Kerjaya

5 Tips Naik Pangkat Dengan Lebih Cepat

Jika anda mahu terus maju dalam kerjaya anda, maksud maju disini adalah anda tentu tidak mahu tersekat terlalu lama di jawatan ataupun skop kerja yang sama untuk tempoh masa yang terlalu lama.

Kenaikan pangkat ataupun gaji sentiasa akan menjadi ganjaran yang seronok untuk seorang yang
berwawasan seperti anda.

Adakah anda seorang yang mempunyai perancangan untuk terus menaiki tangga yang lebih tinggi
dalam kerjaya anda ?

Jika ya, baca tips yang boleh membantu anda mencapai impian tersebut :

1. BACA BUKU

Membaca itu jambatan ilmu, dengan membaca anda mungkin telah melompat beberapa anak tangga dalam bidang anda.

Pembacaan akan membuka ruang dan pintu untuk anda menggali dengan lebih dalam. Anda akan lebih ‘well informed’ tentang industri ataupun bidang anda.

Bila anda mempunyai ilmu yang lebih dalam, lebih banyak peluang yang akan terhidang untuk anda. Salah satunya adalah peluang untuk naik pangkat! Paling tidak pun anda akan menjadi idaman untuk para majikan di luar sana.

2. BERINTERAKSI DENGAN ‘INFLUENCER’

Di dalam sesebuah industri, pasti ada yang menerajui ataupun bahasa mudahnya kita anggap ‘sifu’. Cari orang ini dan ┬ácuba untuk mulakan perbualan, anda boleh jadikan mereka sebagai rujukan.

Jika anda bernasib baik anda boleh dijadikan ‘anak murid’, banyak perkara yang anda boleh pelajari. Bukan saja ilmu mereka yang anda dapat ‘sedut’. Malah, anda boleh menerima tempias daripada pengaruh mereka. Ini yang dipanggil ‘networking’.

Jangan malu untuk berguru.

3. KEMASKINI RESUME ANDA

Bila kali terakhir anda kemaskini resume anda ? Anda perlu kemaskini resume anda sekurang-kurangnya 6 bulan sekali, dalam tempoh 6 bulan pasti ada perkara/projek hebat yang anda telah lakukan.

Ini juga memberikan keyakinan pada diri anda, kerana anda dapat menilai ‘progress’ kerjaya anda dan boleh menentukan kemahiran apa yang perlu anda tajamkan lagi demi menambah nilai dalam diri anda.

4. HADIRI ‘EVENT’

Anda ada ternampak ada event diadakan berdekatan dengan kawasana anda ? hadiri event tersebut, ia penting untuk anda berkenalan dengan orang baru dan meluaskan ‘networking’ anda.

Anda tidak tahu dengan siapa anda akan berjumpa, mungkin orang boleh membantu anda dalam meluaskan peluang kerjaya anda!

5. SERTAI SEMINAR ATAUPUN KELAS

Kemahiran kita adalah aset, jadi anda perlu laburkan kemahiran anda bagi meningkatkan nilai diri. Lebih tinggi nilai diri lebih ramai yang mahukan anda, anda boleh hadiri kelas kelas yang berkaitan dengan industri ataupun bidang anda.

Pendapat anda?