Bisnes

7 Rahsia Dengan Sedikit Kerja Tetapi Menghasilkan Output Yang Tinggi

Pengurusan masa yang baik tidak boleh direalisasikan dengan sempurna jika anda tidak mengetahui bagaimana cara untuk pastikan urusan tugas anda dapat diurus dengan baik. Fokus kepada pengurusan masa tetapi mengabaikan pengurusan kerja tidak akan membuahkan apa-apa hasil yang maximum.

Ini 7 tips bagaimana anda membuat sedikit kerja tetapi menghasilkan output kerja yang besar :

1) Manfaatkan “talent” yang sepatutnya

Kadang kala anda melakukan terlalu banyak perkara, mustahil untuk anda boleh lakukannya seorang diri untuk ke semua perkara dengan cepat walaupun anda mahukannya.

Anda perlukan pertolongan dari orang lain, semakin anda bijak mengagihkan tugas yang tidak sepatutnya anda buat kepada orang lain, semakin tinggi output kerja yang dapat disiapkan dengan masa yang singkat.

Tetapi perkara ini mestilah didatangi dengan memberi penerangan yang jelas,  kuasa tugas, melatih, dan memberikan semangat kepada rakan yang telah anda serahkan tugas berkenaan.

2) Buat sedikti perkara dengan meningkatkan fokus anda

Kebanyakkan daripada kita sangat sibuk melihat semua perkara yang perlu dilakukan tetapi tidak fokus kepada apa yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Anda perlu membuat keputusan untuk memilih kerja yang mana akan memberikan impak yang paling besar dan penting dan fokus kepada tugas berkenaan sepenuhnya!

Jangan biarkan ada perkara yang boleh menganggu anda dan biarkan perasaan anda merasakan was-was. Buat apa yang perlu anda buat sehingga ia tamat.

3) Pastikan anda membuat kerja yang kena dengan kekuatan anda

Ia lebih efektif untuk anda bekerja dengan perkara yang anda mahir dengannya daripada anda membuat sesuatu kerja yang anda tidak mahir. Seperti nasihat guru kita “letakkan sesuatu itu biar kena pada tempatnya, barulah ia menghasilkan sesuatu yang luar biasa”

4) Sentiasa prihatin dan tenang

Apa kaitannya keprihatinan dengan pengurusan masa? Segala-galanya. Keprihatinan adalah satu bentuk fikiran dimana anda memberikan tumpuan yang jelas pada sesuatu.

Tenang pula akan membuatkan anda menerima perasaan dan pemikiran sekeliling dalam keadaan yang baik. Kedua-dua ini perlu datang sekali dan anda akan melihat sesuatu yang luar biasa berlaku pada hasil kerja anda.

5)  Berikan & buat yang terbaik

Apabila dapat sesuatu tugas untuk dilakukan, lakukan dengan terbaik! Bagaimana ingin lakukan dengan cara yang terbaik ? Anda mestilah memiliki tidur yang cukup, mempunyai masa rehat yang sepatutnya sepanjang seharian anda membuat kerja.

Pastikan anda ambil sedikit masa untuk berfikir dan menetapkan semula tugas utama anda
(Ini perlu dilakukan berulang kali supaya ia lekat di minda anda).

Jika anda mempunyai sesuatu matlamat untuk dicapai, pastikan anda  memberikan usaha yang sepenuhnya.

Cuba untuk melakukan 5 tips ini supaya walaupun anda membuat kerja yang sedikit tetapi dapat memberikan output kerja yang tinggi.

Jangan lupa untuk LIKE page Jobkartel di media sosial anda untuk update perkara yang terkini !

Pendapat anda?

Notice: Undefined variable: logo_output in /home/forge/jobkartel.com/wp-content/plugins/mobile-menu/includes/class-wp-mobile-menu-core.php on line 200
Left Menu Icon