Kerjaya

Bagaimana Untuk Dapatkan Kerja Bagus Tanpa Pengalaman Yang Banyak

bagaimana-untuk-mendapatkan-kerja-bagus-1

Mesti anda tertanya-tanya bagaimana untuk dapatkan kerja bagus tanpa perlukan pengalaman yang banyak.

Masuk ke dalam dunia pekerjaan tanpa pengalaman yang cukup boleh diibaratkan seperti berlepas dengan roket. Ini kerana anda berasa sangat teruja untuk berlepas tetapi, pada masa yang sama anda rasa takut dan risau apa yang akan jadi akhirnya.

Mark Cuban, merupakan seorang staff yang bekerja di Google. Beliau mengatakan bahawa itulah yang dia rasakan sewaktu mula mula dia ingin sertai syarikat tersebut. Dia tidak mempunyai pengalaman bekerja yang betul.

Tetapi dia berasa sangat bertuah kerana dia diberikan mentor yang sangat membantunya hinggalah dia berjaya seperti hari ini.

Sama ada anda baru habis belajar dan graduate ataupun anda memang ingin menukar angin ke industri pekerjaan yang berbeza,

Ini merupakan proses yang sangat memenatkan jika anda mengimpikan kerja idaman anda tanpa memiliki pengalaman bekerja berkaitan skop kerja tersebut.

Tetapi itu bukanlah sesuatu yang mustahil. Jom lihat apa yang perlu anda buat selain daripada pengalaman semata-mata untuk mendapatkan kerja yang bagus.

1. Jangan Terlalu Membangga Diri

Tidak salah untuk cakap benda baik baik tentang diri sendiri, tetapi janganlah pula anda terlalu mmbanggakan diri sendiri. Majikan anda boleh nampak semua itu. Jadilah seorang yang merendah diri.

Tak salah untuk mereka nampak kelemahan anda tetapi anda perlulah menunjukkan bahawa anda akan berusaha untuk bekerja lebih kuat dan tunjukkan kepada mereka bahawa tiada apa yang boleh menghalang anda untuk mencapai sesuatu yang lebih baik.

Dengan mindset yang begini, anda akan jumpa peluang pekerjaan yang sesuai dengan anda sebenarnya.

Sebagai contoh, kawan admin sendiri yang mempunyai background engineering tetapi dapat kerja sebagai pasukan pemasaran di tempat kerjanya kerana beliau sangat sukakan perkara baru.

Walaupun beliau tidak mempunyai pengalaman yg banyak dlm dunia pemasaran!

Kerja kuat dan semangatnya telah membuatkan majikannya berasa teruja dan dia telah pun dinaikkan pangkat tak lama kemudian.

Contohilah beliau: semangat bekerja yang kuat, kesabaran yang tinggi dan benda yang bagus akan berlaku.

2. Lebihkan Diri Sendiri Bukannya Media Sosial

Ramai orang yang mengatakan mereka sangat sibuk. Tapi adakah ini perkara yang betul? Cuba lihat statistik ini, secara puratanya, pengguna media sosial akan luangkan masa lebih kurang 50 minit untuk Facebook, Instagram dan Whatsapp. 

Itu merupakan kira kira untuk sehari dalam sebulan. Admin bukanlah menyuruh anda untuk berhenti terus.

Tetapi, media sosial merupakan medium terbaik jika anda gunakan ia sebaik mungkin dan dengan cara yang betul. Ada yang menggunakan medium ini untuk memajukan lagi kareer mereka.

Sebenarnya perkara yang penting disini ialah kesederhanaan. Luangkan lebih banyak masa dengan diri sendiri. Sebenarnya internet merupakan perpustakaan terbaik di seluruh dunia.

Sekiranya anda ada benda untuk belajar, terdapat banyak sumber yang anda boleh cari. Apa yang anda perlukan hanyalah masa untuk cari semua itu.

3. Berhenti Bergantung Kepada Seminar Bertemakan ‘Perubahan dalam Hidup’

Walaupun terdapat banyak info di luar sana, anda perlulah ingat bahawa sebenarnya semua itu tak cukup untuk anda teruskan. Apa yang anda perlu buat ialah anda perlu ingat semua itu.

Praktikkan perkara tersebut dan hidupkan ia. Tak akan ada ‘self-book’ yang akan membantu anda untuk merubah hidup anda serta bukan juga apa apa ceramah atau persidangan.

Tak dinafikan bahawa kebayakkan pihak yang menabur janji untuk ubah hidup anda! Meningkatkan potensi anda! Secara berlipat ganda!

Tapi kenyataannya, satu pun tak penting melainkan anda sendiri yang bertindak.

Tiada jalan pintas. Walaupun anda ada sebanyak mana pun informasi, semua itu akan berbalik pada anda semula sama ada anda akan praktikkan atau tidak.

Jika ya, ini akan membuatkan majikan anda teruja dengan semangat anda. Ini menunjukkan bahawa anda merupakan seorang yang sanggup untuk belajar dan berdikari.

4. Tak Salah Apabila Berlaku Kesalahan

Bukankah untuk berjaya anda perlu gagal terlebih dahulu? Ambillah seorang pelawak dari luar negara iaitu Chris Rock.

Dia bukannya terus mendapat kuasa sakti dengan bakatnya itu. Sebenarnya dia telah pun mencuba banyak kali untuk membuat lawak.

Kebanyakan lawaknya gagal dan tak diterima oleh penonton dan dia telah menyuruh untuk penonton tidak merekodnya pada waktu itu.

