Kerjaya

7 Perkara Yang Boleh Membunuh Karier Anda

7-perkara-yang-akan-membunuh-karier-anda

Semua pekerja akan cuba untuk memberikan yang terbaik di tempat yang mereka bekerja.  Kebanyakkan majikan akan meletakkan kepercayaan mereka terhadap pekerja untuk bersama-sama memajukan syarikat tersebut.

Disebabkan perkara ini, ramai ahli pekerja cuba untuk menunjukkan prestasi mereka yang terbaik di dalam syarikat, tetapi anda kena berjaga-jaga bahawa ada banyak perkara yang boleh membunuh karier anda sendiri walaupun anda seorang yang suka bekerja keras ataupun seorang yang sangat baik di dalam syarikat.

Anda kena berhati-hati di dalam apa sahaja tindakan anda di dalam syarikat, kerana majikan akan melihat tingkah laku anda tanpa anda sedari.

Lihat bagaimana 7 perkara ini mampu membunuh karier anda :

1) Terlalu berjanji dan kurang menyampaikan

Ia mungkin sesuatu yang seronok untuk dilakukan dengan memberikan kata janji yang manis untuk rakan-rakan sekerja anda dan pelanggan. Perkara ini selalu terjadi kepada pekerja yang merasakan mereka seorang yang sangat bekerja keras dan percaya mereka boleh lakukan tanpa mengira risiko yang perlu dihadapi.

Masalahnya disini adalah, tidak ada gunanya anda menambah tekanan kepada diri sendiri yang akan akhirnya menunjukkan sikap anda yang lebih teruk lagi.

Apabila anda berjanji untuk membuat sesuatu perkara dengan cepat, dan anda terlepas untuk hantar mengikut dateline yang diberi, anda mungkin berfikir ia adalah pekerjaan yang bagus.

Ini kerana anda merasakan ia masih lagi dapat disampaikan dalam keadaan yang cepat.

Tetapi tahukah anda, setiap kali anda berjanji pada orang, mereka tidak akan bertolak ansur dengan anda. Akhirnya, ia hanya membalikkan perspektif negatif terhadap diri anda kerana tidak dapat siapkan sesuatu tugasan pada dateline yang telah ditetapkan.

Jangan meletakkan matlamat anda terlalu rendah, jadi realistik mengenai hasil kerja yang akan anda hasilkan yang mampu membuatkan mereka bangga jika diberi masa yang sesuai dan sepatutnya.

2) Sentiasa bersikap puas hati

Ya, semua orang terlalu sibuk untuk belajar sesuatu perkara yang baru atau cuba meluaskan lagi networking yang anda ada sekarang.

Tetapi anda perlu ingat, dunia sentiasa berubah setiap saat dan jika anda masih statik, tiada perkara yang boleh menjamin keselamatan anda pada masa hadapan.

Pastikan anda bergerak untuk meningkatkan perkembangan dan pertumbuhan yang melibatkan karier sebagai keutamaan anda. Jika tidak, anda sendiri akan membunuh karier yang anda impikan.

3) Takut pada perubahan

Individu seperti ini adalah mereka yang gemar membuat pekerjaan yang sama setiap hari. Anda mesti pernah dengar ayat seperti ini ” Jangan! salah buat macam tu, selalu kita buat macam ni”.

Dunia harini bergerak sangat pantas untuk seseorang itu masih kekal pada perkara yang sama sahaja. Kajian mengatakan 91% ciri-ciri pekerja yang berjaya adalah mereka yang boleh biasakan diri dengan perubahan.

Anda tidak perlu untuk belajar mencintai perubahan, tetapi anda perlu belajar bagaimana untuk hentikan perasaan untuk menolak kepada perubahan dan mula untuk biasakannya.

4) Punyai ego yang tinggi

Pernahkah anda bekerja dengan seseorang yang pernah membuat jalur kejayaan yang besar dan mula berfikir bahawa mereka seperti segala-galanya di dalam syarikat ?

Kejayaan sememangnya perkara yang hebat, ia sangat membantu meningkatkan tahap karier anda. Tetapi apabila ego ini sudah menguasai diri anda, ia akan membawa kepada kepahitan kegagalan yang sangat sakit.

Jangan disebabkan kejayaan anda itu membuatkan anda berpuas hati dengan berehat dengan tidak berbuat apa-apa peningkatan lagi.

5) Tidak nampak perkara yang lebih besar

Memang mudah untuk menyibukkan diri, bersunguh-sungguh membuat kerja yang dihidangkan dihadapan anda, tetapi secara tidak sedar ia sebenarnya memadamkan penglihatan anda untuk melihat sesuatu yang lebih besar.

Orang yang bijak sentiasa belajar bagaimana untuk menerima kesemua kerja dan menimbang tahap keutamaan kerja yang mereka akan lakukan.

Bagaimana? Dengan mengira tahap sesuatu perkara itu kepada matlamat yang ingin dicapai.

6) Tahap EQ yang lemah

Anda boleh dipecat sekirannya tidak mampu untuk bekerja dengan baik bersama rakan sekerja yang lain. Tahap kerendahan EQ ini membuatkan keharmonian di dalam sesuatu pekerjaan itu akan mati serta merta.

Contohnya, jika terdapat mereka yang sedang marah, penat atau menghadapi tekanan, mereka yang rendah EQ ini akan membuat sesuatu yang akan mengeruhkan lagi keadaan tanpa melihat risiko yang akan dihadapi.

Jika anda memiliki tahap EQ yang lemah, ia sangat memberi ancaman yang besar kepada karier anda.

7) Memasuki dunia politik

Melakukan sesuatu pekerjaan yang profesional sangat berlainan dengan membuat provokasi konflik, memilih pihak, melemahkan rakan-rakan, menyebarkan khabar angin, dan kesemua perkara yang lain di kategorikan di bawah bumbung pekara politik.

Anda hanya perlu cekal dan ikut kepada strategi yang telah di bincangkan dengan rakan sekerja yang lain.

Ini antara 7 perkara yang mampu membunuh karier anda jika anda tidak berhati-hati dalam melaksanakan pekerjaan anda.

Pendapat anda?