Umum

5 Perkara Bijak Yang Boleh Anda Lakukan Ketika Masih Menganggur

5-perkara-bijak-yang-boleh-anda-lakukan-ketika-masih-menganggur

Jika anda yang sedang mencari kerja ataupun yang  masih menganggur. Jangan hanya duduk di rumah dan menunggu sahaja rezeki datang bergolek.

Gunakan masa yang ada sebaik mungkin untuk digunakan bagi menambahbaik diri anda ke tahap yang lebih baik. Masa yang anda ada inilah masa yang paling sesuai untuk menambah nilai kemahiran yang anda kurang mahir untuk digunakan semasa bekerja nanti.

Mungkin segala persiapkan seperti kemaskini resume dan cover letter sudah dilakukan. Tetapi ini ada 5 perkara bijak yang boleh anda lakukan ketika masih menganggur :

1. Sertai Aktiviti Sukarelawan

Menyertai aktiviti sukarelawan adalah cara yang paling baik untuk mengasah kemahiran anda. Di dalam aktiviti sukarelawan ada banyak perkara baru yang boleh anda pelajari.

Antaranya ia boleh meningkatkan tahap keyakinan diri anda dan mengukuhkan lagi diri anda untuk temuduga akan datang bahawa anda ada banyak perkara yang boleh ditawarkan.

Disini akan memberikan impak yang besar apabila anda mempersembahkan diri anda ketika sesi temuduga pada masa akan datang.

Bukan setakat itu sahaja, aktiviti sukarelawan ini juga memperluaskan lagi networking kenalan anda. Manfaat yang anda dapat dari sini sangat besar. Anda boleh mengenali sekumpulan individu-individu yang boleh mengenali anda secara dekat.

Contohnya jika di dalam aktiviti sukarelawan ini mempunyai individu yang memerlukan team di dalam syarikat mereka dan mereka melihat anda seorang yang boleh dipercayai dan kompeten,

Tidak mustahil nama anda akan dicadangkan oleh mereka kepada bakal majikan di syarikat masing-masing atau anda sendiri ditawarkan secara terus untuk bekerja di syarikat mereka jika individu berkenaan merupakan orang yang berjawatan di syarikat mereka.

Nak ikuti aktiviti sukarelawan ? Anda boleh join disini : Muslim Volunteer Malaysia

2. Tunjukkan Kewujudan Anda Di Dalam Bidang Yang Anda Ceburi

Contoh yang boleh anda lakukan adalah :

Sertai persatuan profesional dalam industri anda. Contohnya jika mereka ada lakukan event atau apa sahaja aktiviti. Cuba untuk ambil bahagian secara aktif. Ini sebagai penampakkan kewujudan anda secara Offline.

Bina profil online yang profesional buat diri anda. Cari dimana selalunya tempat dalam bidang anda aktif di dalam dunia online. Jika bidang profesional kemungkinan besar banyak di LinkedIn. Jika bidang seperti fotografi, mungkin banyak group di Facebook yang boleh anda sertai.

Tempat ini bukan terhad di media sosial sahaja. Anda juga boleh lihat pada blog, laman sesawang, forum dan sebagainya.

Di dalam apa jua group online yang anda telah sertai, disini lah bermulanya anda dapat menambah pengetahuan dan bina kredibiliti diri dengan menunjukka anda sebenarnya seorang yang sangat minat tentang bidang yang sedang anda lakukan sekarang.

Selalunya bakal majikan lebih tertarik dengan calon yang mempunyai perjalanan rekod di dalam profil online/offline yang menunjukkan calon seorang yang minat dengan bidang yang mereka sedang ceburi.

[Lihat : 5 Tips Di Media Sosial]

3. Belajar Perkara Baru

Selepas tamat sahaja belajar. Anda perlu tahu apakah kemahiran dan teknik yang sangat “demand” untuk industri harini. Admin bagi contoh. Jika anda sekarang ambil bidang marketing.

Antara kemahiran yang demand harini adalah pengetahuan dalam FB Marketing, Google Adwords dan Content Marketing. Mungkin pelajaran ini kurang didedahkan semasa di Universiti.

Dan masa yang anda sekarang inilah masa yang paling sesuai untuk anda belajar banyak perkara yang baru. Sekarang ini seminar sebegini ada banyak di Malaysia.

Ataupun tak payah susah-susah. Pergi laman web ni untuk belajar secara online : Udemy.com 

Pilih sahaja tajuk apa yang ingin anda belajar. Nak Free? Layari Youtube atau Google sahaja. Sekarang ini semua maklumat di hujung jari.

[Lihat : Hobi Yang Mampu Menambah Nilai Dalam Diri Anda]

4. Buat Hubungan Dengan Networking Anda

Ramai Jobseeker merasakan ini suatu yang janggal untuk dilakukan disebabkan mereka tiada hubungan di dalam syarikat tersebut. Sebenarnya anda boleh berkongsi idea dan buat hubungan dengan mereka. Ia tidak salah sama sekali.

Jika anda mempunyai soalan atau idea-idea baru. Boleh sahaja berkongsi dengan mereka. Teknik ini jarang orang guna tapi sebenarnya ia sangat membantu untuk anda mendapat kerja dengan cara yang lebih cepat.

Jika anda pernah bekerja. Jangan sesekali putuskan hubungan anda dengan bekas majikan lama, kerana itulah individu yang paling terbaik untuk dijadikan sebagai rujukan kepada bakal majikan baru anda.

5. Buat Perkara Lain Selain Daripada Mencari Kerja

Jangan pernah rasa bersalah jika anda tidak menggunakan masa 40 jam seminggu untuk mencari kerja.

Ya ada orang cakap, pencarian kerja adalah kerja “full-time” selagi kita masih tidak mendapat sesuatu pekerjaan.

Tetapi realitinya jika anda menghabiskan masa terlalu banyak sedangkan bidang yang anda sedang ceburi ini idak mempuyai pasaran kerja yang terlau besar, tidak guna juga anda menghabiskan masa terlalu banyak dengan perkara yang sia-sia.

Apa yang lebih penting, anda mengetahui cara dan teknik yang betul di dalam sesuatu permohonan kerja.

Bengkel Mudahnya Mendapat Kerja Bersama SuperKareer

Apabila anda tahu mengenai pasaran pekerjaan di dalam bidang yang anda ceburi ini, ia akan menjadi waktu yang tidak realistik untuk menghabiskan masa sehingga 40jam seminggu di dalam pencarian kerja.

Pengangguran memang suatu saat yang sukar. Tapi anda perlu laluinya dengan perkara yang mampu memberikan anda sesuatu manfaat.

Contohnya pergi ke perpustakaan untuk menambah pengetahuan am, blogging, bersenam dan lakukan gaya hidup sihat, jumpa kawan-kawan dan apa sahaja perkara yang dapat memberikan anda sesuatu yang manfaat dan kebaikan terhadap diri.

Dan anda perlu ingat, selepas anda mula sahaja bekerja. Masa yang anda ada ketika inilah masa yang paling bernilai sekali yang pasti anda akan merinduinya saat anda sudah bekerja esok.

Pendapat anda?