Inspirasi

“The Art Of Dealing”, Bagaimana Hausboom Tembusi Pasaran 7Eleven

Hausboom

John Lemon, gelaran bagi CEO Hausboom, Tuan Azri Zahier Azmi. Watak yang seakan-akan The Billionaire — sebuah cerita seorang lelaki muda Thailand yang tidak berputus asa untuk membawa produk seaweed nya memasuki pasaran 7 Eleven. 

Hausboom merupakan sebuah jenama minuman sparkling yang sudah tembusi pasaran 7 eleven, stesen-stesen minyak, 99 Speedmart dan beberapa lagi pasaraya yang ternama di Malaysia.

Saya didedahkan bagaimana rahsia Tuan Azri Zahier Azmi mendapatkan negosiasi yang berbisa seperti ini.

(1) The Art Of Dealing

Untuk memasuki sesuatu produk di dalam pasaran seperti 7 Eleven, ia bukan perkara yang mudah. “Anda perlukan rejection berulang-kali untuk mengetahui apa yang sebenar-benar mereka mahu” kata Tuan Azri Zahier Azmi.

Sudah semestinya kita mahukan maklumat yang lebih jelas mengenai persediaan yang perlu dilakukan sebelum melakukan pitching.

(2) Apa Persedian Penting Sebelum Membuat Pitching Produk ?

Tuan Azri kongsikan terlalu banyak sekali yang perlu dilakukan, tetapi saya ringkaskan disini, salah satu persediaan untuk membuat pitching, ia memerlukan : 

– Marketing Plan 
Syarikat- syarikat seperti 7E ingin mengetahui sejauh mana produk anda akan pergi. Seperti juga Hausboom, mereka pada permulaanya datang tanpa marketing yang lengkap dan dari situ John mempelajari sesuatu.

– Kekuatan
Syarikat yang anda pitching juga mahu mengetahui sejauh mana kekuatan anda di dalam production line. Mampu ke untuk hasilkan dan supply sebanyak 1-3 juta sebulan? Mereka ingin tahu perkara itu.

– Financial Spent
Bagaimana anda allocate kesemua bahagian financial syarikat anda. Ia merangkumi pelbagai segi iaitu branding, marketing, dan sebagainya.

– Product Knowledge yang tinggi
“Jika anda tanya saya, apa itu Hausboom, saya boleh describe kepada anda sehingga anda membeli sekurang2nya satu botol air Hausboom ini sekarang juga!” Kebanyakkan owner produk tidak benar-benar mengetahui produk mereka. Dengan memahami secara menyeluruh, tiada siapa yang mampu jatuhkan produk anda walaupun syarikat gergasi seperti Cocacola.

– Ilmu marketing yang tinggi
Mereka menggunakan terms-terms profesional ketika bertanyakan soalan kepada anda, contohnya ” Can i know your ATL ? APA ITU ATL? Jika anda tidak cukup faham dengan perkara sebegini, anda belum layak untuk bekerjasama dengan mereka (7eleven).

– WinWin Negotiation 
 Setiap kali anda membuat dealing, pastikan perkara ini “kedua-dua pihak mesti menang” walaupun mereka meminta untung lebih dan sebagainya, anda kena mengetahui bagaimana untuk pastikan deal itu menjadi “win-win” untuk kedua-dua belah pihak. Anda memerlukan ilmu ini.
  
Kebanyakkan mereka tidak tahu, mereka meletakkan TNC bahawa owner sahaja yang PERLU menang berbanding syarikat berkenaan. Ini salah, anda kena flexible dan tahu bagaimana mahu counter dealing yang dibuat. Setiap keputusan yang dibuat akan mempengaruhi di setiap perkembangan syarikat pada masa hadapan.

Jika salah dalam membuat negosiasi, ia akan memakan diri anda sendiri.

Semestinya syarikat ternama seperti Hausboom banyak mempelajari sesuatu yang besar.

(3) What Does It Take Negotiations To Articulate ?

“Manusia yang lebih berusia dari anda akan judge based on your cover, tidak semua . Tetapi kebanyakkan orang yang lebih umur dari kita tidak suka akan orang muda” Saya boleh berikan anda contoh-contohnya,

a. Knowledge. Orang yang lebih berusia dari anda akan sentiasa merasakan pengetahuan mereka lebih dari anda. Untuk memastikan perkara ini tidak berlaku, anda kena pastikan anda lebih knowledgable dari mereka. Bagaimana? Cut it short! Learn from others. 

b. Jika dilihat dari sudut di sekolah. Majoriti sekolah mempunyai senior-junior gap. Jika anda duduk dimana-mana sekolah sekalipun. Semestinya ada budaya senior-junior ini. Selepas itu akan wujudlah peraturan-peraturan tidak masuk akal yang menyekat beberapa perlakuan dan tindakan junior yang tidak masuk akal akan muncul.

c. Anda perlu tahu bersikap seperti mereka mahu jangkakan dari anda, jika anda mahu membuat pitching, anda perlukan pamakaian yang smart. “Kerana people do judge at your cover!”

Banyak yang diceritakan oleh Tuan Azri Zahier Azmi saya berikan kepada anda poin yang pentingnya sahaja. Semestinya orang seperti beliau banyak perkara yang boleh kita pelajari dalam membangunkan syarikat Hausboom 

(4) Apa Nasihat Kepada Usahawan Muda Di Luar Sana? 

1. Dengan pantas beliau menjawab “Networking! Dont limit your circle. Tapi saring tapis. Sbb ia sangat sangat penting! It can make things fast. It must have a movement.” Ramai yang masih bingung maksud saring tapis. Beliau menambah ;

” Berjumpa dengan ramai orang juga kadangkalanya tidak bagus, dengan membuat saring tapis, anda meletakkan sesiapa yang penting sahaja untuk anda membuat hubungan, saya jenis tidak kisah mengenai orang yang berkatakan kepada saya, “im friends with benefit”.

Ini lumrah di dalam meniaga. Kita bukan kanak-kanak lagi untuk berkawan bagi menghiburkan hati. Ini masanya anda berkawan untuk sesuatu.” 

2. Menjadi usahawan hati kena kental. Tidak kira orang nak cakap anda seperti apa. Yang penting anda tahu apa yang anda cuba buat dan realisasikan.

3. Rajin membaca. ” Ya, idea datang dari ilham, satu lagi jangan anda terlupa ia mesti dijemput dengan pengetahuan, ilham tanpa pengetahuan, ia tidak akan jadi apa-apa!

Tuan Azri akhiri kata-kata dengan perkongsian beliau dari bacaan sebuah kajian mengenai common thread yang terdapat pada ahli-ahli billionaire.  Anda nak tahu apa persamaan billionaire yang terdapat di dalam dunia ni?

Ia mempunyai common thread yang sama iaitu…

“High Vocabulary”.

Jika anda mempunyai 1 juta perkataan di dalam kepala, mereka mempunyai 10 juta. Bagaimana untuk mendapatkannya?

Teruskan membaca.

Peneraju sebuah jenama air sparkling,

CEO Hausboom,
Tuan Azri Zahier Azmi

Pendapat anda?

Notice: Undefined variable: logo_output in /home/forge/jobkartel.com/wp-content/plugins/mobile-menu/includes/class-wp-mobile-menu-core.php on line 200
Left Menu Icon