Kerjaya

5 Hobi Yang Mampu Menambah Nilai Di Dalam Resume Anda

Hobi merupakan sesuatu perkara atau aktiviti yang dilakukan ketika mempunyai masa yang terluang. Ia boleh jadi pelbagai aktiviti mengikut minat seseorang individu berkenaan. 

Kebanyakkan penasihat kerjaya tidak mengalakkan untuk meletakan hobi di dalam resume. Ini kerana ia akan memakan ruang dan membazirkan masa beberapa saat HR untuk melihat resume anda secara terperinci.

Tetapi di dalam beberapa situasi, hobi mampu menambah nilai di dalam resume dan membantu untuk menyerlahkan diri anda.

Sebagai contoh, jika anda salah seorang yang mencari internship di syarikat seperti Google, salah seorang intern mereka yang lepas memberitahu, pasukan yang menguruskan pengambilan intern di Google ingin melihat personal details di dalam resume mereka.

Disini lah calon akan mengambil peluang meletakkan hobi mereka yang mampu menambah nilai terhadap personaliti mereka.

Ini 5 hobi yang boleh menyerlahkan resume anda :

1. Sukan extreme atau sukan lasak

Sukan extreme seperti ultra marathon, perlumbaan basikal dan mendaki gunung boleh menunjukan anda seseorang pekerja yang selesa untuk bekerja di luar zon selesa, ia juga memperlihatkan tahap disiplin, tidak takut kepada perkara yang tidak ketahui akan berlaku, dan seorang yang sentiasa berkira di dalam mengambil apa jua risiko

2. Mengetuai sukan yang anda ceburi

Jika anda ada menceburi mana-mana hobi bersukan dan sering menjadi kapten kepada pasukan anda. Ini menunjukkan anda mempunyai kebolehan “leadership” yang bagus.

Kajian juga mendapati individu yang suka melibatkan diri dengan sukan yang kompetatif selalunya menunjukkan prestasi yang bagus dalam dunia koprat.

3. Blogging

Harini aktiviti blogging sangat digalakkan untuk dijadikan sebagai salah satu hobi anda. Kepada sesiapa yang mencari kerja dalam bidang pemasaran,menjadi seorang blogger yang aktif amat memberikan impak yang besar kepada resume anda.

Mereka yang minat dengan aktiviti blogging merupakan seorang yang “up to date” , seorang penulis yang baik, kurang melakukan kesalahan kecil. Dan setiap topik yang anda kupaskan merupakan pantulan kepada diri anda. Ini mampu dalam membina personal branding.

4. Mendaki Gunung

Bukan senang untuk seseorang itu meletakkan hobi mereka sebagai seorang yang minat mendaki gunung. Hobi ini bukan setakat menunjukkan personaliti yang kuat pada seseorang individu itu bahkan ia juga dapat menonjolkan sikap seseorang yang tidak mudah berputus asa.

5. Ceburi aktiviti sukarela

Minat memberikan sesuatu kepada orang lain merupakan sikap yang murni. Setiap syarikat inginkan pekerja mereka menceburi kerja ini.

Individu yang suka membuat kerja sukarela juga menunjukkan dia merupakan seorang yang mudah untuk bergaul dan menyesuaikan diri di mana-mana budaya di sesuatu tempat.

Mereka juga melihat anda seorang yang suka membantu kepada mereka yang memerlukan. Ini bagus dalam kerja berpasukan.

Nasihat saya anda boleh letakkan apa sahaja hobi yang anda boleh lakukan tetapi anda dinasihatkan untuk tidak meletakkan hobi yang kelihatan biasa serta tidak dapat memberikan anda sesuatu nilai tambahan dan manfaat terhadap personaliti anda.

Pendapat anda?