Bisnes

Adakah Dibenarkan Burukan Majikan Yang Lepas Semasa Temuduga ?

adakah-boleh-burukan-majikan-yang-lepas-semasa-temuduga

Kali ini saya ingin menjawab soalan yang sangat menarik, adakah burukan majikan yang lepas dibenarkan ataupun tidak semasa temuduga dengan bakal majikan baru. Bagaimana jika majikan yang lama sememangnya teruk dan tidak bertanggungjawab? Adakah saya perlu menipu ketika temuduga? Atau sebaliknya memberitahu mereka perkara yang jujur.

Ini memang dilema yang banyak berlaku oleh pekerja-pekerja yang berhenti kerana mempunyai majikan lepas yang tidak berapa baik. Ini ada dua soalan yang hampir sama tetapi berbeza situasi mengenai adakah boleh burukan majikan yang lepas ketika sesi temuduga.

Soalan 1

Hai. Saya nak tanya pendapat. Perkara biasa yang tak boleh kita buat adalah burukkan bekas majikan kalau ditanya panel kenapa resign. Tapi saya berikan dua situasi. Pengalaman saya dan kawan saya. Saya pernah berkerja dia sebuah syarikat.

Saya diserap masuk selepas praktikal. Saya praktikal dia account department. Tapi ditawarkan bekerja oleh bos syarikat tu sendiri sebagai PA / special officer. Situasinya, saya tak diberikan penjelasan dengan jelas apa tugasan saya. Sebaik saya masuk bekerja, bos tu pergi bercuti selama hampir sebulan.

Tinggalkan saya dengan kerja seperti update kepada dia maklumat baki bank syarikat, maklumat account personal dia termasuk loan kereta, rumah dsbg. Selain tu cari maklumat tentang kesihatan untuk dia. Saya buat semua tu sepanjang dia takda.

Tapi saya mengaku. Kerja tu boleh siap dalam tempoh yang kejap. Bila kerja tu dah siap. Saya tak tau apa perlu dibuat. Saya ada bertanya kepada manager lain kalau ada apa apa perlu saya buat. Mereka tak tau nak bagi kerja apa sebab mereka sendiri tak tau job scope saya apa.

Bila bos tu balik. Dia terkejut sebab saya cuma buat kerja yang dia bagi. Dan tak buat kerja lain. Yang mana saya tak tau pun kerja yang patut saya buat dan saya dah tanya pun pada orang yang berkenaan apa patut saya buat. Saya diperli makan gaji free oleh bos tu sendiri.

Dan selalu cakap saya takda kerja dekat situ. Jadi saya ambik keputusan untuk berhenti kerana saya rasa tak adil. Saya bekerja di bidang bukan kemahiran saya. Dan tak dibimbing. Jadi bila saya pergi interview. Di tanya kenapa resign. Saya rasa susah nak jawab. Apa yang patut saya jawab?

Jawapan 1

Terima kasih kerana sudi memberikan soalan. Apa yang pernah anda lalui ini saya pernah melaluinya pada suatu ketika dahulu. Tidak mempunyai skop kerja yang jelas merupakan suatu masalah yang kepada pekerja terutamanya pekerja yang baru.

‘Job Description’ merupakan istilah yang digunakan oleh syarikat-syarikat korporat yang menerangkan skop kerja dan tugas kakitangan yang diambil. Ia boleh dijadikan sebagai peringatan untuk anda apabila berpindah ke syarikat yang lain.

‘Kenapa anda resign?’ merupakan antara soalan yang paling popular yang akan ditanya oleh mana-mana bakal majikan. Dan sebagai calon, anda tidak boleh memandang remeh tentang perkara ini. Berikut adalah cadangan dan pandangan saya apabila menjawab soalan ini:

1) Berterus-terang – Dibolehkan selagi mana ianya tidak mengaibkan / menjatuhkan syarikat yang terdahulu. Contoh: “Saya berhenti kerana saya tidak diberikan diskripsi kerja yang jelas, yang mana pada saya ianya adalah sangat penting untuk saya memantau kerja saya sendiri, dan memastikan semua tugas yang telah diamanahkan dapat diselesaikan dengan baik.”

2) Berkias – Ini pada kebiasaanya digalakkan untuk menggunakannya apabila sebab berhenti tersebut terlalu sensitif. Contoh: “ Saya berhenti kerana saya rasa saya perlu mengetahui skop bidang kerja yang jelas, dan saya berpendapat bahawa bekerja didalam bidang kelulusan saya adalah lebih baik dari melakukan tugas yang diluar bidang saya” Soal Jawab Bersama Career Coach Nik Faiz

3) Standard – Ianya adalah jawapan yang standard dimana hampir semua orang menjawab soalan ini dengan cara ini. Contoh : “ Saya berhenti kerana saya ingin menimba pengalaman kerja yang baru disyarikat tuan”.

Diharap jawapan yang telah diberikan diatas akan dapat membantu anda untuk menjawab soalan ini dimasa yang akan datang. 

Soalan 2

Situasi kedua tentang kawan saya. Dia bekerja di sebuah syarikat. Sebagai account assistant. Tapi bila dia mula bekerja. Dia tak buat kerja account assistant. Tapi lebih kepada handle perkara perkara di luar kerja sebagai account assitant. Situasi di syarikat itu sendiri agak teruk. Pekerja kerap berhenti.

Dia tertekan sebab workload yang banyak dan diluar bidang kerja dia. Juga tanpa bimbingan. Dia dapat tau ketua department dia akan berhenti. Dan bermakna semua tugas akan diserahkan kepada dia.

Benda ni akan tambahkan beban kerja dia. Jadi dia ambik keputusan berhenti. Lebih teruk gaji lambat masuk. Claims dikatakan sampai sekarang tak dapat. Malah bila dia semak kwsp dan socso. Masih tak dapat dari syarikat lama dia bekerja. Bila pergi interview,

Dia ditanya kenapa resign. Dia tak boleh nak jawab. Kerana tau burukkan majikan lama tidak bagus semasa interview. Bila ditanya tugas. Dia cerita semua
yang dia buat. Tetapi pernah dipersoal kerja yang dia buat bukan kerja account assistant.

Lebih teruk di akhir satu sesi interview. Panel akhirnya kata kepada dia. “Takpa lah. Kami anggap awak tak pernah bekerja dan fresh graduate”.

Jawapan 2

Untuk situasi seperti yang ini, nasihat saya adalah amat tidak digalakkan untuk memburukkan majikan lama, kerana ia mungkin akan memberi impak yang negatif terhadap keputusan temuduga itu nanti. Saya tidak bersetuju mereka menganggap bahawa pengalaman kerja yang lepas tidak dikira sebagai pengalaman kerja.

Walau apapun bidang tugas yang dilakukan semasa bekerja, ia tetap perlu dikira sebagai pengalaman kerja, dan semestinya harus di ‘acknowledge’ pengalaman itu.

Ada 3 cadangan untuk berhadapan dengan situasi ini:

1) Jika syarikat yang dimohon itu lebih kukuh dan lebih baik, dan mereka pula sedia untuk mengambil anda bekerja, maka berlapang dadalah kerana anda boleh bermula kembali untuk menjadi eksekutif akaun, dan mungkin akan diberikan latihan oleh kerana mereka beranggapan bahawa anda tidak mempunyai pengalaman.

2) Cari syarikat yang ‘acknowledge’ pengalaman kerja anda yang lalu. Ianya mungkin akan membuat anda sedikit ‘choosy’ dalam hal ini, namun ia perlulah dibatas. Jika sudah banyak syarikat yang telah menemuduga anda tetapi masih tidak dapat disebabkan hal ini, maka ada baiknya berlapang dada.

3) Perbaiki dan ubah cara anda terangkan pengalaman kerja disyarikat lama semasa ditemuduga. Sesuaikan mengikut kehendak bakal majikan yang baru.

Mudah-mudahan anda akan berjaya!

Nik Faiz | The Career Expert
Certified Professional Career Coach

Pendapat anda?

Notice: Undefined variable: logo_output in /home/forge/jobkartel.com/wp-content/plugins/mobile-menu/includes/class-wp-mobile-menu-core.php on line 200
Left Menu Icon