Kerjaya

5 Pencabar Ketika Temuduga Yang Perlu Anda Hadapi

5-pencabar-ketika-temuduga-yang-perlu-anda-hadapi

Pencabar ketika temuduga, anda perlu mengenali siapakah persaingan anda. Apa? Anda akan mengalami sesi temuduga tidak lama lagi? Bagus, sekarang anda berada di tempat yang betul.

Mungkin itu merupakan salah satu perkara yang menakutkan anda tetapi ia bukan satu perkara yang perlu ditakuti jika anda mengetahui jangkaan perkara-perkara yang akan berlaku.

Salah satunya, anda perlu tahu jangkaan individu yang bakal anda temui ketika menghadapi sesi temuduga. Ini penting supaya anda tidak terkejut dengan ragam-ragam manusia yang akan anda hadapi nanti.

Ini kemungkinan 5 pencabar ketika temuduga yang perlu anda hadapi :

1. Calon yang buat penyediaan yang sangat rapi

Ini individu yang paling cemerlang. Sebaik sahaja dia mendapat panggil temuduga, 10 saat kemudian dia akan terus membuat kajian, membaca dan terus menerus mencari cerita mengenai syarikat tersebut sebagai persediaan.

Individu ini akan membuat latihan di setiap soalan jangkaan yang akan dia dapat ketika sesi temuduga nanti. Yang paling mengujakan, dia akan mengkaji gaji yang “relevant” untuk diminta dengan menyusun beberapa sesi interview bersama pekerja yang bekerja di syarikat tersebut untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Hebat kan?

2. Calon yang nekad

Yang jenis begini sangat bertentangan dengan yang pertama tadi. Calon begini mempunyai satu kelebihan iaitu “pandai bercakap”. Ia tidak memerlukan masa yang terlalu banyak untuk mengkaji, belajar ataupun melakukan perkara yang melecehkan. Bagi mereka, tahu sedikit asas dan yang lainnya goreng sahaja.

Orang yang pandai bercakap ini sangat steady, dia merasakan diri dia seorang yang boleh mengawal segala komunikasi yang berlaku. Jangan anda terikut-ikut gaya seperti ini.

3. Calon yang punyai latar belakang yang PRO

Dimana sahaja anda lalui sesi temuduga, anda akan menjumpai seseorang yang mempunyai latar belakang yang kelihatan sangat PRO seperti mempunyai pendidikan tinggi dengan kelas pertama, pengalaman kerjaya yang profesional dan bekerja bersama dengan syarikat-syarikat besar sahaja. 

Ini boleh menenggelamkan anda sebagai seorang individu yang biasa-biasa sahaja.

4. Calon yang kelihatan sangat sesuai pada jawatan berkenaan

Jika anda merasakan anda sudah 90% layak pada jawatan yang ditawarkan, berkemungkinan anda akan menjumpai individu yang anda merasakan dia mempunyai lebih kesempurnaan untuk jawatan berkenaan.

Dia mempunyai pengalaman bekerja seperti yang diharapkan syarikat, mempunyai jawatan yang lepas sama seperti yang sedang dipohon, industri lepas merupakan niche yang sama membolehkan dia mempunyai kelebihan yang sangat tinggi dari segi pengetahuan mengendalikan sesuatu. Ini antara pencabar ketika temuduga yang sangat besar untuk anda.

5. Calon yang berlagak sombong

Calon seperti ini dia akan merasakan diri dia hebat dan pada hakikatnya, tidak mempunyai apa-apa yang boleh dibanggakan. Kesombongan menunjukkan tahap konfiden yang tinggi, tetapi kelamahan yang besar adalah, ia senang untuk dikesan.

Mana-mana syarikat yang sudah kenalpasti sikap begini, dari awal lagi mereka akan tolak. Ini merupakan pencabar yang mudah untuk ditewaskan.

Ini antara 5 pencabar ketika temuduga yang berkemungkinan anda akan hadapi. Jangan merasakan takut untuk hadapi mereka.

Disini ada beberapa tips yang boleh diguna pakai untuk bersaing kelima-lima calon seperti diatas:

  • Jangan melakukan kesilapan, pastikan anda juga dalam keadaan yang sangat bersedia.
  • Jangan menghafal apa-apa jawapan, fikirkan pengalaman anda dalam kerjaya yang mampu
    membuatkan anda berbangga dengannya, yang mencabar dan pengalaman yang boleh anda pelajari.
  • Pastikan komunikasi anda kelihatan natural dan bukan dibuat-buat, nada yang bersemangat dan lakukan “eye-contact”.
  • Pastikan anda tahu apa “pain” kepada syarikat, maksudnya disini apa yang syarikat itu cari dan perlu. Anda tunjukkan kepada mereka diri anda mempunyai perkara itu.
  • Jadilah calon yang mesra, tepat dan ringkas dan jangan menjauhkan diri dengan panel temuduga.
  • Jika anda tidak tahu menjawab soalan yang diberikan, cari alternatif dengan memberikan jawapan kepada ilmu yang anda ada sekarang, menyatakan bahawa ia mampu menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Jangan pernah berasa rendah diri apabila bertemu dengan persaingan anda yang lain. Sentiasa berasa bersemangat dan konfiden. Pada masa yang sama anda jangan sesekali merendah-rendahkan orang lain.

Sentiasa hormati dan jadikan suasana yang harmoni semasa perjalanan sesi temuduga.

Walaupun mereka merupakan pencabar ketika temuduga tetapi mereka juga adalah manusia, sama seperti anda.

Pendapat anda?
Share: