Inspirasi

Bagaimana Topik Berat Seperti GilaHartanah Mampu Cipta Aset Digital Yang Hebat

Gila hartanah

Ini adalah perkongsian ketiga daripada pendengaran saya mengenai info di dalam membina Aset Digital #carakita iaitu dari Gilahartanah.com

Ya, ramai yang kata. Kenapa mereka buat atau wujudkan satu aset digital yang mengetahkan topik yang kering macam ni? Berbaloi ke? Apa sebenarnya Gilahartanah cuba buat dan tujuan mereka.

Tuan Rahim Ibrahim, antara founder kepada aset digital ini berkongsikan cerita beliau.

1) Sebab utama Gilahartanah diwujudkan

 Beliau bermula dengan berkata, “Siapa yang disini sudah mempunyai pemilikan hartanah sendiri?”

Ketika ini tidak sampai 5% audience yang angkat tangan menunjukkan mereka memiliki hartanah termasuklah saya. Haha

Tuan Rahim menyambung,

“Anda boleh lihat audience dari bilik ini, sangat sedikit mereka yang mempunyai pemilikan hartanah. Sebab apa, jika saya cerita pasal pemilikan hartanah, mesti yang akan menguasai topik ini adalah daripada pihak Non-Bumi.

Gap yang besar yang kami dapat lihat inilah sebenarnya void kenapa Gilahartanah.com diwujudkan. Kami tak kisah digelar topik yang kering tetapi ini merupakan salah satu bentuk perjuangan yang kami cuba bawa di platform Gilahartanah. Bukan setakat di Malaysia bahkan seluruh dunia.”

Memang besar perjuangan team Gilahartanah, ia memang satu topik yang agak berat. Tahniah buat mereka kerana mampu konsisten sehingga hari ini. Tidak ramai yang berani untuk kekal konsisten membina aset digital dengan membawa niche topik berat sebegini.

Hanya kesabaran & minat yang mendalam sahaja yang mampu membuatkan mereka kekal sehingga harini. 2 tahun sudah usia Gilahartanah.

2) Apa rahsia Gilahartanah mampu menjadi platform hartanah yang disukai di Malaysia?

“Ini tips saya nak beritahu, jika anda baca website gilahartanah sekarang. Anda perasan tak setiap penulis memakai pseudonym Tok Penghulu. Kenapa kami buat begini? Kerana Tok Penghulu merupakan watak yang diagungkan pada satu-satu tempat di kampung. Maka kami gunakan pseudonym untuk mendekatkan pembaca dan penulis.”

So jika anda di luar sana yang sangat berminat dalam mengetengah topik-topik yang berat macam ni, boleh gunakan tips ini untuk anda create Avatar anda atau penulis sendiri.

Ini antara tips psikologi dimana bagaimana anda mahu positionkan diri anda kepada masyarakat supaya mereka dapat menerima dengan lebih mudah.

3) Apa pandangan Tuan Rahim mengenai permulaan dalam memulakan Aset Digital?

Tuan Rahim memberi respon, “Saya sangat setuju pada Faiz dan Shahrir dimana jika anda mahu hidupkan perjalanan aset digital ini, jangan buat berseorangan.

Pastikan at least ada dua orang founders dimana sorang itu merupakan connector dan sorang lagi seorang yang gila membuat content.

Atau nak tambah lagi sorang yang power teknikal. Ini akan memudahkan sedikit perjalanan permulaan anda membina aset digital.”

Adakah tips bagaimana jika saya ni memang jenis tak minat menulis ?

“Kebanyakkan orang akan mohon keizinan penulis untuk publish di dalam website mereka dan kredit kembali dengan link seperti media sosial, website dan sebagainya.”

Website hartanah, macam mana gilahartanah punya laluan aliran kewangan ?

4) Revenue stream

“Anda tahu siapa menguasai hartanah di Malaysia? Untuk memberikan kepercayaan kepada mereka yang aset digital ini mampu memberikan mereka pulangan kembali bukan suatu yang mudah. Untuk dari segi aliran kewangan, salah satunya adalah daripada pengiklanan koprat.”

Tapi Tuan Rahim Ibrahim lebih sukakan untuk berkongsikan bagaimana jika anda sebagai seorang Pembina Aset Digital mencari fikir bagaimana menjana aliran kewangan.

“Kalau anda nak buat, pertama sekali fikir siapa target market anda untuk iklan dengan website anda, kedua, jika sudah ada nama sedikit cuba cipta produk-produk sendiri yang berkait rapat dengan niche kita, atau jika macam saya. Boleh wujudkan seminar.”

Mesti ramai tertanya-tanya macam mana sebuah website boleh mewujudkan komuniti yang mampu dikumpulkan untuk menjadi sebuah seminar.

5) Kuasa Database

“Di gilahartanah kami ada berikan freebies berbentuk Ebook untuk collect database. Kami simpan rapi dan apabila mahu membuat seminar, database yang kami dapat itu satu kami broadcast melalui emel, keduanya gunakan alamat emel berkenaan untuk buat retargeting melalui FB Ads. Sekarang ia da makin mudah dgn pertolongan FB.”

Ini part yang paling saya suka. Tuan Rahim Ibrahim beritahu rahsia penggunaan Database dalam tempoh jangka panjang yang sangat besar manfaatnya. Tapi ia bukan suatu yang mudah untuk dilakukan.

Tuan Rahim Ibrahim beritahu,

“Kami positionkan gilahartanah sebagai tempat pakar rujuk dan peneman setia kepada audience yang mempunyai apa sahaja masalah mengenai pemilikan hartanah.”

Strategi kami dalam memegang Database merangkumi 4 fasa :

Pertama, pembaca menyatakan masalah hartanah kepada kami (cari gilahartanah)

Kedua, memohon bantuan nasihat refinance kembali kewangan mereka (cari gilahartanah)

Ketiga, kami bantu sehingga mereka dapat membeli rumah (cari gilahartanah)

Keempat, apabila mereka mahu menjual rumah (cari gilahartanah)

“Fasa 1 hingga 4 ini memakan masa yang panjang mungkin berbelas tahun, tapi kami dapat pegang database orang yang sama dalam tempoh jangka masa yang amat panjang! Jika anda pandai gunakan DB ini betul-betul anda tahu bagaimana mahu mencipta wang walaupun daripada peringkat fasa satu sekalipun.”

Perkongsian ini membuka banyak jalan ruang dan idea yang baru kepada JobKartel. Terima kasih Tuan Rahim atas perkongsiannya.

CEO Gilahartanah,
Tuan Rahim Ibrahim

Pendapat anda?

Notice: Undefined variable: logo_output in /home/forge/jobkartel.com/wp-content/plugins/mobile-menu/includes/class-wp-mobile-menu-core.php on line 200
Left Menu Icon