Kerjaya

5 Soalan KILLER Temuduga Dan Rahsia Di Sebaliknya

5-soalan-killer-temuduga

Apa yang HR mahu dengar daripada anda ?

Setelah anda menghantar resume anda ke pelbagai syarikat dengan strategi yang betul dalam misi pencarian kerja anda. Akhirnya! anda berjaya mendapatkan temuduga dan anda sedang dilanda gemuruh kerana risau dengan soalan temuduga yang bakal ditanya.

Tahukah anda setiap soalan yang ditanya adalah direka bagi mencungkil personaliti anda, jadi berikut adalah 5 soalan yang selalu ditanya dan bagaimana cara menjawabnya dengan bergaya ?

Lihat : Strategi Lengkap Pencarian Kerjaya Impian

1) Apa yang anda tahu tentang syarikat ini ? 

Pengetahuan anda yang luas tentang tugas pekerjaan dan syarikat itu sendiri akan memberi gambaran kepada penemuduga bahawa anda adalah seorang yang mempunyai energy, motivation dan mempunyai minat dalam syarikat mereka.

Jika anda tidak mempunyai pengetahuan tentang latar belakang syarikat, anda akan ketinggalan berbanding calon lain.

*Gunakan internet, website syarikat, pandangan rakan rakan, produk. Lawat website syarikat dan baca liputan media tentang syarikat tersebut, key executives dan juga berita umum atau isu yang memberikan kesan kepada industri syarikat tersebut.

Tips : Berikan sedikit pujian kepada syarikat, tunjukkan admiration kepada hasil kerja syarikat. Jika setuju dengan pendapat temuduga, senyum dan setuju. Jika tidak, senyum dan anggukkan saja. Kalah disini, menang disana.

2) Kenapa anda mahu meninggalkan pekerjaan lama ?

Jangan risau, penemuduga cuma mahu memahami kronologi dan sebab perpindahan kareer anda. Bila ditanya soalan temuduga ini, buat 2 statement ini

  • Pengalaman apa yang telah anda pelajari, kerana ini akan mengindikasikan value yang anda mampu bawa kepada syarikat mereka.
  • Sebab kenapa anda tinggalkan pekerjaan lama. Anda harus mempunyai sebab yang munasabah. Formula LAMPS ini akan membantu anda merangka sebab yang professional (kerana meninggalkan pekerjaan lama) :

Location : jarak yang tempat kerja yang tidak strategik.

Advancement : Kareer anda tidak mempunyai ruang untuk grow kerana ______________ (nyatakan sebab anda). 

Money : Anda dibayar rendah tidak setimpal dengan kemahiran dan sumbangan anda. 

Pride/Prestige : Anda mahu menyumbang kemahiran anda kepada syarikat yang lebih baik dari segi work culture, vision dan tugasan. 

Security : Syarikat tersebut tidak stabil dari segi kewangan.

*Jangan mengutuk individu/syarikat tersebut. Kerana ini akan meninggalkan kesan kepada minda penemuduga. Adakah dia akan bercakap perkara yang sama bila meninggalkan syarikat ini?

3) Apakah aspek paling penting dalam pekerjaan kamu?

Kebanyakkan pekerjaan adalah untuk memberikan support kepada syarikat dalam memaksimakan keuntungan dan meminimakan kos.

Anda perlu tahu adakah pekerjaan anda fokusnya dalam menghasilkan keuntungan, melindungi aset, meningkatkan produktiviti atau gabungan semuanya sekali.

Sudah tentu, penting bagi saya untuk mempunyai kebolehan mengenalpasti masalah, mencegah dan memberikan solusi kepada masalah yang timbul dalam bidang kerja saya setiap hari.

  • Ceritakan jenis masalah yang boleh timbul dalam bidang kerja dan bagaimana anda mencegah dengan kepakaran anda. Fikirkan dua contoh masalah yang selalu timbul
  • Oleh kerana ada masalah yang tidak boleh dicegah, ceritakan bagaimana anda tackle dan selesaikan masalah yang timbul dengan solusi yang efektif dan professional. Anda perlu bersedia dengan contoh ini sebelum hadir ke temuduga

Dan akhir sekali, sebutkan dua sikap profesional yang anda ada dalam membantu melaksanakan tugasan itu : Jadi kemahiran komunikasi, critical thinking dan leadership saya amat membantu dalam menjayakan tugas harian saya.

4) Bagaimana anda menguruskan kerja yang mempunyai tarikh akhir ?

Soalan temuduga ini ditanya kerana penemuduga mahu mengenalpasti kebolehan anda dalam menguruskan masa dan kemahiran pengurusan dalam membantu produktiviti syarikat. Anda boleh menggunakan teknik

Prioritize, do, review.

Anda mengambil masa di penghujung hari untuk review semua aktiviti atau tugasan yang anda lakukan dan mula merangka perancangan tugasan untuk hari esok.

Anda sentiasa mengutamakan tugasan yang telah ditetapkan dan memastikan tugasan yang penting perlu diselesaikan dahulu.

5) Apakah kekuatan anda yang utama?

Pertama sekali sebutkan tentang, kemahiran teknikal. Kemahiran teknikal adalah kemahiran yang memerlukan ilmu dan teknik yang betul untuk melaksanakan tugas.

Kemudian, sebutkan sikap profesional yang anda miliki dalam menjayakan tugasan anda. Sikap profesional ini adalah seperti, kemahiran komunikasi, multitasking, analytical thinking, critical thinking, kemahiran memimpin.

Yakinkan mereka dengan kemahiran teknikal + sikap profesional yang anda ada, dan bagaimana ia boleh menyumbang kepada syarikat.

Lihat : 50 Soalan Killer Temuduga Dan Cara Menjawabnya

Pendapat anda?