Kerjaya

4 Perkara Yang Buatkan Anda Kelihatan Tidak Profesional Ketika Temuduga

Pada saat ini, anda seharusnya tahu email anda yang berbunyi “[email protected]” yang anda buat ketika di zaman sekolah menengah tidak akan memberikan anda first impression yang baik, kemaskini dengan email yang lebih profesional, gunakan nama sebenar. Anda juga seharusnya tahu kesan datang lewat ketika sesi temuduga, dan kepentingan eye contact dan handshake yang kemas.

Tapi tahukah anda, ada beberapa perkara lagi yang boleh buatkan anda kelihatan ‘bodoh’ ketika sesi temuduga dan memberi kesan negatif terhadap 1st impression penemuduga terhadap anda.

1. Anda terdesak – Dan ia terlalu ketara

Anda perlu pastikan anda kekal yakin dan tahu peluang yang ditawarkan sesuai dengan kebolehan dan kemahiran anda dan mampu untuk bercerita kepada penemuduga bagaimana anda lah orang yang sesuai untuk jawatan tersebut.

Tetapi jangan asyik bercakap tentang diri sendiri tanpa henti, ianya komunikasi dua hala dan jangan fokus kepada diri sendiri sahaja.

Tunjukkan rasa ingin tahu dan minat pada syarikat, tanya soalan yang buatkan penemuduga rasa anda seorang yang mempunyai minat pada syarikat.

2. Anda Sembunyikan diri anda yang sebenar

Dalam sedang bercerita tentang kebolehan dan kemahiran anda, ceritakan juga minat anda terhadap perkara yang diluar bidang profesional anda.

Bagaimana anda mempunyai minat dalam sukan memancing contohnya tetapi jangan berlebihan dalam bercerita tentang minat peribadi.

Ini adalah strategi untuk anda membuatkan sesi temuduga anda diingati dan menunjukkan anda bukan seorang yang mempunyai satu dimensi sahaja (mempunyai personaliti yang menarik).

3. Tak buat Homework

Anda mungkin dah tahu kepentingan menyelidik latar belakang syarikat. Anda mahu kelihatan cerdik dengan menyebut misi dan visi syarikat, pengasas , pemahaman umum tentang sejarah mereka dan prestasi semasa.

Tapi, hati hati kerja menyelidik latar belakang syarikat bukannya kerja yang boleh dibuat umpama melepaskan batok di tangga.

Ianya perlu dilakukan dengan teliti dan anda perlu pastikan anda mempunyai pemahaman yang dalam tentang sesuatu isu sebelum bercakap tentangnya pada sesi temuduga. Pastikan anda buat pembacaan anda!

Jika anda mengetahui tujuan syarikat ditubuhkan, mudah untuk anda kaitkan ia dengan cita cita dan aspirasi anda sendiri. 

Biarkan penemuduga tahu bagaimana anda merancang untuk grow bersama dengan syarikat mereka. Buatkan mereka percaya yang anda lah orang yang syarikat cari selama ini.

Untuk rujukan anda boleh gunakan google, jika syarikat yang anda ingin lamar itu bersaiz kecil. Gunakan medium media sosial mereka untuk melakukan penelitian dan dapatkan pemahaman aktiviti asas syarikat tersebut.

4. Anda mempunyai media sosial yang teruk

Lihat : Teknik Personal Branding Untuk Meningkatkan Panggilan Anda Diterima Kerja.

Adakah anda rasa media sosial anda tidak memberikan impak dalam perjalanan kareer anda ? Semua orang harus berhati hati dengan apa yang mereka tulis dia media sosial.

Media sosial boleh membantu anda nampak profesional jika anda selalu menulis pandangan terhadap industri anda ataupun akan merosakkan imej profesional anda jika anda kerap mengutuk dan mencela institusi, organisasi atau universiti lama anda.

Percayakah anda, pasukan HR yang menjalankan proses temuduga biasanya akan menyemak online presence anda. Kerana kita di penghujung tahun 2016, cara dan proses pemilihan telah pun berubah.

Apabila melibatkan perjalanan kareer, ia bukan saja lagi tentang kelayakan, resume, dan memakai pakaian yang kemas. Bagaimana anda hiaskan diri anda dengan personaliti yang profesional juga amat amat penting.

 

Pendapat anda?