Kerjaya

4 Perkara Yang Dilarang Selepas Sesi Temuduga

4-perkara-yang-dilarang-selepas-sesi-temuduga

Bagi yang baru lepas temuduga, ini 4 perkara yang dilarang selepas sesi temuduga.

Apa yang admin ingin sampaikan ini adalah bagaimana anda uruskan diri anda sendiri selepas sesi temuduga tersebut sebenarnya akan memberikan kesan yang sangat besar dalam proses perlantikan tersebut.

Sebenarnya, selepas sesi temuduga, pihak syarikat & HR akan membuat penilaian terhadap diri calon yang telah ditemuduga. Penilaian ini ada yang mengambil masa yang kejap, ada yang mengambil masa yang lama bergantung kepada keperluan syarikat.

Oleh itu, tanggungjawab anda sangat besar untuk memastikan anda tidak melakukan perkara-perkara yang pelik selepas sesi temuduga supaya anda tidak direject kerana perangai pelik yang anda lakukan semasa tempoh penilaian tersebut.

Jadi apakah kesalahan yang membolehkan anda gagal dalam sesi temuduga?

Ini 4 Perkara Yang Dilarang Selepas Sesi Temuduga :

1. Jangan Terlalu Kerap Follow Up

Ya, admin tahu semua calon rasa tidak sabar untuk ketahui jawapan kepada sesi temuduga yang telah dilalui, tetapi anda jangalah follow up terlalu kerap, sesetengah manager akan berasa tidak selesa dengan anda.

Apa yang anda boleh tanya ialah ‘Boleh saya tahu bila pihak tuan/puan akan buat keputusan untuk sesi temuduga yang telah dijalankan tempoh hari?’ ataupun ‘Bilakah agaknya masa yang sesuai untuk saya follow up dengan pihak tuan/puan?’

2. Jangan Letak Apa-Apa Informasi Penemuduga Anda Di Media Sosial

Media sosial sememangnya medium yang sangat berkesan untuk tunjukkan personaliti anda. Tetapi bunyinya agak pelik jika anda menggunakan media sosial untuk berhubung dengan manager yang berpotensi yang mengambil anda bekerja.

Satu kesalahan yang anda jangan lakukan ialah untuk meminta LinkedIn connect-kan anda dengan manager tersebut ataupun mana mana penemuduga sejurus selepas sesi temuduga selesai.

Tindakan ini akan membuatkan mereka berasa tidak selesa dengan anda.

Tidak lupa juga untuk anda yang sering meletakkan status atau hal hal peribadi anda yang tidak perlu ditunjukkan di media sosial.

Adalah lebih baik jika anda tidak post apa apa yang berkaitan yang penemuduga anda boleh baca dan lihat.

[Lihat Juga : 5 Tips Di Media Sosial Untuk Jobseeker]

3. Jangan Tukar Jangkaan Gaji Anda

Kebanyakan orang yang menemuduga ingin mengetahui berapa yang calon temuduga inginkan gaji mereka. Ini kerana kebanyak calon temuduga bersifat begitu overconfident dan secara tiba tiba menaikkan gaji yang mereka inginkan.

Seorang direktor ada menceritakan tentang pengalamannya menemuduga calon, dimana dia telah membuat tawaran gaji dengan calon tersebut, dan calon tersebut terus inginkan gaji yang lebih tinggi pada saat akhir.

Ingatlah bahawa perkara sebegitu akan membuatkan anda nampak negatif serta membuang masa semua orang.

4. Jangan Buat Seperti Anda Dah Dapat Jawatan Tersebut

Anda masih tidak dapat kerja tersebut sehinggalah anda mendapat tawaran bekerja. Perkara yang paling teruk yang pekerja yang berpotensi boleh buat ialah untuk dia follow-up dengan cara email ataupun telefon syarikat tersebut dan bertanya sama ada dia dapat diterima bekerja ataupun tidak.

Pada masa yang sama juga, sebenarnya syarikat tersebut masih lagi menemuduga orang lain untuk jawatan tersebut, tetapi ini tidak bermaksud yang calon tersebut akan mendapat jawatan yang ditawarkan ini.

Ini sememangnya bukan perkara yang sepatutnya anda buat. Mungkin mereka fikir yang mereka akan nampak lebih yakin tetapi sebenarnya seperti orang yang tidak sabar dan nampak terdesak.

“Jadi admin, jika saya ada terbuat 4 perkara diatas, bagaimana?”

 Apa akan terjadi jika anda tersilap langkah?

Semua orang melakukan kesalahan. Tetapi sekiranya anda boleh selesaikannya dengan cepat dan pantas, anda masih lagi boleh terselamat.

Katakanlah anda ada menghantar surat penghargaan yang ada typing error,  adalah lebih baik untuk anda email kan semula dan memohon maaf tentang hal tersebut.  Ini akan menunjukkan bahawa anda seorang yang peka dan tidak takut untuk mengaku salah.

Walaupun anda tidak mendapat jawatan yang anda inginkan, pastikan anda menghantar email kepada mereka untuk menunjukkan rasa minat anda untuk peluang pekerjaan di masa hadapan.

Ini akan membuatkan anda ada impression yang bagus bagi mereka dan diri anda mungkin boleh dipertimbangkan oleh pihak syarikat.

Ini antara 4 perkara yang dilarang selepas sesi temuduga yang tidak patut anda lakukan.

Pendapat anda?
Share: