Umum

Bagaimana Aktiviti ‘Volunteer’ Boleh Membantu Dalam Mendapatkan Kerja

Dalam usaha mencari info yang baik untuk disebarkan kepada pembaca setia Jobkartel.com kami ke puchong untuk bertemu dengan Presiden Muslim Volunteer Malaysia (MVM), Pertubuhan kebajikan yang sedang meningkat naik di Malaysia.

MVM walaupun baru ditubuhkan tetapi mereka sudah mempunyai kira-kira 52 000 ahli berdaftar secara dalam talian dengan mereka. Fokus pertubuhan mereka adalah untuk membantu keluarga asnaf & anak anak asnaf dengan program program kebajikan.

Bagaimana Aktiviti Kesukarelawanan Memberikan Impak ?

Yang paling membanggakan, melalui program MVM Apprentice 2016 mereka berjaya membantu 6 orang asnaf menjadi usahawan yang lengkap dengan pengetahuan bisnes dalam talian. Program mereka itu mempunyai target untuk melatih lebih ramai asnaf menjadi usahawan yang berkemahiran tinggi.

Tuan Muhammad apabila ditanya  bagaimana aktiviti kesukarelawanan boleh berikan impak kepada kebolehpasaran graduan, beliau memulakan cerita budaya kesukarelawanan belum cukup berakar di hati kalangan masyarakat malaysia berbanding volunteer di luar negara.

Permasalahan yang berlaku mungkin kerana mahasiswa terlalu fokus kepada akademik sehingga mengabaikan aspek aspek penglibatan aktiviti yang boleh mengasah kemahiran softskill mereka.

Kemahiran ini tidak dapat diperoleh dengan hanya duduk di dalam bilik kuliah, ia perlukan keberanian dalam diri individu untuk menjelajah ruang dan pengalaman dalam kehidupan.

 

Muhammad menceritakan pengalaman beliau ketika bekerja di sebuah syarikat besar suatu ketika dahulu, beliau pernah menemuduga 2 calon.

Calon 1 berumur 26 tahun dan mempunyai pointer yang cemerlang tetapi masih lagi menganggur dan apabila disemak dia tidak ada langsung sijil – sijil kemahiran ataupun penglibatan dalam aktiviti aktiviti sukarelawanan dan ini menyukarkan dia untuk bersaing dengan calon lain.

Berbanding dengan calon lain, yang punyai pointer rendah tetapi calon tersebut memiliki pelbagai sijil yang menunjukkan penglibatan dia di dalam aktiviti kepimpinan, keusahawanan, dan kesukarelawanan. Menurut Muhammad, cara calon ini bercakap dan pembawakan diri juga sangat berbeza dan mempunyai aura tersendiri.

Volunteer MVM juga selalu berkongsi kepada Muhammad bagaimana sijil sijil penyertaan aktiviti kesukarelawan dari MVM sangat membantu mereka dalam mendapatkan kerja.

 

Pendapat anda?
Share: