Kerjaya

Dah Isnin? Ini 5 Tips Pekerjaan Untuk Anda Elakkan “Monday Blues”

5-tips-pekerjaan

Mesti anda pernah merasakan suatu perasaan yang malas apabila kena bangun pada awal pagi Isnin. Sebab anda sudah bayangkan untuk melalui 5 hari seterusnya yang penuh dengan cabaran. Anda perlu tahu 5 tips pekerjaan dibawah untuk mengelakkan daripada perasaan “monday blues” ini.

Mungkin minggu ini anda dipertanggungjawabkan dengan kerja yang berat? Mungkin minggu ini anda boleh berbasikal pada petang hari? Atau mungkin minggu ini anda perlu kerja sehingga lewat malam dalam masa seminggu?

Ini antara kebarangkalian yang mungkin boleh berlaku pada hari-hari anda.

Tetapi ia sebenarnya bukan alasan untuk anda bersikap lemah. Kerana setiap hari Isnin itu akan sentiasa menanti anda selagi anda masih hidup.

Ini 5 Tips Pekerjaan yang boleh anda lalui untuk mengatasi “Mondays Blues” :

1. Pastikan Anda Mempunyai Mindset Yang Betul

Perkara pertama di pagi Isnin adalah anda bangun dan mempunyai Mindset yang betul.

Adakah anda takut bahawa ada sesuatu yang akan menahan anda daripada melakukan sesuatu mengikut apa yang anda kehendaki ?

Letakkan minda anda seperti mana anda bangun di pagi hari Sabtu. Dimana anda bangun dan merasakan perasaan bahagia  kerana fikirkan banyak perkara produktif yang boleh anda lakukan.

Mula pagi Isnin dengan berkata “Harini aku akan lakukan perkara yang membuatkan aku bahagia dan produktif!” Sentiasa berfikiran positif akan membantu anda untuk menjadikan sesuatu itu menjadi kenyataan.

2. Jelas Dengan Tujuan Anda

Tanya diri anda, “Bagaimana saya mampu memberikan manfaat kepada orang lain?”

Dengan pertanyaan ini, walaupun anda buat perkara yang sama setiap hari tetapi dengan setkan matlamat yang jelas seperti ingin memberikan manfaat kepada orang lain akan membuatkan pekerjaan yang anda buat akan menjadi lebih mudah untu dilakukan.

“Anda mungkin tidak boleh menukar pekerjaan yang anda sedang lakukan, tetapi anda boleh ubah bagaimana anda melihat terhadap sesuatu perkara.”

Dan jika anda melihat apa yang anda buat sekarang mampu memberikan banyak manfaat kepada orang lain, selalunya disinilah anda akan menjumpai motivasi diri dengan lebih mudah.

3. Kuasai Apa Yang Anda Sudah Rancang

Sentiasa berfikiran besar. Set kan matlamat apa yang anda ingin capai sepanjang minggu berkenaan. Spesifik, realisitik dan selalu tanyakan diri anda,

“Apa yang boleh aku lakukan harini untuk aku wujudkan sesuatu pencapaian kepada diri sendiri?”

Bila anda sudah set kan matlamat ini, fokus kepada matlamat itu dan cuba sedaya upaya untuk mencapainya.

4. Buat Rutin Yang Boleh Naikkan Tenaga Anda

Di pagi hari, selepas anda sudah mempunyai fikiran dan matlamat yang ingin dilakukan sepanjang minggu tersebut, cuba untuk mulakan diri anda dengan membuat sesuatu yang boleh kembalikan tenaga anda.

Contohnya, ada mereka yang kena lakukan senaman kecil di pagi hari, ataupun bersedekah di pagi hari dan sebagainya.

Ia akan membantu anda menaikkan semangat anda di pagi hari. Jangan lupa juga untuk setkan matlamat untuk menaikan tenaga anda pada hari-hari yang lain supaya momentum anda untuk lalui minggu tersebut pada tahap yang konsisten.

5. Rancang Untuk Lakukan Hubungan Yang Positif

Hari-hari yang kita lalui mesti ada berjumpa dengan orang yang kurang senang dengan diri kita.

Anda tidak boleh lari dari situasi ini tetapi  apa yang boleh anda lakukan adalah cuba dan berusaha untuk memperbaiki hubungan komunikasi anda dengan orang berkenaan.

Salah satu caranya adalah apabila anda menghadapi situasi yang sukar ini, cuba untuk  tarik nafas tenangkan diri anda dan cuba untuk respon dengan menunjukkan sesuatu yang positif.

[Lihat : 7 Teknik Berkesan Mengurus Konflik Ketika Temuduga]

 

Pendapat anda?

Notice: Undefined variable: logo_output in /home/forge/jobkartel.com/wp-content/plugins/mobile-menu/includes/class-wp-mobile-menu-core.php on line 200
Left Menu Icon