Umum

7 Ayat Yang Panel Temuduga Tidak Mahu Dengar Daripada Anda

7-ayat-yang-panel-temuduga-tidak-mahu-dengar-daripada-anda

Bukan susah sebenarnya untuk gagal di dalam satu-satu temuduga. Cukup hanya dengan anda menggunakan beberapa ayat sensitif, ia akan memberikan impak di dalam sesi temuduga anda. Kenal pasti ayat yang panel temuduga tidak mahu dengar daripada anda.

Ya, kadang kala anda memang tidak perasan apa yang sedang anda katakana disebabkan oleh perasaan gemuruh yang menyelubungi diri. Pastikan anda tahu bagaimana untuk hilangkan gemuruh semasa sesi temuduga supaya perkara tidak diingini tidak akan berlaku.

Bercakap pada nada yang tidak sekata atau gagap ketika temuduga merupakan perkara yang mudah difahami oleh panel. Tetapi jika anda menggunakan ayat yang salah ketika komunikasi, ini akan memberikan kesan kepada emosi dan suasana ketika temuduga.

Ini 7 Perkara Yang Tidak Patut Anda Katakan Ketika Sesi Temuduga :

1) “ Saya tinggalkan pekerjaan lama kerana suasana disana yang teruk dan majikan yang terlalu mendesak”

Jangan sesekali membuat aduan mengenai pekerjaan terkini atau pekerjaan lepas anda kepada bakal majikan. Jika anda memberikan statement begini, ia akan memberikan potensi yang tinggi untuk anda ditolak oleh majikan

Majikan mahu mengambil seseorang yang datang ke syarikat mereka kerana mahu dan beminat untuk bekerja disitu. Bukan kerana mempunyai masalah, terhutang budi ataupun apa-apa perkara yang menyebabkan anda mahu berpindah ke tempat kerja yang baru.

Memang agak sukar untuk tidak menyatakan perkara yang sebenar. Kebanyakkan orang berpindah ke tempat kerja kerana pekerjaan lama yang tidak berapa baik.

Disini anda perlu menjadi lebih bijak untuk menjadikan sesuatu yang negatif kepada ayat yang lebih positif dan matang.

2) “Saya bertukar-tukar kerja sebelum ini kerana belum menjumpai kerja yang sesuai dengan diri saya.”

Ayat sebegini jelas menunjukkan anda seorang yang tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam kehidupan.

Mereka juga akan berfikir “Jika yang lepas pun tidak berminat, ia mungkin sama sahaja hasilnya apabila anda berada disini. Dan jika anda seseorang yang betul-betul mempunyai potensi yang besar. Jarang sekali majikan ingin lepaskan anda.”

Pemikiran-pemikiran sebegini akan memantulkan kembali kepada diri anda yang kesannya jelas sekali tidak baik.

3) “Boleh saya tahu apa yang syarikat anda lakukan?”

Ini merupakan soalan yang mudah untuk diketahui semudah anda melayari website mereka sahaja. Bertanyakan soalan-soalan yang menunjukkan anda tidak study syarikat mereka membuatkan mereka menganggap anda calon yang tidak bersedia.

Ia sangat penting untuk anda memberikan sedikit masa membuat kajian atau study mengenai syarikat yang anda lamar.

Jika anda sudah memahami dengan jelas, ia akan membuatkan anda berfikir untuk bertanyakan beberapa soalan yang lebih bernas bagi anda mendapatkan jawapan yang lebih mendalam daripada mereka.

Sesi begini akan menarik perhatian panel kepada diri anda dan sesi temuduga itu akan lebih bermakna.

4) “Maaf, saya seseorang yang tidak berapa menepati waktu.”

Ia bukan satu perkara yang bijak untuk menekankan kelemahan yang anda ada di dalam sesi temuduga. Lagi-lagi perkara yang sangat diperlukan oleh syarikat seperti menepati waktu.

Sesiapa yang tidak mempunyai disiplin untuk hadir di awal waktu ke pejabat adalah individu yang tidak boleh dipercayai untuk diletakkan kepercayaan dalam membuat hubungan dengan pelanggan.

JobKartel Universiti

5) “Saya seorang yang pakar”

Hati-hati dengan penyataan yang bersifat meninggi diri dalam pencapaian anda.

Walaupun anda seseorang yang betul-betul mahir dalam mengendalikan sesuatu. Jangan sesekali memberitahu anda seorang yang pakar. Kadang kala penyataan begini menunjukkan ego anda meletakkan diri anda pada sesuatu tahap.

Ia lebih manis jika anda memberi maklum balas seperti “saya sangat teruja dan sangat berminat untuk belajar mengenainya bagi menambah pengetahuan saya untuk masa hadapan.”

6) “Satu-satunya kelemahan saya adalah suka bekerja keras”

Panel penemuduga bukanlah seorang yang budak-budak yang tidak faham kepada ayat-ayat sarcasm seperti ini. Penyataan begini akan membuatkan anda “turn-off” serta merta.

Apa yang panel mahu lihat kepada diri anda adalah sifat kerendahan hati, semua orang tahu yang tiada manusia itu sempurna, maka calon kena sedar diri dan mampu melalui cabaran di dalam melaksanakan sesuatu tugas tanpa menggunakan perkataan yang boleh merosakkan komunikasi seperti sarcasm ini.

7) “Saya tidak mempunyai sebarang soalan.”

Bagi bakal majikan, bagi calon yang tidak mempunyai apa-apa soalan ketika sesi temuduga menunjukkan individu itu berpotensi tidak berapa minat untuk bekerja di syarikat berkenaan atau tidak berminat dengan karier yang ditawarkan atau lagi teruk, kedua-duanya sekali.

Pastikan anda mempunyai soalan yang ingin diajukan kepada mereka. Dan soalan anda mestilah soalan yang lebih menjurus kepada perkara-perkara yang tidak ada di dalam website-website syarikat.

Itu menunjukkan sikap ingin tahu anda yang mendalam kepada mereka.

Ini antara 7 penyataan yang bakal majikan tidak mahu dengar daripada anda. Berhati-hati dalam komunikasi. Bak kata pepatah, “terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata, badan binasa.”

Pendapat anda?