Umum

9 Tanda Internship Anda Akan Berakhir Dengan Tawaran Bekerja

Kebanyakkan para pelajar yang menjalani sesi pembelajaran di mana-mana univerisiti, tidak kira IPTA/IPTS akan menjalani sesi internship ataupun latihan industri mengikut kursus masing-masing.

Bagi sesiapa yang menjalani latihan industri ini, jangan sesekali mengambil remeh mengenai apa yang anda lalui ketika tempoh pekerjaan anda di syarikat tersebut. 

Jadi, jika anda berharap bahawa latihan industri anda akan berakhir dengan tawaran pekerjaan, tanda-tanda positif di bawah boleh dijadikan sebagai rujukan anda bakal menerima tawaran pekerjaan tersebut  :

1.  Syarikat berkenaan, ataupun department anda semakin pesat mengembang.

Tidak ada guna anda simpan pengharapan yang tinggi jika tiada petanda organisasi anda tidak kelihatan akan berkembang di masa hadapan. Kata Amanda Augustine, Top Resume Expert ” Ia sangat penting untuk memantau kesihatan syarikat jika anda sedang mencari satu jawatan yang boleh menjamin kedudukan anda.

Buka mata dan telinga sehingga anda benar-benar mengetahui bahawa perniagaan mereka dalam keadaan yang baik dan mereka berminat untuk menambah ahli di dalam syarikat”.

2. Anda sudah lulus dalam ujian mereka

Sesetengah syarikat, mereka akan lakukan ujian kepada para internship, adakah mereka mempunyai ciri-ciri untuk menjadi pekerja tetap di syarikat tersebut. Apa contoh ujiannya, ramai yang tidak perasan bahawa majikan melihat anda dari segi :

a) Waktu anda datang dan pulang ke kerja
b) Projek yang mereka bagi, adakah anda dapat buatnya dengan sukses.
c) Bagaimana anda menyertai pasukan di dalam department anda (Aktif / Pasif)
d) Interaksi anda dengan kesemua ahli dalam syarikat.

Sebenarnya banyak lagi yang mereka lihat, anda kena kenal pasti ujian-ujian yang mereka cuba untuk melihat respon anda daripada situasi tersebut.

3. Anda sudah menerima tambahan tanggungjawab

Jangan mengeluh jika anda disuruh untuk pikul sesuatu tanggungjawab di luar jadual internship anda. Ini adalah petanda yang baik. Ia menunjukan anda sudah diletakkan satu kepercayaan dan nilai daripada majikan anda. Inilah masanya untuk anda membuktikan bahawa anda seorang pekerja yang mempunyai kredibiliti.

Tetapi ia bukanlah satu “guarantee” untuk anda mendapatkan tawaran pekerjaan, tetapi ini antara petanda anda di landasan yang betul.

4. Manager meminta pandangan daripada anda.

Adakah majikan pernah meminta pandangan daripada anda, jika pernah. Ia satu perkara yang besar. Bayangkan orang yang mempunyai pengalaman yang  lebih daripada anda meminta sudut pandang daripada anda.

Mereka mengambil kira nilai daripada input yang anda mahu berikan kepada mereka dan kemungkinan ingin menyimpan anda di dalam syarikat kerana anda boleh dijadikan sebagai satu aset yang bernilai.

5. Majikan anda menyukai sikap anda.

Kadang kala majikan hanya mencari seseorang yang teruja apabila pekerja mendapat sesuatu kerja. Dari situ ia dapat menunjukan anda seorang yang mempunyai minat apabila melakukan sesuatu kerja. Anda bukan sahaja diiktiraf dari segi kualiti kerja, tetapi untuk semangat yang anda berikan kepada mereka.

6. Rakan sekerja memberi sokongan kepada anda.

Jika anda mendapat sokongan ataupun cadangan daripada rakan sekerja anda. Ini menunjukan anda mempunyai “social proof” yang tinggi daripada ahli-ahli pekerja yang lain.

Ini menambahkan lagi petanda bahawa anda akan mendapat tawaran pekerjaan daripada majikan anda.

7. Anda mengemukakan solusi daripada membawa masalah yang berlaku.

Jika anda seseorang yang cuba untuk mencari dan menyelesaikan masalah yang berbangkit daripada mengadu masalah yang berbangkit kepada manager anda, ini akan menambah lagi peluang anda untuk mendapat tawaran pekerjaan di akhir internship anda.

8. Anda memahami bagaimana pekerjaan dapat membawa kepada perkara yang lebih besar.

Seseorang intern yang mempunyai nilai yang besar adalah seseorang yang tidak pernah mengadu mengenai kerja yang dia dapat.

Jika anda boleh lihat kebelakang dan menghargai bagaimana pertolongan dan tindakan anda dapat membantu mereka mencapai matlamat, anda merupakan seseorang yang disukai untuk kekal di dalam syarikat.

Intern yang dapat memahami kerja walaupun ia perkara yang kecil adalah seseorang yang sangat penting di dalam pasukan untuk menjayakan keseluruhan kejayaan syarikat. Individyu begini yang paling layak untuk mendapat tawaran untuk mendapatkan pekerjaan.

Pendapat anda?