Tetapi ada beberapa lawak yang diterima baik. Penonton brsorak dengan kuat sekali, jadi dia ambil perhatian di situ dan catatkan dalam sebuah buku.

Dia melakukan perkara yang sama selama 5 hari setiap minggu hinggalah menjadi satu tahun.

Akhirnya, dia berjaya untuk ada slot lawaknya sendiri di channel HBO. Orang di luar mungkin melihat bakatnya sebagai bakat semula jadi, tetapi kenyataannya bukan begitu.

Dia berjaya apabila dia mempunyai kesungguhan yang sangat tinggi apabila dia gagal.

Situasi sebegini samalah dengan mencari kerja. Percayalah yang setiap pakar sebenarnya pernah menjadi hingusan terlebih dahulu.

Anda cuma perlu tahu untuk mula dari mana dan kumpul pengalaman sebanyak mungkin.

5. Ikhlaskan Hati Walaupun Di Tempat Networking Event

Mark Cuban ada membuat satu ilustrasi kartun dimana ketika beliau hadir pada satu networking event, ia menunjukkan kepada orang ramai bagaimana event tersebut terjadi sebenarnya : ianya hanyalah palsu dan hanya sekadar terpaksa.

Dia menekankan supaya orang ramai tidak mengikut trend tersebut (fake&forced). Carilah jalan lain untuk tolong orang.

Jangan pentingkan diri sendiri, tambahkan nilai kepada diri sendiri. Apabila peluang pekerjaan tersebut muncul, akan ada pihak lain yang ingin membantu anda.

Berapa banyak sahaja perbezaan untuk networking yang boleh mereka capai? Ada survey yang merekodkan lebih kurang 70% ke 85% dari semua pekerjaan terisi disebabkan networking.

Contoh yang tepat yang boleh diambil ialah Benjamin Harris iaitu bagi Nickle & Dime Supplement Club, beliau telah berkenalan dengan pengasas syarikat ini melalui networking.

Beliau mengatakan bahawa “Dengan persahabatan kami dan minat yang sama berkaitan kesihatan telah membuatkan kami menubuhkan syarikat ini,” tambah Benjamin lagi,

“ Kami merupakan kawan rapat sebelum bersetuju untuk memulakan syarikat ini.”

Ketulenan ialah kunci sepanjang perjalanan syarikat ini. Wujudkan ikatan persahabatan terlebih dahulu, bukannya semata mata untuk hubungan bisnes.

Sebenarnya anda tak akan tahu dengan setiap jalinan persahabatan akan membawa anda peluang yang lebih baik yang anda tak pernah bayangkan.

6. Bersedialah Untuk Direject Walaupun Berkali-Kali

Kali pertama Cuban memohon untuk bekerja di Google, permohonannya telah pun ditolak. Jadi dia berpendapat untuk tidak lagi memohon.

Tapi dia masih memohon juga selepas itu, dan dia berasa seronok kerana dia tidak berputus asa.

Jika tidak, dia tidak akan berpeluang untuk bekerja di situ.

Perkara tersebut telah membuka matanya: jika anda tidak ditolak itu bermaksud anda tidak berusaha dengan lebih kuat. Itu sebenarnya salah satu daripada proses.

Jangan ambil hati. Walaupun anda boleh dilatih dan mencuba untuk perbaiki skills anda, sebenarnya tiada guarantee yang anda boleh mendapat kerja idaman yang anda impikan.

7. Jangan Terlalu Memilih

Jangan bersikap terlalu memilih dan cerewet. Kerja pertama dalam industri baru ini bukanlah kerja idaman anda. Anda kena sedar perkara ini, ukur baju di badan sendiri. 

Sewaktu mula mula Cuban bekerja di Google dia berpendapat bahawa dia boleh menguruskan projek besar, tetapi kenyataan tidaklah sebegitu indah.

Dari situ barulah dia sedar yang, memanglah resume boleh dapatkan anda pekerjaan tetapi tak lebih dari itu.

Majikannya pernah memberitahunya “Awak mesti buktikan pada diri awak” berulang kali. Jadi dia telah membuat kerja yang agak licik.

Tiada apa yang dapat menghalangnya. 3 tahun kemudian dia menyedari bahawa dia telah menjadi ketua untuk kebanyakan projek serta berurusan dengan pekerja yang lebih senior.

Jadi apabila ada fresh graduate yang bertanya kepadanya tentang nasihat, apa yang dia selalu katakan ialah: Jangan selesa dengan apa yang awak dah ada contohnya pencapaian awak yang lepas.

Tunjukkan dan buktikan lagi. Dan tak lama selepas itu awak akan dapat tugas yang lebih besar.

Semua ini memakan masa dan memerlukan usaha yang banyak untuk cari kerja tanpa memiliki pengalaman kerja yang diperlukan.

Tetapi sekiranya anda cuba praktikkan taktik yang diberikan tadi supaya nampak lebih menonjol dan mencari peluang baru dan membantu anda untuk mulakan kareer baru.

Ini antara tips untuk anda bagaimana untuk mendapatkan kerja yang bagus tanpa perlukan pengalaman yang banyak.

Mesti anda sangka admin akan tulis mengenai pergi ke kelas belajar itu ini untuk dapatkan pengalaman, tapi bagi admin, perkara yang lebih penting adalah diri anda sendiri.

Jika anda tahu bawa diri dimana pun tempat anda berada, sesiapa sahaja akan ambil anda dengan mudah walaupun anda tidak mempunyai pengalaman.

Sikap diri sendiri yang perlu anda belajar supaya dapat menjadi yang lebih baik dan baik.

Pendapat anda?
Share: