Umum

“Bukan Senang Nak Belajar Di Universiti” Ramai Tidak Tahu Antara Cabaran Apabila Bergelar Mahasiswa

"Belajar Kat Universiti Pun Susah Ke?" Ramai Tidak Tahu Cabaran Bergelar Mahasiswa

sumber gambar daripada ayobuka

Ya, memang benar bergelar seorang pelajar memang menyeronokkan. Tapi ramai tidak tahu cabaran bergelar mahasiswa kan? Cabaran seorang mahasiswa merangkumi aspek ekonomi, masa, pelajaran dan lain-lain. Sebenarnya semua pengalaman dan cabaran ini akan membuatkan kita lebih matang dan kuat di masa depan.

Apa yang kita buat hari ini menentukan siapa kita di masa depan, jadi tak perlu mengeluh. Bayangkan kejayaan yang anda akan dapat setelah selesai belajar nanti pasti anda akan lebih bersemangat untuk mengejar cita-cita.

“Masa itu emas”, ini pepatah untuk menunjukkan pada kita betapa pentingnya untuk menghargai masa. Sebagai seorang mahasiswa baik, sekiranya kita kurang cekap mengatur masa ini akan menjejaskan pelajaran. Banyak lagi cabaran yang terpaksa dilalui bergelar seorang mahasiswa universiti dan kolej.

Apa yang kita boleh buat ialah bersabar. Ingat kembali pengorbanan ibubapa kita dalam bersusah payah untuk membesarkan kita. ”Di mana ada kemahuan,di situ ada jalan”, tetapkan impian anda dan teruskan mengejar.

Dalam artikel kali ini, ada beberapa contoh cabaran yang sering dialami mahasiswa. Bagi yang ingin melanjutkan pelajaran mungkin dengan tulisan ini dapat memberi anda gambaran tentang cabaran bergelar mahasiswa. Kurangnya pendedahan menyebabkan ramai tidak tahu cabaran bergelar mahasiswa.

1) TUGASAN YANG BANYAK

Menjadi kebiasaan seorang pelajar menerima tugasan dari pensyarah. Cuma kadang-kadang tugasan yang diberi terlalu banyak sehingga terpaksa berjaga malam kerana ingin menyiapkan tugasan yang diberi.

Jangan buat kerja “last minute” kerana mungkin anda tak sempat untuk menyiapkan semua tugasan. Sebaliknya sebaik saja mendapat tugasan dari pensyarah terus mulakan sedikit demi sedikit.

2) TERLEKA

Biasalah kalau dah jiwa muda, pasti ada keinginan untuk berseronok. Pelajar mudah terleka dengan aktiviti di luar bidang akademik seperti hiburan dan sukan. Aktiviti seperti ini tidak salah, tapi anda harus ingat tanggungjawab sebagai seorang pelajar.

Jangan berseronok sehinggakan pelajaran pun turut terjejas. Pelajaran harus diutamakan kerana inilah tujuan anda menyambung pelajaran. Sekiranya anda tidak fokus ini akan mengganggu proses pembelajaran dan seterusnya merugikan diri sendiri.

3) MASA YANG TERHAD

Tugasan yang banyak menyebabkan kita selalu kesuntukan masa. Setiap pelajar harus tahu menguruskan masa dengan baik supaya masa yang bernilai tidak disia-siakan begitu sahaja.

Pendek kata, hidup sebagai pelajar universiti sentiasa sibuk dan adakalanya mereka tidak mempunyai masa untuk bersenang-senang. Jika anda gagal menyesuaikan diri dalam persekitaran baru anda akan ketinggalan banyak perkara dan ini akan menyebabkan pelajaran terjejas.

4) EKONOMI

Sebelum ini kita digemparkan dengan kejadian seorang pelajar Sarjana Muda Psikologi yang tercedera di bahagian usus. Ini disebabkan beliau terpaksa menahan lapar dek kerana keadaan kewangan yang memaksa. Kemudian seorang pelajar yang pengsan kerana sanggup berlapar untuk mengurangkan perbelanjaan.

Ini merupakan beberapa insiden yang berlaku yang memaparkan kesusahan yang mungkin dihadapi seorang mahasiswa. Mungkin pelajar yang kukuh dari segi ekonomi tidak mempunyai masalah seperti ini. Tetapi ini merupakan beberapa “kebarangkalian” perkara yang mungkin boleh berlaku.

Ini lah diantara cabaran-cabaran yang bakal dihadapi oleh semua bakal pelajar di universiti awam atau kolej swasta. Apa yang anda patut lakukan adalah membuat persediaan dari segi ilmu dan mental untuk menghadapi hidup sebagai seorang pelajar. Cabaran dalam kehidupan bukanlah untuk menjatuhkan anda sebaliknya ia adalah alat untuk mematangkan dan meningkatkan kualiti diri anda.

 

Pendapat anda?