Kerjaya

Apa Yang Anda Perlu Tahu Apabila Bekerja Di Luar Negara

bekerja-di-luar-negara

Adakah anda sedang menyimpan hasrat untuk bekerja di luar negara? Atau anda sekarang ini sedang mengemas barang-barang anda untuk bersiap ke luar negara untuk bekerja?

Bekerja di luar negara bukanlah semuanya indah belaka, tetapi ada perkara-perkara yang perlu diambil tahu apabila bekerja di luar negara.

Ramai yang ingin bekerja di luar negara tetapi tidak tahu apa persiapan yang perlu dibuat atau apa yang mereka perlu jangkakan yang akan berlaku.

Mereka hanya menonton drama dan menganggap apa yang terjadi di dalam drama akan terjadi kepada diri mereka. Berhenti berfantasi dan baca informasi ini!

Ini ialah 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Apabila Bekerja Di Luar Negara:

1. Visa

Untuk pengetahuan anda, visa ini dikeluarkan oleh sesebuah negara bagi membenarkan sesorang itu untuk masuk ke dalam negara tersebut. Peranan Visa ialah biasanya  menjelaskan tempoh masa yang dibenarkan dan tujuan untuk masuk ke negara tersebut.

Sebagai contoh, untuk belajar atau pun bekerja. Jika anda merancang untuk bekerja di luar negara, anda seharusnya mempunyai visa jadi apa yang anda perlukan ialah anda harus pergri ke kedutaan negara tersebut dan memohon visa untuk ke negara tersebut.

Jadi.. Visa itu sangat penting ya.

2. Cuti

Lain negara mungkin akan mempunyai norma yang sangat berbeza terutamanya when it comes to cuti mereka. Sebagai contoh, apabila bekerja di London, anda akan menerima 25 hari untuk anda pergi bercuti tetapi lain pula dengan di Amerika Syarikat kerana cuti yang mereka sediakan hanyalah sebanyak 12-15 hari.

Pastikan anda bertanya mengenai perkara ini kepada supervisor anda supaya tiada unsur kekeliruan. Masalah ini mungkin nampak kecil, tapi ia sangat penting untuk anda.

3. Bahasa

Apabila bekerja di luar negara, bahasa mungkin menjadi jarak pemisah untuk anda bergaul dengan pekerja di sana yang rata-ratanya ialah penduduk asli di negara tersebut.

Sebagai contoh jika anda bekerja di Jepun, orang Jepun sangat lemah dengan bahasa Inggeris kerana mereka memang mengagungkan bahasa mereka.

Jadi sebelum anda pergi bekerja di luar negara seperti negara yang tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua mereka, anda haruslah belajar basic bahasa untuk berbual mereka supaya anda tidaklah disisihkan disebabkan language barrier itu.

[Lihat juga disini: 4 PERKARA YANG PERLU ANDA BUAT SEBELUM BEKERJA DI PERANTAUAN]

4. Packing

Walaupun syarikat anda menawar untuk memindahkan semua barangan anda ke luar negara, anda dinasihatkan untuk membawa barang yang sikit sahaja kerana at the end of the day, anda yang akan berasa beban untuk membawa semuanya ke luar negara. Sebaiknya anda hanya perlu membawa perkara asas sahaja.

Kerana, barang-barang yang lain boleh dibeli di luar negara dan harganya juga lebih murah jika nak dibandingkan di Malaysia.

5. Networking

Bila anda bekerja di luar negara, ianya bukanlah semata-mata untuk bekerja, tetapi anda juga haruslah pandai menjaga rangkaian/hubungan dengan orang disekeliling anda.

Apabila anda bekerja di luar negara, ia juga salah satu peluang untuk anda membina rangkaian dengan penduduk yang menetap di sana dan juga dengan pelbagai orang dari lain-lain negara.

Dengan membina rangkaian anda juga dapat belajar banyak perkara dan dalam pada masa yang sama anda dapat “menjual” personal branding anda.

Untuk berpindah bekerja di luar negara memerlukan penyediaan yang sangat rapi. Dari visa, ke passport sehingga kelakuan kita di sana.

Banyakkan membuat reseach supaya anda tidak akan sesat di kemudian hari. Selamat bekerja! 

Sumber: thevocket.com

Pendapat anda?
Share: