Bisnes

7 Kelebihan Mempunyai Perakaunan Syarikat

Bisnes anda untung tetapi bila sampai hujung bulan anda taktahu tunai anda habis dimana, aliran tunai anda tercekik dan tersangkut nak bayar pembekal, bil, sewa dan lain lain. Ini mungkin kerana anda merompak duit syarikat anda sendiri dengan tidak mengamalkan sistem perakauan di dalam syarikat anda kerana anda menganggap bisnes anda hanya kecil kecilan.

Untuk perniagaan anda berkembang, anda harus mempunyai sistem perakauanan yang cekap, berikut adalah kelebihan jika mempunyai perakaunan syarikat :

 

1. Untuk pemilik mengetahui pencapaian Bisnes melalui angka angka yang direkod.

Adakah keuntungan tahun lepas sama dengan keuntungan tahun semasa ? Anda sebagai pemilik syarikat dengan mudah dapat mengetahui prestasi syarikat anda atau dapat menilai aktiviti pemasaran yang dilakukan berkesan ataupun sebaliknya.

 

2. Financial Report akan membantu dalam mempengaruhi decision making oleh pemilik

Syarikat boleh fokus kepada aktiviti yang mendatangkan lebih banyak revenue dengan mengubah model bisnes yang tidak berkesan. Aktiviti bisnes apa yang memakan banyak belanja tetapi membawa revenue yang sedikit perlu diubah/digugurkan.

 

3. Menguruskan wang tunai dengan lebih mudah dan sistematik

Yang menghidupkan syarikat adalah tunai, penting bagi pemilik bisnes untuk mengetahui angka angka ini demi melakukan perancangan masa hadapan. Berhenti merompak wang tunai syarikat anda sendiri!

 

4. Memudahkan Pemilik membuat perancangan masa hadapan. Sama ada;

Invest wang tunai di dalam hartanah, membeli saham, dan sebagainya. Menguatkan operasi sedia ada dengan melakukan Expansion atau mempelbagaikan kekuatan syarikat dengan menerobos ke dalam industri baru, diversification.

 

5. Kegunaan Pihak Luar

Jika anda ada laporan kewangan yang lengkap, dokumen ini adalah sokongan anda ketika berurusan dengan bank untuk pinjaman, berurusan dengan pelabur bagi menarik dana dan malah boleh digunakan dengan pembekal supaya mereka boleh memberikan anda kredit yang lebih besar! Best kan ?

 

6. Memudahkan anda membayar cukai dan zakat

Lebih sistematik anda merekod perbelanjaan, donation atau apa saja perbelanjaan yang diberikan pelepasan cukai. Semakin kurang cukai yang dikenakan pada anda, ha jangan taktau. Banyak pelepasan cukai yang diberikan. Jadi rekod lah kewangan syarikat anda demi kesejahteraan syarikat anda!

Pendapat anda?

Notice: Undefined variable: logo_output in /home/forge/jobkartel.com/wp-content/plugins/mobile-menu/includes/class-wp-mobile-menu-core.php on line 200
Left Menu Icon