Kerjaya

5 Kesalahan Besar Apabila Memohon Kerja Melalui Emel

Memohon kerja melalui medium maya iaitu ” E-mail ” merupakan trend yang paling berkesan dalam dunia era ini. Internet membantu kita mendekatkan jarak yang jauh dalam jangka masa waktu yang singkat.

Zaman semakin canggih dengan wujudnya internet. Tiada lagi batasan dalam komunikasi dua hala. 

Ramai diantara graduan baharu yang tidak tahu teknik yang betul dalam penghantaran emel. Penulisan emel juga perlu nampak profesional.

Contohnya dari segi gaya bahasa penulisan emel yang dapat membantu anda untuk menaikkan ‘probability’ panggilan untuk ke sesi temuduga.

Lihat 5 kesalahan besar yang tidak patut anda lakukan :

1. Menghantar Emel ke beberapa syarikat sekaligus 

Dekat ruangan ( TO :  ) anda masukan banyak nama syarikat dan hantar sekaligus. Tahu apa masalah yang timbul jika pemohon membuat begini? Majikan akan merasakan “budak ni sebenarnya nak apply dekat company mana ni?”

Tindakan seperti ini membuatkan syarikat-syarikat yang anda mohon mengambil langkah untuk tidak perhatikan emel anda kerana meraka akan berkata “takpelah, banyak lagi company akan ambil dia”.

Dia akan merasakan anda bukanlah orang yang targatted untuk syarikatnya.

2. Tajuk emel tidak spesifik, ayat tidak lengkap atau tiada ayat

Kalau anda sendiri menerima emel yang tiada tajuk? Apa perasaan anda. Tajuk sudahlah tiada ayat pula sekadar “Sila lihat attachment untuk resume saya jika terdapat kekosongan”. Anak boss pun tidak hantar emel seringkas ini untuk memohon kerja.

Disini majikan akan membaca anda seorang yang tidak komited atau serius untuk memohon kerja ditempatnya. Dengan erti kata lain, anda sambil lewa.

Kalau sekecil-kecil perkara anda ambil remeh, lagi kalau dapat tanggungjawab yang besar dari syarikat berkenaan? Ingat, first impression !

Contoh terbaik : Permohonan Kerja Jawatan Kejuruteraan Kimia. (Tajuk mestilah seperti ini)

3. Saiz tulisan (font) yang kecil dan tidak sama

Size tulisan yang kecil dalam emel ini mempengaruhi kepada mood orang yang membaca, anda bayangkan jika yang melihat resume anda di kalangan umur 40-50an. Ia menyukarkan sesetengah majikan untuk membacanya.

Yang menyedihkan, resume anda akan dibuang begitu sahaja. Besarkan sedikit supaya anda rasa semua golongan sejuk mata memandang jika membaca emel yang dihantar oleh anda.

4. Menghantar emel mengunakan alamat emel ‘kebudak-budakan’

Ini yang graduan masa kini banyak terlepas pandang, pihak kami sendiri menerima banyak alamat emel yang masih nampak ‘kebudak-budakan’. Anda seharusnya dan wajib menggunakan alamat emel yang lebih matang dan sesuai dengan peringkat umur anda.

Yang kelihatan paling profesional adalah alamat emel yang menggunakan nama sebenar anda dan bukanlah nama watak kartun,anime, drama tv, nama terkenal anda di media sosial ataupun yang sewaktu dengannya.

Jika anda menggunakan alamat emel yang tidak profesional, ia memberikan gambaran yang jelas anda masih tidak berkeperilakuan seperti seorang yang dewasa. Jika tidak profesional, bagaimana anda mahu galas tanggungjawab yang diberikan esok ?

5. Dokumen permohonan kerja yang tak lengkap

Dua dokumen yang wajib dalam attachment file anda iaitu :

(a) Cover Letter – Menyatakan tujuan anda memohon kerja dan menceritakan serba sedikit pengalaman dan kelebihan anda (Elak cerita negatif di dalam tu)

(b) CV/Resume – Ringkasan maklumat diri anda

Lihat : Strategi Lengkap Di Dalam Pencarian Kerjaya Impian

 

Pendapat anda?