Umum

Ini 5 Perkara Anda Perlu Tahu Apabila Menyambung Belajar Di UiTM

Ini 5 Perkara Anda Perlu Tahu Apabila Menyambung Belajar Di UiTM

Ramai tanya saya, kenapa saya memilih UiTM sebagai landasan untuk meluaskan ilmu pengetahuan? Saya merupakan pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan (Insurans) , UiTM Lendu tahun 2012-2015. Terdapat banyak kelebihan belajar di UiTM. Ini 5 perkara anda perlu tahu apabila menyambung pelajaran di UiTM :

1) Pelbagai Jurusan Yang Menarik

UiTM mempunyai pelbagai jurusan utama dan kos yang menarik. Antaranya ialah fakulti perniagaan(business) , perakaunan(accounting), perubatan(medic), seni bina (architecture), kejuruteraan(engineering), pelaburan(investment), komunikasi massa (masscom) dan sebagainya.

** Tahukah anda di bawah Fakulti Perniagaan mempunyai cabang yang lain iaitu perniagaan insurans, kewangan, perbankan islam, ekonomi perniagaan, keusahawanan, pemasaran, perniagaan antarabangsa, pengurusan operasi, pengurusan majlis, pengurusan pengangkutan dan lain-lain.

2) Yuran Pembelajaran Yang Murah

UiTM mempunyai yuran yang sangat murah iaitu sekitar RM 500- RM 600 untuk satu semester. Kalau dibandingkan dengan universiti IPTA yang lain, UiTM adalah sebuah universiti 100% bumiputera yang mempunyai yuran yang sangat murah.

** Yuran UiTM boleh dibayar selepas 2 minggu anda memasuki UiTM dan pihak universiti menyediakan e-intensif makanan (elaun) sebanyak RM120 sebulan.

3) Mempunyai Banyak Cawangan Serata Malaysia

UiTM merupakan IPTA yang mempunyai banyak cawangan di serata Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Boleh dikatakan, semua negeri dari Johor sehinggalah Perlis dan Sabah & Sarawak mempunai kampus UiTM.

Contohnya, di Melaka mempunyai UiTM Lendu, UiTM Jasin dan Uitm Bandaraya Melaka. Senang cerita, cawangan UiTM boleh didapati di sekitar tempat tinggal anda.

Apabila anda membuat permohonan, selalunya UiTM akan meletakkan anda dengan cawangan yang terdekat dengan tempat tinggal anda jika kos yang anda mohon itu ada sekitar tempat anda.

4) Medium Perantaraan Pembelajaran Dalam Bahasa Inggeris

UiTM menggunakan Bahasa Inggeris sebagai “medium of instruction” atau digelar bahasa perantaraan. Semua subjek diajar menggunakan Bahasa Inggeris dan hanya sesetengah subjek dalam Bahasa Melayu contohnya seperti
agama Islam (CTU).

Pelajar juga akan melakukan sesuatu “presentation” menggunakan Bahasa Inggeris. Subjek UiTM juga diiktiraf di antarabangsa.

** Tahukah anda, subjek yang anda pelajari di UiTM senang untuk mendapatkan pemindahan kredit (credit transfer) jika ingin sambung belajar di luar negara.

5) Syarat Kelayakan 

Syarat kelayakan untuk menyambung Diploma di UiTM ialah anda perlu lulus SPM dengan sekurang-kurang 5 kepujian terutamanya (Kepujian dalam Bahasa Melayu).

Manakala syarat kelayakan untuk menyambung Ijazah Sarjana Muda ialah mempunyai kelulusan Diploma sekurangnya 2.00-2.50 (mengikut kos) dan mengambil Malaysian University English Test (MUET).

Jangan risau, jika anda mempunyai ahli keluarga atau rakan-rakan yang tidak mempunyai keputusan yang tidak berapa baik, pihak UiTM memberikan anda peluang menyambung belajar dengan melalui fasa
PRA-DIPLOMA terlebih dahulu.

Untuk menyambungnya mestilah sekurang-kurangnya lulus SPM dengan 3 kredit (termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.

Nama khas untuk program Pra-Diploma ini juga dinamakan sebagai Program Mengubah Destini Anak Bangsa yang telah diilhamkan oleh Tan Sri Dato’ Sri Prof. Ir. Sahol Hamid Abu Bakar iaitu Mantan Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Anda boleh mendapatkan borang Pra Diploma di http://www.mdab.uitm.edu.my

 

Pendapat anda?