Startup

6 Perkara Yang Wajib Pemula Startup Tahu

6-perkara-yang-pemula-startup-wajib-tahu-sebelum-memulakan-bisnesnya

Semua orang yang mula membangunkan bisnes pasti mahu kesemua rancangan dan strategi yang dirancang dapat dilaksanakan dalam keadaan yang paling baik.

Tetapi tahukah anda, hanya 1 daripada 10 syarikat startup yang wujud mampu menjadikan mimpi dan impian mereka menjadi sebuah realiti.

Adakah anda akan berputus asa selepas produk anda dilancarkan tetapi tidak terjadi seperti jangkaan anda? Adakah anda akan tarik diri jika wang anda hilang dari bulan ke bulan atau anda masih kekal dengan semangat anda bahawa satu hari nanti idea ini mampu menjadikan anda seorang yang berjaya ?

Jika anda bertanyakan beberapa soalan ini kepada diri sendiri dan menjawabnya dengan jawapan yang positif. Itu adalah tanda awal dimana anda akan melalui dan menempuh perjalanan yang panjang dalam mencapai kejayaan.

Dan ini 6 perkara yang perlu anda tahu sebelum memulakan bisnes Startup :

1) Menyedari idea yang hebat sahaja tidak akan pernah cukup!

Di antara masalah majoriti usahawan yang tidak berjaya adalah mereka bermula dengan pemikiran yang salah iaitu hanya berfantasi dengan idea seperti “Wah! Idea aku boleh buat billion ni.”

Tetapi idea hanya tinggal idea apabila tiada tindakan. Anda perlu tahu idea bukanlah satu bisnes mahupun startup.

Ia perlu dibangkitkan dan dipupuk dengan perjalanan yang penuh cabaran untuk menjadikan ia satu bisnes impian yang anda menjadikannya sebuah kenyataan suatu masa nanti.

2) Mula menjual pada skala yang kecil

Adakah produk anda akan jadi terkenal? Cara terbaik untuk memastikan perkara itu adalah dengan cuba menjual idea ada terlebih dahulu. Maksud disini adalah dengan melakukan validasi.

Tidak perlu tunggu produk anda siap baru nak buat. Buat seperti keadaan selling dan pitching ideas kepada orang ramai. Lihat bagaimana respon orang ramai mengenai produk atau servis yang anda mahu keluarkan.

Selain daripada anda dapat nilai kebolehpasarannya, anda juga boleh mengumpul maklum balas yang penting daripada mereka untuk membuat apa sahaja penambahbaikan yang perlu dilakukan kepada produk anda.

Ini adalah jalan yang paling selamat untuk memulakan Startup anda. Apabila mahu menjual, menjual pada skala yang kecil terlebih dahulu.

Kerana anda belum cukup matang dan serasi lagi dengan produk yang anda keluarkan. Proses kecil-kecil ini yang akan memberikan anda persediaan yang lengkap dan rapi sebelum bertemu sesuatu yang lebih besar.

Di permulaan kecil ini jugalah dimana anda akan belajar kesilapan-kesilapan yang anda lakukan secara sengaja ataupun tidak sengaja. Disini juga anda akan diperlihatkan masalah-masalah yang selama ini tidak pernah anda jangkakan akan wujud akan hadir pada hidup anda. 

3) Labur kembali keuntungan kepada bisnes

Anda kena fahami majoriti bisnes yang baru dibuka dan pada fasa membangun selalunya amat sukar untuk mencapai tahap “break-even point” dalam masa setahun, dua ataupun lebih. Anda kena bersedia yang perkara seperti ini akan berlaku dan belajar untuk sentiasa bersabar.

Kerana laluan untuk berjaya memang begitulah rentaknya. Jika tidak sabar maka makin cepatlah bisnes itu akan pergi.

4) Percaya rakan sepasukan seperti anda percaya diri anda sendiri

Kebanyakkan owner bisnes akan berfikir bahawa mereka sahaja yang tahu cara untuk run the business, mereka sahaja yang bertanggungjawab dalam memastikan untung rugi syarikat dan disebabkan ini mereka percaya ia adalah sesuatu yang sukar untuk meletakkan kepercayaan kepada ahli di dalam syarikat.

“Rom is not build in just one day, and also it not build by one person.”

Anda kena bina satu pasukan yang kuat dimana ahlinya terdiri daripada individu yang membawa satu fikiran, matlamatnya, dan bersedia untuk melakukan pengorbanan yang besar untuk memastikan projek yang ingin dicapai berjaya sehingga ke akhir.

Tolak awal-awal kepada ahli yang hanya bercerita mengenai wang dan sentiasa berkira-kira di setiap kerja yang dilakukannya.

Keputusan yang paling terbaik bukan membuat semua perkara seorang diri tetapi membahagikan beberapa tugas kepada ahli pasukan yang lain.

Kerja anda hanya perlu fokus kepada perkembangan & pembangunan syarikat. Sentiasa ingat, pasukan anda adalah pasukan yang akan bertungkus lumus membantu syarikat untuk kehadapan.

Tanpa mereka. Syarikat juga tiada erti.

5) Anda akan kurang masa untuk keluarga, kawan dan diri sendiri

Benda ini sebenarnya satu perkara yang paling ngeri untuk anda hadam betul-betul sebelum ingin menceburi dunia bisnes startup atau menceburi sesebuah perniagaan.

Kesemua nakhoda kapal akan sentiasa mahu kapalnya berlayar dan sampai ke destinasi dengan lebih laju. Tapi kesan daripada ini, semua orang perlu bekerja keras dan tambahkan usaha tenaga untuk mendapatkan hasil yang ingin dicapai.

Anda tanyalah sesiapa yang membangunkan bisnes startup. Semestinya pada fasa permulaan pembangunan akan mengalami masa yang sangat suntuk. Jangan kata dengan orang yang tersayang, untuk diri sendiri pun kurang masanya!

Ini kerana semuanya diletakkan pada impian untuk menjadikan sesebuah idea itu menjadi satu perkara yang realiti.

6) Jangan takut untuk berangan-angan

Sentiasa jadikan angan-angan anda itu sebagai satu motivasi. Jika anda masih ingat, dahulu Jack Ma juga digelar gila kerana mahu membuat Ali Baba. Tapi lihat dimana kedudukan Jack Ma di mata dunia hari ini?

Jika bukan anda yang akan mempercayai impian anda. Siapa lagi? Sentiasa percaya dan berfikiran besar dalam mencapai cita-cita.

Memulakan bisnes baru sememangnya boleh mendatangkan satu ketakutan dan stress yang tinggi kepada diri anda. Jika anda faham mengenai gambaran awal ini dan masih lagi bersemangat tinggi untuk lakukannya.

Ketahuilah itu merupakan tanda-tanda bagi sebuah kejayaan.

Pendapat anda?