masa yang sama, Adam perlu berpijak di bumi yang nyata. Beliau masih ada satu hal yang belum dilunaskan, iaitu peperiksaan akhir Diploma. Pihak penaja akan mengambil kira keputusan akhir peperiksaan ni untuk melayakkan beliau mendapat kontrak belajar ke luar negara.

Dan akhirnya, tamatlah Adam belajar di Politeknik. Beliau menamatkan pengajian Diploma Kelas Pertama di Politeknik dan menerima anugerah kecemerlangan akademik di hari konvokesyen beliau.

3) Rezeki Untuk Adam

Penat lelah Adam selama ini berhasil, walaupun beliau tidak layak mengikuti pengajian di universiti awam. Pada masa yang sama, Adam teruja untuk berangkat ke Australia untuk pengajian Ijazahnya, di bawah tajaan biasiswa.

Kesemua proses ke luar negara, di uruskan sepenuhnya oleh pihak penaja. Bagi Adam, itu adalah sesuatu yang baik kerana keluarga beliau tidak mempunyai ilmu untuk memohon permohonan universiti ke luar negara, visa dan sebagainya.

Setelah 2 tahun di Australia, Adam pulang ke tanah air untuk berbakti kepada negara. Adam tidak wajib bekerja dengan pihak biasiswa kerana biasiswa beliau tiada apa-apa ikatan.

Tetapi, bagi Adam, beliau ingin berbakti kembali kepada syarikat yang telah menajanya di Australia dahulu. Beliau diterima masuk bekerja di syarikat Oil & Gas dengan memegang jawatan Jurutera Petroleum, bertempat di Miri, Sarawak.

Kehidupan Adam di Miri sangat sibuk sehinggakan 24 jam bagi beliau tidak cukup untuk melunaskan kerja. Setelah siap satu kerja, muncul kerja baru.

Suka atau tidak, Adam harus terima. Di Miri, Adam ditawarkan dengan gaji dan elaun yang berpatutan dengan kerja. Segalanya sempurna. Tapi ada sesuatu yang membuatnya rasa tidak puas.

4) Nekad Menyambung Ijazah Kedua

Terdetik di hati Adam, untuk menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya. Bagi Adam, ilmu itu tak pernah cukup. Pada masa yang sama, Adam sangat berat untuk tinggalkan pekerjaan beliau yang sekarang.

Adam dan professionnya seperti sudah sebati di dalam diri. Setiap hari, Adam berfikir dan bertanyakan rakan sekerja tentang cadangan beliau untuk menyambung pengajian, dan berhenti bekerja di sini.

Sebilangan menyokong usaha murni Adam, dan sebilangan lagi membantah cadangan beliau.

Akhirnya, saat pulang ke Semenanjung untuk bertemu keluarga, Adam membuat keputusan untuk menyambung pengajian Ijazah Kedua di mana-mana universiti di Semenanjung.

Pada mulanya, keluarga membantah, kerana Adam sudah memiliki pekerjaan yang beliau minati. Tetapi bagi Adam, keinginan untuk belajar jurusan lain semakin menebal hari makin hari.

Saat pulang ke Miri, Adam menghantar surat perletakan jawatan kepada syarikat beliau bekerja.

Mulanya, bos Adam membantah sekeras-kerasnya tentang keputusan yang dibuat, tetapi Adam tetap teguh dengan pendiriannya. Setelah berbincang, syarikat Adam setuju dengan perletakan jawatan Adam, tetapi dengan bersyarat.

Syaratnya, pihak syarikat akan membantu dalam pencarian universiti di dalam Malaysia buat Adam, bergantung kepada jurusan yang beliau minati.

Bagai bulan jatuh ke riba, Adam menerima tawaran itu dengan hati terbuka.

5) Kehidupan Sekarang

Saat entri ini ditulis, beliau di dalam proses menyambung ijazah kedua di dalam bidang Bioteknologi di satu universiti di Johor dan bakal tamatkan pengajian ijazah kedua pada akhir tahun 2017.

Kisah ini besar untuk kita hayati bersama. Banyak pengajaran yang boleh kita belajar terutamanya jangan memandang rendah potensi pelajar Politeknik atau mana-mana institusi belajar. Institusi belajar hanyalah medium untuk para pelajar serlahkan potensi masing-masing.

Tiada guna anda belajar di universiti terkemuka, tetapi tiada usaha untuk maju ke hadapan. Dengan usaha, tiada apa yang mustahil untuk anda capai dalam dunia ini. 

Pendapat anda?

Notice: Undefined variable: logo_output in /home/forge/jobkartel.com/wp-content/plugins/mobile-menu/includes/class-wp-mobile-menu-core.php on line 200
Left Menu Icon