Work Life Balance

“Argh! Sibuknya Kerja!” Anda Perlu Lupakan Kerja dan Lakukan 7 Aktiviti Yang Menyeronokkan Ni

Anda-Perlu-Lupakan-Kerja-dan-Lakukan-7-Aktiviti-Yang-Menyeronokkan-Ni

Majoriti di antara kita memang memiliki pekerjaan yang memakan masa harian yang terlalu tinggi, contohnya seperti seorang akauntan, servis teknikal, web programmer dan sebagainya. Kerja-kerja seperti ini selalunya akan dibawa-bawa sehingga lewat malam.

Tetapi anda perlukan work-life balance yang seimbang untuk memastikan anda sentiasa boleh terus menyumbang kepada pekerjaan yang anda lakukan. Jika anda tidak mempunyai keseimbangan di dalam pekerjaan dan kehidupan.

Ia hanya akan memakan diri anda untuk tempoh jangka masa yang panjang. Jika tidak bernasib baik, ia memberikan kesan on the spot !

Ini 7 cara yang boleh membantu anda untuk lupakan kerja dan keluar sebentar daripada kesibukan dunia pekerjaan :

1) Buat satu amalan rutin

Anda perlu membuat satu masa dimana ia adalah limit pada hari yang sepatutnya anda BERHENTI untuk melakukan kerja. Contohnya, anda bermula pada pukul 8 pagi, dan segala kerja mestilah berhenti selewat-lewatnya pada pukul 9 malam.

Amalan ini penting supaya anda dapat menggariskan kerja harian anda dengan masa untuk berehat. Jika anda seorang yang bekerja di pejabat dan tiba sahaja di rumah, SWITCH mood bekerja anda dengan bertukar pakaian pejabat ke pakaian rumah dengan segera. Ini dapat membantu anda lupakan kerja anda di pejabat.

2) Matikan Phone

Jika di dalam kontrak kerja anda tidak dituliskan untuk sentiasa berjaga 24 jam. Matikan phone anda ketika di luar waktunya. Anda tidak perlu untuk sentiasa berhubungan dengan syarikat selama 24 Jam. Amalan ini mestilah diketahui oleh majikan anda supaya dia pun akan sedar dengan tindakan anda.

Apabila dia tahu anda mempunyai amalan rutin seperti ini, apabila diperlukan, majikan anda akan memberitahu anda lebih awal lagi. Kadang kala ada majikan yang tidak mahu terima tindakan seperti ini, tugas anda memberikan penerangan bagaimana dengan cara ini mampu memberikan anda kualiti kerja yang lebih bagus dari yang biasa.

3) Cipta sedikit batasan

Memang benar bergaul dengan rakan-rakan sekerja adalah salah satu cara untuk anda mencari keseronokkan, tetapi kadangkala ada perlu adakan sempadan dan keluar dari situasi ini. Jika anda merasakan masa rehat anda selalu dihabiskan dengan melepak dengan rakan sekerja sahaja, sudah tiba masanya untuk anda mengimbanginya kembali.

Ia sesuatu yang bagus untuk sentiasa bergaul dengan rakan sekerja tetapi ia sebenarnya membuatkan anda susah untuk memadamkan pemikiran terhadap kerja anda. Kadang kala anda perlu keluar dan bergaul dengan mereka di luar rakan sekerja supaya anda tidak terlalu terbeban hanya memikirkan pekerjaan anda sahaja.

4) Buat perancangan yang menarik

Cuba untuk merancang hari anda untuk melakukan sesuatu yang menarik, contohnya buat perancangan dengan rakan-rakan anda untuk lakukan aktiviti sukan seperti badminton, bermain futsal.

Ataupun di hari minggu anda boleh merancang untuk pergi lakukan kerja amal ataupun lebih mencabar untuk memanjat gunung. Ini sedikit sebanyak mampu untuk anda melupakan kerja anda yang sibuk.

5) Buat pembahagian kerja

Jika anda seorang yang susah untuk percaya dekat rakan sekerja yang lain, anda perlu belajar untuk bekerjasama dengan rakan-rakan yang lain. Belajar untuk percaya orang lain untuk lakukan kerja anda semasa anda tidak berada di dalam waktu kerja.

Jika anda seorang manager atau pemilik bisnes, latih seseorang di dalam pasukan anda yang anda percaya untuk pikul tugas-tugas anda semasa ketidakberadaan anda di pejabat.

Jangan sesekali meletakan diri anda untuk sentiasa berhubung dengan kerja selamat 24 jam. Ia tidak memberikan anda apa-apa manfaat dan kebaikan. Anda perlu sedar untuk mengimbangi kehidupan harian anda di atara kerja dan kehidupan.

Mula merancang dari sekarang dan lakukan aktiviti yang menyeronokkan ! 🙂

Pendapat anda?

Notice: Undefined variable: logo_output in /home/forge/jobkartel.com/wp-content/plugins/mobile-menu/includes/class-wp-mobile-menu-core.php on line 200
Left Menu Icon