Kerjaya

5 Persamaan Orang Yang Senang Diterima Bekerja

Dalam kalangan rakan-rakan anda, pasti ada yang selalu mendapat peluang peluang pekerjaan yang mantap dan anda lihat dia santai saja, tak try hard sangat pun. Tapi anda yang berhempas pulas ni tak dapat dapat pun..

Sebenarnya tiada formula magik pun tapi yang ada cuma strategi yang bijak dan konsisten. Kami perhatikan ini strategi yang selalu digunakan oleh orang orang yang berjaya mendapat perhatian recruiter

1. Sentiasa memastikan networking mereka ‘segar’

Orang yang mudah mendapat kerja ataupun peluang peluang kerjaya, mereka gemar menambah dan menjaga networking sedia ada. Networking ini ibarat seperti menanam pokok, selepas ditanam perlu disiram dan dibaja.

Ketika kita ianya berbuah, nah kita tinggal petik saja.

Adakah anda suka jika kenalan yang sudah kira kira 6 tahun tidak bertegur sapa, tiba tiba meminta bantuan anda ? sudah tentu anda berasa tidak selesa dan seperti digunakan bukan ?

2. Memastikan mereka ada kemahiran yang relevan

Mereka juga sentiasa sedar akan dunia tidak akan menunggu mereka, dunia akan sentiasa berubah tambahan lagi dengan zaman digital ini. Perubahan akan berlaku dengan pesat. Jadi mereka menambah kemahiran sesuai dengan perubahan.

Mereka juga gemar untuk menyertai latihan, seminar ataupun kelas dengan inisiatif sendiri kerana mereka menyedari menambah baik diri adalah bukan tugas majikan tetapi tugas diri sendiri.

3. Mereka membuatkan diri mereka mudah ‘dijumpai’

Orang yang mudah ‘dijumpai’ adalah orang yang mudah mendapat peluang peluang yang bagus dalam hidup. Mereka memastikan mereka mempunyai online presence.

Mereka gemar membina personal branding dengan menyampaikan info/mesej (tentang industri) dengan konsisten di semua media sosial. Ini membuatkan mereka mudah dijumpai di enjin carian internet!

Interview Mastery Kit

4. Resume mereka sentiasa dikemaskini dan ‘ready’

Pernah tak anda menjumpai peluang kerjaya tetapi anda tidak mempunyai resume yang sudah dikemaskini dan sedia untuk diserahkan ?

Ini berlaku kepada kebanyakkan orang. Banyak peluang dilepaskan hanya kerana mereka tidak mempunyai resume yang terkini.

Orang berjaya selalu bersiap sedia dengan apa juga keadaan. Anda boleh memastikan resume anda sentiasa segar disini  Template Resume Infografik PERCUMA

5.    Mereka tidak nampak terdesak

Walaubagaimana kita menginginkan sesuatu pekerjaan ataupun peluang, kita harus mampu untuk tetap tampil tenang dan profesional. Mahirkan diri dengan kemahiran komunikasi agar anda mudah untuk meyakinkan penemuduga.

Malah dengan kemahiran ini anda boleh gunakan di sepanjang perjalanan kareer anda, banyak peluang dan kejayaan yang anda mampu capai asbab dengan kemahiran ini.

 

Pendapat anda?