Umum

5 Kelas Percuma Yang Mampu Memupuk Anda Menjadi Seorang Pengurus Yang Berjaya

5-kelas-percuma-untuk-pengurus-berjaya

Jika ingin menceburi di dalam dunia pengurusan. Ada beberapa perkara penting yang perlu anda tahu. Ia satu perbezaan yang besar di antara prestasi kepada jawatan terkini anda dengan menjadi seorang boss yang baik.

Permulaan untuk menjadi seorang pengurus yang baik adalah dengan adanya meningkatkan soft skills anda. Kemahiran ini mungkin tidak dipupuk secara setiap hari pada pekerjaan harian anda.

Anda kena tahu bagaimana untuk absorb pelbagai pendapat, memberikan inspirasi kepada orang lain untuk menjadi produktif, mengawal situasi yang sukar yang datang dari pelbagai bentuk dan banyak lagi.

Tetapi soft skills ini boleh dipelajari. Anda cuma kena kenal pasti kursus apa yang perlu diambil.

Ini 5 kelas percuma yang mampu memupuk anda menjad seorang pengurus yang Berjaya :

1) Udemy 

Udemy

Mereka anda membuat kelas yang dipanggil “SMART GOALS”.  Apakah di dalam SMART ini ? Specific, Measurable, Actionable, Relevant & Time Bound.

Kursus pendek ini akan membantu anda untuk mencapai matlamat, menyusun atur kerja dan bagaimana untuk mencapai satu penanda aras yang yang lebih tinggi.

Tempoh Kursus : 31 minit / 10 Kuliah

2) Coursera 

2. Coursera

Di dalam kursus courser ini, anda akan belajar kemahiran bagaimana untuk mengurus konflik yang berlaku di dalam ahli pasukan. Pengurusan bukan suatu perkara yang penuh dengan permainan dan keseronokkan.

Kadang kala, anda akan mati akal sendiri apabila cuba menyelesaikan pergaduhan di antara 2 orang ahli pekerja atau mengatasi isu yang berbangkit dari pelanggan, atau apa sahaja masalah yang tiba-tiba datang dengan mengejut.

Sebab itu ia sangat penting untuk anda mahir di dalam kemahiran mengurus konflik.

Tempoh Kursus : 3 minggu / 3-4 jam seminggu

3) Skillshare 

3) Skillshare

Di dalam kursus daripada skill share ini, anda akan didedahkan bagaimana untuk menjadi produktif dan mengurus masa untuk memastikan kesemua kerja dijayakan dengan baik.

Apabila anda menjadi pengurus, bebanan akan bertambah. Iaitu anda kena siapkan kerja bahagian anda dan pada masa yang sama, mengurus ahli pasukan untuk membuat kerja yang ditugaskan dengan baik. Anda kena betul-betul menjadi seorang yang mahir dalam mengurus masa dan jadi produktif.

Produktiviti bukan sahaja dapat menyiapkan kerja, tetapi ia juga merangkumi dalam memastikan kerja yang dilakukan itu  betul.

4) Alison 

4. Alison

Di dalam kursus ini anda akan belajar mengenai kemahiran komunikasi dimana menekankan kemahiran pujukan dan motivasi.

Anda kena tahu pujukan bukan suatu bentuk manipulasi. Anda akan belajar bagaimana mengunakan kamahiran pujukan untuk membuat negosiasi di dalam sesebuah perniagaan atau membuat pembentangan kepada ahli pasukan.

Tidak lupa juga bagaimana dengan teknik komunikasi yang betul dapat meningkatkan motivasi kepada diri anda serta orang lain untuk memastikan semua orang lakukan kerja dengan baik.

5) Udemy

5. Udemy Self Confidence

Ini merupakan salah satu perkara yang wajib anda ketahui jika ingin menjadi seorang pengurus yang baik iaitu tahap keyakinan yang tinggi dan percaya pada diri.

Jika ada perlukan ilmu untuk bagaimana “boost” tahap keyakinan diri anda, kursus ini akan berikan anda tahap keyakinan yang anda perlukan untuk menjadi seorang ketua yang baik.

Ini antara 5 kelas percuma yang boleh anda gunakan untuk mengasah diri anda menjadi seorang pengurus yang bersedia untuk memikul tanggungjawab untuk mengurus dan mengetuai ahli pasukan.

Pendapat anda?