Work Life Balance

5 Cara Mudah Membina Networking Dengan Baik & Menyeronokkan

Networking itu susah,

Tidak ramai yang ada bakat dan mahir dalam membuat kenalan baru di sekeliling mereka. Apatah lagi untuk membuat hubungan yang baik tanpa ada sebab musabab yang kukuh. Ia merupakan satu cabaran untuk anda melakukan perkara ini.

Di dalam kehidupan kita, networking merupakan perkara yang perlu dititikberatkan. Keperluan networking ini penting kerana tanpa kita sedar sebenarnya ia dapat memudahkan lagi urusan kita pada masa hadapan. Contohnya dengan mendapat idea ataupun peluang yang baru dari mereka semua.

Ia satu bonus kepada diri anda sendiri apabila kenalan baru yang anda jumpa itu mampu untuk membantu anda dalam mencapai cita-cita yang anda hajati.

Ini merupakan 5 cara mudah untuk anda mula untuk membina networking dan pastinya ia sangat menyeronokkan untuk dilakukan :

1. Ketika anda sedang belajar sesuatu yang baru.

Jika anda ada menyertai seminar/ kelas tertentu yang menyatukan sebilangan kumpulan yang berkongsi niat yang sama iaitu ingin belajar sesuatu yang baru. Dalam kalangan kumpulan ini semestinya mempunyai interest yang sama. Ia akan memudahkan anda untuk berkongsi pendapat dan berkomunikasi.

2. Ketika anda menyertai kerja amal.

Menyertai kerja amal ini adalah suatu perkara yang hebat untuk anda mula meluaskan kenalan anda. Tambahan daripada menyertai kerja amal ini, anda akan dapat menambah nilai di dalam kemahiran di dalam diri anda.

Sekarang semua syarikat perlukan softskills, rugi jika anda tidak memupuknya dari sekarang.  Salah satu NGO yang aktif di malaysia, Muslim Volunteer Malaysia.

3. Ketika anda sedang bersukan.

Siapa sangka ketika anda bersukan, sebenarnya ia boleh membina networking. Ia bukanlah ketika anda sedang berlari di tengah padang ataupun di atas “treadmill” tetapi anda boleh mempertimbangkan untuk menyertai kelas yoga / zumba / fitness club ataupun kelab membina badan.

Ini merupakan cara yang amat menyeronokan untuk berjumpa kenalan baru secara tidak langsung
menyihatkan diri anda sendiri !

4. Ketika anda sedang bersaing

Jika anda suka bersaing, anda boleh mempertimbangkan untuk memasuki mana-mana pertandingan sukan , pendidikan ataupun apa sahaja yang boleh melibatkan kumpulan.

Ia amat menyeronokkan kerana anda bukan sahaja jumpa dengan kenalan baru, bersenam dan bersaing tetapi anda belajar bagaimana untuk bekerja dengan baik di dalam kumpulan.

5. Ketika anda sedang meneroka

Dimana jua anda berada, cuba untuk meneroka sekitar tempat anda duduki, mungkin di kawasan rumah anda ada rukun tetangga, mengadakan event kecil-kecilan untuk kawasan rumah dan sebagainya.

Ambil bahagian kerana disini terdapat ramai orang-orang yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Sambil ber networking, anda juga dapat berkenalan dengan jiran setempat yang anda duduki.

Ini antara 5 cara mudah untuk anda mendapat kenalan baru dan secara tidak langsung ia amat menyeronokkan untuk dibuat. Jika anda tidak ada pengalaman untuk membina networking, cuba mula dari sekarang kerana ia sangat membantu anda pada masa hadapan kelak.

 Anda mempunyai idea yang lain ?

Kongsikan kepada kami.

 

Pendapat anda?
Share: