Bisnes

7 Pengumuman Besar Yang Diumumkan Semasa Google I/O

Google io 2017

Google I/O. Acara tahunan yang besar untuk syarikat gergasi Google. Ia merupakan acara pembentangan pembangunan yang dilakukan oleh syarikat Google I/O menampilkan sesi teknikal yang lebih mendalam dan memberi tumpuan kepada membina web, mudah alih, dan aplikasi perusahaan. I/O adalah singkatan kepada Input/Output dan juga slogan mereka iaitu “Innovation In The Open”.

Jika anda terlepas melihat acara Google I/O pada 17May2017 haritu, tak apa. Harini saya ingin kongsikan kepada anda 7 pengumuman besar yang diumumkan oleh syarikat Google pada acara Google I/O tempoh lalu :

1. Google Lens

Google Lens

Satu teknologi baru yang dikeluarkan oleh Google adalah Google Lens. Jika anda mengembara kemana-mana selepas ini. Jangan lupa download Google Lens dalam smartphone anda.

Semestinya jika anda pergi travel kemana-mana akan ada satu ketika dimana anda melihat sesuatu yang tidak anda ketahui seperti nama haiwan, tumbuhan, ataupun sebuah café yang anda mahukan info darinya.

Sekarang dengan Google Lens, anda hanya perlu pointkan camera smartphone anda kepada objek berkenaan untuk mendapatkan maklumat yang anda mahu. Ia memberikan maklumat dari segi nama, rating kedai, lokasi dan sebagainya.

Tapi ia tidak sekadar terhad kepada maklumat spess dan restoran sahaja. Dengan teknologi ini, anda juga boleh menghubungkan WiFi network dengan pointkan camera anda di Nama dan Password Wifi sahaja, anda akan terus automatic connect dengan internet tersebut!

Google Lens 1

Selain daripada tu, Lens juga akan dihubungkan dengan Google Assistant dimana selepas ini pengguna yang menggunakan Google Lens mampu untuk memasukan gambar semasa membuat perbualan dengan pertolongan Assistant, dimana ia boleh memproses data di dalam gambar berkenaan.

Contohnya jika anda pointkan camera kepada satu banner yang besar memberitahu sesuatu tarikh penting, ia akan terus masukan maklumat berkenaan ke dalam Calendar anda.

2. Google For Jobs

Google For Jobs

Sesiapa yang pernah melakukan carian pekerjaan tahu harini ini terdapat banyak syarikat pengiklanan pekerjaan yang telah disenaraikan. Ramai Jobseeker memberitahu mereka bahawa,

“Tidakkah bagus jika kesemua maklumat ini didapati dalam satu tempat yang berpusat?”

Permintaan-permintaan ini akhirnya direalisasikan oleh syarikat Google. Selepas ini pencari kerja mampu untuk mencari penyeneraaian penuh iklan kerja yang boleh dikategorikan dari sudut industri, bidang dan lokasi, pekerjaan tetap atau separuh masa dan kemudahan pengangkutan awam.

“Google For Jobs ini merupakan satu perkara yang sangat mencabar” kata CEO Google, Sundar Pichai ketika sesi Google I/O tempoh hari. Ia membantu untuk menghubungkan jobseeker kepada informasi yang lebih baik di dalam kekosongan sesuatu pekerjaan.

Nampaknya pembuatan Google For Jobs ini mampu membantu untuk membuat proses permohonan menjadi lebih lancar dengan menarik penyenaraian daripada kedua-dua papan iklan dari pihak ketiga dan majikan,

seterusnya menghantar segala maklumat senaraian  kepada pengguna mengikut apa yang mereka sedang cari dan bawa terus ke laman web dimana mereka boleh memohon untuk pekerjaan tersebut.

Adakah suatu masa, Google For Jobs akan membunuh website-website pencarian kerja yang anda di dunia ni? Tunggu dan lihat, mungkin pada permulaanya ia hanya mengumpul website-website iklan kerja kepada satu tempat, dan lama kelamaan Google For Jobs akan menjadi sebuah website pencarian kerja untuk seluruh dunia.

Ia tidak mustahil untuk dilakukan oleh syarikat Gergasi seperti Google.

3. Google.ai

Google AI

Artificial Intelligence (AI) sebuah teknologi yang cuba untuk beroperasi sehebat pemikiran manusia.

Apa itu AI ?

ia merupakan satu teori dan pembuatan satu sistem computer yang mampu melakukan sesuatu tugasan yang memerlukan kecerdasan manusia seperti, persepsi visual, pengesan suara, membuat sesuatu keputusan, dan terjemahan bahasa.

Google telah mereka bentuk satu AIs dimana ia “learning to learn” (mesin yang mampu untuk belajar)

“Kami sangat teruja mengenai reka bentuk mesin pembelajaran yang lebih baik, tetapi harini ia perlukan kerja yang sangat teliti. Daripada hanya bergantung kepada tenaga manusia untuk mereka bentuk model baru, Google kini mewakilkan tanggungjawab berkenaan kepada mesin pembelajaran yang telah sedia ada mereka bina.”

Ia seolah-olah seperti open source software TensorFlow, dimana ia memberikan perisian tersebut untuk mencipta aplikasi yang baru. Sebuah alat perisian mencipta alat perisian yang lain. Macam tula contohnya.

Pasukan beliau selalu bergurau mengatakan mereka sudah mencapai “AI Inception” tetapi Sunchai selalu mengatakan “We must go deeper”.

Ini semua merupakan salah satu daripada projek yang dinamakan sebagai Google.ai, ia termasuklah Google Search dan Google Assistant.

Major operasi di dalam Google.ai adalah untuk membuat akses terbuka kepada dokumentasi yang mampu membantu golongan profesional dari setiap sudut industri seperti pendidikan dan kesihatan.

4. New Google Home Features

 

Google home adalah satu smart speaker yang direka khas oleh Google. Google home membolehkan pengguna untuk menggunakan arahan suara untuk berhubung dengan Google Assistant. Ini antara ciri baru yang diletakkan di Google Home :

a) Hands-free calling

Semasa acara Google I/O, CEO mereka memberitahu Google Home mempunyai satu ciri dimana ia dipanggil sebagai kebolehan mengenalpasti suara yang mampu untuk mengesan satu pengguna dan pengguna yang lain.

Ia mampu untuk membuatkan anda menggunakan Google Home sebagai satu alat untuk membuat panggilan dengan hubungkan smartphone anda dengan Google Home Profile. Ia semudah dengan anda meminta mereka membuat panggilan.
b) Proactive Assitance

Ia bertindak seperti seorang PA. Google Home sekarang akan mengingatkan anda perkara-perkara yang penting tanpa anda minta mereka melakukannya. Contohnya jika anda mempunyai temujanji dan jalan nak ke destinasi jam, ia akan memberikan anda cadangan untuk keluar lebih awal dengan memberikan ETA untuk anda sampai ke destinasi.
c) Visual Responses

Ya, gambar boleh menerangkan seribu makna. Google merasakan kadang kala informasi adalah lebih baik diterangkan secara visual daripada percakapan. Sekarang Google Home mampu melakukannya dengan menghantar terus Visual Responses melalui smartphone anda.

5. Android O

Android O adalah versi baharu daripada Android Operating system dimana ia tidaklah banyak perubahan yang dilakukan cumanya ia fokus kepada perisian software untuk menjadi lebih baik, laju dan save battery. Tonton video dibawah untuk lebih lanjut :

 

6. Dari GPS ke VPS

GPS berfungsi jika anda tidak tahu untuk ke suatu tempat yang dituju, anda akan menggunakan aplikasi GPS untuk membantu anda untuk sampai ke destinasi. Tetapi bagaimana jika kita tidak dapat menjumpai sesuatu objek atau barang seperti kunci, talefon atau kaca mata?

Itulah fungsi Visual Positioning Service atau dipanggil sebagai VPS. Apa yang best dengan VPS ini, ia berpontensi untuk membantu mereka mencari tempat jalan sekitar yang sememangnya tempat itu sukar untuk dilalui.

7. Smart Replies Come To Gmail

Sekarang Gmail sudah mengadakan satu ciri dimana ia membantu anda untuk membalas emel dengan memberikan ayat-ayat cadangan untuk anda membalas emel berkenaan berdasarkan emel yang anda terima. Ini contoh bagaimana Smart Gmail berfungsi :

Ini antara perkembangan teknologi yang dibentangkan oleh syarikat Google semasa acara tahunan Google I/O pada 17 May 2017 haritu. Untuk keseluruhan pengumaman Google I/O , boleh lihat video dibawah :

 

Pendapat anda?

Notice: Undefined variable: logo_output in /home/forge/jobkartel.com/wp-content/plugins/mobile-menu/includes/class-wp-mobile-menu-core.php on line 200
Left Menu Icon