Inspirasi

Bagaimana Membina Keyakinan Diri Ke Tahap Yang Lebih Tinggi

Bagaimana-membina-keyakinan-diri-1

Keyakinan diri. Memang ia suatu yang perlu dibangunkan terhadap diri anda sendiri terutamanya dalam menjalani perjalanan kerjaya pada dunia harini yang semakin mencabar.

Jika anda lihat seseorang yang mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap diri mereka sendiri, individu begini  mudah untuk berkomunikasi dan menyampaikan sesuatu maklumat dengan keadaan yang lebih baik kepada orang lain.

Tetapi ia bukan satu sifat ajaib yang boleh hadir dalam diri sendiri secara tiba-tiba. Ia kena melalui fasa-fasa perjalanan hidup yang akan membantu seseorang itu untuk mendapatkan tahap keyakinan diri yang tinggi pada diri.

Micheal Edwards, dikenali sebagai Eddie “The Eagle” merupakan seorang British Skier yang pada mulanya tiada siapa percaya dengan keupayaan beliau yang mampu menjadi juara kepada dunia sukan Ski!

Eddie mempunyai berat badan yang agak berlebihan, rabun dekat, tidak mempunyai wang, tiada jurulatih, tiada peralatan dan tiada pasukan England yang pernah bersaing dalam acara itu.

Didorong hanya dengan tekad, minum dan makan dari tong sampah dan pernah berkhemah di hospital mental Finland. 

Ia bukan suatu perkara yang mudah, tapi lihat sekarang, beliau sudah menjadi sebuah ikon, tokoh serta lambang semangat kepada Sukan Olimpik.

Anda mesti tertanya-tanya daripada mana semangat keyakinan diri yang tinggi ini boleh hadir pada diri beliau.

Jika anda mahu tahu kisah  Eddie The Eagle dengan lebih lanjut, boleh lihat disini. 

Dan cerita inspirasi ini telah difilemkan yang sangat memberikan inspirasi kepada dunia, boleh lihat trailernya dibawah :

Jika Keyakinan Diri Tidak Datang Secara Natural, Dari Manakah Ia Hadir?

Jika dijadikan cerita Eddie ini sebagai penanda aras dengan melihat kesusahan dan masalah yang telah dilalui yang penuh perit dan derita. Adakah ia satu perkara yang mudah untuk mendapatkan keyakinan diri untuk menyertai Sukan berprestij seperti Sukan Olimpik ini?

Ia memang sesuatu perkara yang sukar, tapi tidak mustahil bagi Eddie.

Pernahkan anda teringat kisah anda semasa kecil dahulu? Atau lihat budak-budak di sekitar anda. Mereka mempunyai keyakinan diri yang tiada batas. Anda boleh lihat keyakinan mereka lagi tinggi daripada seorang dewasa.

Adakah anda perasan bagaimana perasaan ini sebenarnya boleh muncul kepada diri kita semasa kecil dahulu?

Ia sebenarnya dibangunkan dengan 2 perkara dibawah :

1. Keyakinan Hadir Apabila Anda Telah Mengatasi Sesuatu Cabaran

Adakah anda perasan, setiap kali sesuatu cabaran yang telah kita atasi, kita akan merasakan sesuatu perasaan yang, “it feels good” dan “full of satisfaction”?

Perasaan kepuasan ini akan meningkatkan tahap keyakinan diri anda.

Mungkin anda mempunyai gaya hidup yang tidak sihat dan kehilangan berat badan, dan melakukan senaman serta menjalani diet adalah perkara yang sukar untuk anda.

Mungkin anda merupakan seorang yang pemalu. Menyampaikan ceramah di hadapan penonton yang besar akan menjadi sesuatu yang amat sukar untuk diri anda.

Atau mungkin anda seorang yang terlalu “perfectionist”, melakukan sesuatu kesilapan merupakan sesuatu yang sangat susah untuk anda terima.

Tidak kira apa jua perkara sukar yang anda sedang alami, anda akan berasa bangga, kuat, dan yakin dalam kebolehan anda apabila anda telah mengatasi halangan itu.

Keyakinan yang anda rasakan sekarang adalah keyakinan yang anda patut merasakan ia pada setiap masa, anda sudah memperolehinya sebelum ini dan ia akan lebih mudah untuk kekal pada diri anda.

2. Keyakinan Hadir Pada Keraguan Dan Kritikan

Ia memang satu perkara yang sukar untuk anda terima. Anda akan merasakan satu perasaan kecewa dan putus asa yang tinggi. Anda akan lalui fasa-fasa kegagalan kerana setiap kejayaan itu akan lalui beberapa kegagalan wajib sebelum ia dicapai sepenuhnya.

Anda akan terima kritikan kerana sememangnya setiap perkara di awal permulaan yang dibuat itu tidak akan sempurna dan jauh lagi untuk memberikan kepuasan kepada semua pihak secara sama rata.

Tetapi dengan kritikan dan keraguan daripada orang ramai ini, anda perlu jadikan ia sebagai suatu perkara keperluan untuk kejayaan kepada diri anda. Daripada kritikan ini akan menjadikan anda seorang yang lebih baik.

Apabila anda paksa diri untuk keluar daripada zon selesa dan cuba untuk merasai perkara-perkara yang sukar sebagai satu bentuk cabaran kepada kebaikan diri, ini secara tidak langsung akan meningkatkan tahap keyakinan diri anda.

Mesti anda akan berkata, “Ini bukan sesuatu yang senang untuk dilalui”.

Saya tidak menyangkal perkara itu, ia memang sangat mencabar! Ia bukan dinamakan sebagai satu cabaran jika anda masih boleh duduk dengan selesa hari ini.

Ada satu quote daripada Churchill mengatakan :

“If you are going through hell, keep going”

Maksudnya disini, walau bagaimanapun tahap kesukaran dan cabaran yang sedang anda lalui. Tetap semangat dan terus berjalan!

Keyakinan diri anda akan membangun dengan lebih jauh apabila anda telah melalui banyak cabaran dan telah mengatasinya.

Anda akan kekal menjadi seorang individu yang sentiasa berkayakinan, dengan syarat anda tidak mengelak daripada menghadapi sesuatu cabaran.

Jika anda menolak untuk menghadapi cabaran, anda tidak akan pernah dapat membangunkan tahap keyakinan diri dalam diri dan yang paling menakutkan, sifat “Fear of Failure” ini  akan menguasai diri anda dan membuatkan anda lebih sukar untuk mencapai sesuatu kejayaan.

Pendapat anda?

Notice: Undefined variable: logo_output in /home/forge/jobkartel.com/wp-content/plugins/mobile-menu/includes/class-wp-mobile-menu-core.php on line 200
Left Menu Icon