Work Life Balance

3 Langkah Mudah Sediakan Air Detox Untuk Dibawa Ke Pejabat

Air detox atau dikenali sebagai “DETOX WATER” semakin popular di kalangan kita sekarang ini. Apa maksud “DETOX” sebenarnya? Detoksifikasi bermakna pembersihan darah. Ini dilakukan dengan mengeluarkan kekotoran dari darah di dalam hati, di mana toksin itu diproses untuk penyingkiran.

Tubuh juga dapat menghapuskan toksin melalui buah pinggang, usus, paru-paru, limpa dan kulit. Anda digalakan untuk membawa air ini sewaktu pergi bekerja. Ia bukan setakat menyelerakan tapi memberikan kesan positif kepada diri anda. 

Lima Bahan-Bahan Terbaik Untuk Minuman Detox :

1.Tembikai

Tembikai mempunyai kalori yang rendah dan membantu hidrat badan. Ia juga melawan keradangan dan menyediakan vitamin A dan vitamin B yang mempunyai ciri-ciri anti-penuaan.

2.Timun

Timun adalah diuretik, ianya merangsang pembuangan air kecil yang membantu untuk membersihkan hati, mengusir toksin badan dan mengelakkan pengumpulan air.

3.Lemon

Lemon mengandungi asid askorbik, yang membantu untuk mendetoksifikasi badan, membantu penghadaman, memastikan kulit anda berseri dan mempunyai vitamin C yang merangsang pengeluaran sel darah putih dan meningkatkan fungsi sistem imun.

4.Limau

Limau mempunyai vitamin C dan menggalakkan aktiviti enzim di dalam hati dipanggil glutathione-S-transferase (GST). Ianya juga merangsang sistem pencernaan dan meningkatkan rembesan hempedu dan asid.

5. Strawberi

Strawberi mempunyai fungsi melambatkan proses penuaan, melindungi kulit, membekalkan vitamin A dan C dan membantu detoksifikasi. Vitamin A dan C sangat penting semasa proses detox tubuh untuk meneutralkan dan menghapuskan toksin.

Tiga Langkah Mudah Untuk Menyediakan Air Detox :

1. Menyediakan bahan-bahan

Anda boleh menggunakan pelbagai buah-buahan seperti buah tembikai, lemon, limau, strawberi, dan sebagainya.

Semasa menyediakan buah-buahan untuk air detox, anda perlulah memaksimakan jumlah buah-buahan untuk bersentuhan dengan air. Oleh itu, buah-buahan tersebut haruslah dipotong secara nipis.

2. Mengisi bekas anda

Bekas untuk membuat air detox sebaiknya adalah dalam jug, cawan, gelas atau botol air. Lagi banyak jumlah air, lagi banyak buah-buahan yang diperlukan.

Jika anda membuat air detox dalam cawan, gelas atau botol, jumlah buah-buahan itu perlulah separuh daripada bekas tersebut dan separuh lagi adalah air.Sebaiknya menggunakan air yang bersih.

3. Hidangkan minuman

Walaupun anda boleh minum air detox serta-merta, ia berfungsi lagi baik apabila dibiarkan untuk beberapa jam atau semalaman di dalam peti sejuk. Ini memaksimumkan kesan larut lesap buah-buahan ke dalam cecair.

Pendapat anda?
Share: