Kerjaya

6 Kunci Ayat Untuk Komunikasi Dengan Baik Bersama Majikan Anda

Komunikasi dengan baik bukan mudah untuk dilakukan. Lagi-lagi apabila kita mempunyai “gap” apabila bercakap dengan seseorang individu itu.

Contohnya diantara pekerja dan majikan. Banyak perkara yang perlu dijaga dan diteliti sebelum mengatakan sesuatu perkara.

Ada orang yang selalu gementar apabila bercakap dengan majikan, ada orang yang terlalu bersahaja sampai lupakan adab yang perlu dijaga dan ada pula yang jenis sentiasa mendengar sahaja tanpa memberikan respon sama ada ianya jelas ataupun tidak.

Jika anda salah seorang yang sukar untuk berkomunikasi dengan baik bersama majikan anda, ini 6 kunci ayat yang boleh anda gunakan:

1) “Kita mempunyai dua cara iaitu A ataupun B. Saya syor untuk melakukan cara B kerana..”

Apabila anda memberikan pilihan kepada majikan anda, jangan sesekali matikan dengan pilihan tanpa menyatakan sebab musabab di dalam pilihan anda.

Jika anda hanya memberikan idea pandangan sahaja, itu akan menambah lagi masalah kepada majikan anda.

Dengan memberikan sebab yang kukuh pada pilihan pandangan anda, ini akan memudahkan kerja majikan anda kerana dia mempunyai alasan yang kukuh untuk menyatakan sesuatu keputusan.

Jika terdapat 3 individu memberi idea dan memberikan penjelasan yang baik. Majikan hanya perlu mendengar dan memberikan keputusan. Ia akan menjadikan komunikasi itu terjadi dengan lebih baik.

2) “Saya berbesar hati untuk melakukan cara bagaimana yang tuan minta, tapi saya ingin beritahu masalah yang akan berlaku adalah…”

Jika anda merasakan majikan anda memberikan satu idea yang tidak baik, gunakan ayat seperti di atas mampu membantu anda untuk membangkitkan permasalahan yang berlaku tanpa kelihatan seperti satu pertengkaran.

Anda memberitahu bahawa anda sangat gembira untuk membuat satu kerja berkenaan mengikut apa yang diminta oleh majikan anda.

Tetapi dalam pada masa yang sama, anda mencadangkan satu perspektif dimana mungkin majikan anda tidak pernah terfikir dan ianya boleh membantu.

3) “Saya menyedari bahawa saya kurang jelas mengenai apa yang tuan katakan mengenai perkara A sebentar tadi..”

Kadangkala majikan anda mungkin akan berkata sesuatu yang membuatkan anda tertanya-tanya atau yang akan merisaukan diri anda.

Jangan bertindak untuk mendiamkan diri dan mengharapkan iannya akan selesai dengan sendirinya. Tunggu tepat pada masanya dan gunakan seperti ayat diatas ini.

Salah satu masa untuk anda membicarakan ketidak jelasan anda pada sesuatu perkara adalah ketika majikan anda sudah habis menyatakan pandangan serta penjelasannya.

4. “Boleh kita berbincang mengenai keutamaan kerja yang perlu saya lakukan?”

Ia perkara yang biasa bagi pekerja untuk berasa tertekan dengan bebanan kerja yang dimiliki tanpa pertolongan untuk menyusun keutamaan pada satu satu kerja yang telah ditugaskan.

Ia sesuatu yang sangat penting untuk majikan anda menyedari mengenai bebenan kerja yang sedang anda pikul.

Contohnya anda mempunyai 2 atau 3 projek yang perlu disiapkan pada tarikh yang sama ataupun konflik lain yang sama ke arahnya.

Kadang kala majikan anda sangat sibuk dan terlepas pandang mengenai kerja yang dia telah berikan kepada anda.

Cara yang paling tepat adalah dengan anda bersuara dan nyatakan bebenan kerja terkini yang sedang anda pikul kepada dia.

Jika majikan anda mahu result yang terbaik dalam sesuatu kerja, dia perlulah membantu anda dalam meletakkan keutamaan di setiap kerja yang perlu diselesaikan.

5) “Terima kasih kerana memberikan maklum balas, ia sangat membantu apabila mendengarnya..”

Selalunya, mana-mana pekerja akan bersedih apabila menerima maklum balas berupa kritikan. Sepatunya apabila anda menerima satu kritikan, anda berikan maklum balas kepadanya dalam keadaan yang positif dan menghargainya.

Ini untuk memastikan majikan anda akan terus memberikan tunjuk ajar untuk membantu anda menjadi lebih baik daripada apa yang sedang anda lakukan.

Dengan memberikan maklum balas seperti ini juga dapat menunjukkan anda seorang yang matang dan mudah untuk bekerja bersama.

6) “Boleh saya ulangi kembali mengenai kefahaman saya tentang tugasan yang diberikan sebentar tadi untuk memastikan saya benar-benar faham akannya?”

Ini merupakan satu soalan yang sangat baik untuk ditanya apabila anda perasan bahawa majikan anda kadangkala tidak menyatakan sesuatu perkara dengan begitu jelas.

Beritahu sepintas lalu ringkasan kefahaman anda mengenai tugasan yang telah diberikan dapat membantu majikan anda menyedari mengenainya dan memberikan penambahbaikkan apabila ia perlu.

Selain itu juga, penerangan ringkas ini mampu memperlihatkan kekurangan kedua-dua pihak dalam menyatakan maklumat dan pendapat ketika berbincang. Itu antara 6 kunci ayat yang boleh anda gunakan apabila berkomunikasi dengan majikan anda.

Ya memang sukar untuk komunikasi dengan baik bersama majikan anda. Lagi-lagi yang jenis yang memandang diri mereka sahaja yang betul. Perkara ini dapat diatasi apabila kita tahu kunci kepada cara komunikasi yang baik. Selamat mencuba.

Pendapat anda?