Kerjaya

Ingin Tukar Kerjaya? Ini 5 Tips Untuk Anda

5-tips-tukar-kerjaya

Pernah anda rasa ingin tukar kerjaya? Kerjaya yang sekarang ini mungkin bagi anda sudah tidak mempunyai kurang minat untuk dilakukan.

Jika anda pernah rasa begini, ini perasaan biasa yang dialami oleh ramai orang terutamanya pada generasi muda. Mereka tidak mendedikasikan diri mereka untuk bekerja selama 20 atau 30 tahun dalam satu-satu bidang yang sama.

Mungkin dalam 5 tahun pertama masih melakukan kerja dalam bidang yang sama tetapi dengan ilmu dan pelbagai bidang baru yang telah wujud pada harini membuatkan anak muda harini berkecederung ingin menukar kerjaya.

Tetapi menukar kerjaya secara drasik memang suatu perkara yang menakutkan. Tidak disarankan untuk anda tukar kerjaya secara drastik melainkan anda sudah tahu 5 tips dibawah dengan jelas :

1. Ketahui Atau Mencari Sesuatu Yang Anda Mahukan

Memang cakap itu lebih mudah daripada buat. Mesti anda cakap,

“Jika saya ingin menukar kerjaya, mestilah saya tahu apa yang saya mahukan.”

Ia bukan sekadar mahu, tetapi anda kena fikir siapakah anda 10 tahun akan datang apabila anda sudah menukar kerjaya.

Salah satu yang boleh anda buat adalah senaraikan kelebihan dan kelemahan karier yang anda sedang lalui sekarang.

 Apakah aspek yang anda mahu penuhi jika anda telah tukar kerjaya?

Apakah yang menghalang anda daripada menjadi produktif dan bahagian dengan karier sekarang?

Sentiasa fikirkan soalan-soalan dalam minda anda sebelum mencuba untuk berfikir tukar kerjaya.

2. Kenal Pasti Kemahiran Dalam Diri Anda

Ramai yang tersilap. Menukar kerjaya bukan bermaksud anda membuang segala kemahiran yang anda ada dan mula segalannya daripada kosong.

Sebaliknya ia merupakan peluang yang perlu anda gunakan untuk menyumbangkan kekuatan atau kemahiran yang telah anda asah kepada bidang yang baru ingin anda ceburi.

Sebab itu anda perlu tahu dengan jelas kemahiran dan kekuatan yang anda ada VS industri yang ingin anda tembusi.

Dari situlah bermulanya anda senaraikan syarikat atau tempat pekerjaan yang menagihkan kemahiran yang ada pada diri anda.

3. Buat Sedikit Kajian Dan Belajar

Sudah semestinya jika anda ingin menukar kerjaya anda kena belajar banyak perkara baru. Sebab itu perlunya anda buat sedikit kajian dan belajar.

Ia bergantung kepada bidang yang anda ambil. Mungkin anda kena belajar menggunakan software yang baru, bahasa-bahasa yang selalu diguna pakai dalam industri berkenaan ataupun ia sememangnya memerlukan tahap soft skills anda yang tinggi.

Mula belajar sekarang! Kalau boleh cuba ambil kelas di luar yang menawarkan bidang yang anda ingin ceburi dan banyak membaca.

Dengan cara ini membuatkan anda lebih yakin dengan kemahiran yang anda untuk diberikan kepada bakal majikan baru anda. Barulah mereka tidak persoalkan apa yang anda ada apabila menukar kerjaya yang berbeza.

4. Cuba Menyelami Peranan Pada Kerjaya Baru

Mungkin anda telah diasyikan dengan peranan baru yang mungkin anda pikul selepas ini tetapi anda tidak sedar adakah ia sesuai dengan diri anda.

Cara terbaik adalah peranan yang akan anda pikul pada kerjaya anda seterusnya, cuba cuba untuk aplikasikannya di kerjaya anda yang sekarang.

Contohnya, anda ingin tukar kerjaya sebagai seorang blogger. Ambil initiatif atau tawarkan diri anda menulis beberapa artikel mengenai syarikat yang sekarang anda bekerja.

Jika anda ingin tukar kerjaya sebagai seorang pengurus event. Anda boleh tawarkan diri anda sebagai seorang planner jika ada apa-apa aktiviti yang telah dijalankan oleh syarikat seperti  hari sukan, hari keluarga dan sebagainya.

5. Kekal Realistik

Ini perkara yang amat penting. Kekal realistik.

Menukar sesuatu kerjaya bukan semudah anda ingin menaiki tangga. Anda kena tahu, pertama kali anda menukar kerjaya, anda jangan harap untuk mendapat gaji yang tinggi seperti mana kedudukan anda harini.

Tetapi apa yang lebih besar yang akan anda alami selepas ini adalah pengalaman, tanggungjawab, kemahiran dan hubungan yang baru.

Sentiasa ingat dalam kepala selepas anda menukar kerjaya, inilah tempat yang anda pilih untuk memenuhi apa yang anda mahukan sebelum ini.

Jika anda masih tidak bersedia, jangan sesekali cuba untuk menukar kerjaya secara drastik yang boleh memberikan impak yang besar kepada diri anda.

Sumber : Forbes.com

Pendapat anda?