Inspirasi

4 Perkara Besar Yang Dipelajari Oleh Nicah Caramba Apabila Bergelar Usahawan Ketika Umur 21

4-perkara-besar-yang-dipelajari-nicam-caramba

Tidak ramai akan mengalami pengalaman ini di dalam hidup mereka seawal usia 21 Tahun. Nicah, seorang usahawan yang membuka restorannya sendiri berkongsikan perkara besar yang telah dipelajarinya semasa membuka bisnes ini.

Sesiapa sahaja yang memilih hidup untuk menceburi dunia niaga mempunyai matlamat yang sama, iaitu ingin memastikan bisnes itu dapat membangun berjaya.

Yang membezakannya adalah kenapa bisnes itu diwujudkan. Masih segar ingatan dari seorang mentor saya, beliau memberitahu “ Everyone who had achieved success, they have their own enough reason in their life.

” Apakah makna “Enough Reason” yang dimaksudkan?

Ia merupakan BIG WHY

Big why inilah yang menjadikan sebab kenapa seseorang itu sangup bergadai diri, waktu, masa dan tenaga untuk mencapai matlamat yang mereka ingin capai. CUKUP hanya dengan satu sebab yang kukuh, tiada apa yang boleh menghalangnya.

Saya ingin kongsikan kisah cerita Nicah Caramba, seorang usahawan perempuan muda yang mengusahakan sebuah restoran berkonsepkan makanan barat.

Ini perkara yang Nicah kongsikan apabila mula menceburi dunia bisnes seawal waktu umurnya 21 :

1) Sentiasa minat untuk belajar

Nicah berkata “Faktanya, tiada sorang pun daripada rakan kongsi saya mengetahui dan mempunyai pengalaman dalam industri makanan.

Saya mengambil seorang konsultan yang profesional di dalam industri makanan untuk mengajar saya apa yang diperlukan.

Ia termasuklah perkara seperti peralatan, mendapatkan pekerja yang betul, mengatur susun jadual pekerja, mendapatkan sumber pembekal dan beberapa latihan kepimpinan.”

Dia juga belajar dengan chef-chef profesional untuk mengetahui beberapa asas masakan walaupun sebelum ini dia tidak mempunyai pengalaman di dalam bidang masakan. “Sehingga hari ini, saya masih lagi belajar sehingga saya mempunyai pengetahuan lebih dari secukupnya!”

2) Sentiasa ada pihak yang tidak boleh terima

Sebelum bisnes ini dibuka, Nicah sudahpun mempunyai penentang. Seorang jurugambar yang membuat photoshoot makanan mereka buat pertama kali pun meraguinya.

Pihak yang tidak senang dengan sesuatu yang kita lakukan ini ia boleh datang daripada keluarga, kawan dan ataupun orang asing sekalipun, yang penting “you must always remember why you started.”

Penentang dan mereka yang mempunyai sikap tidak mahu menerima ini menjadikan Nicah seorang yang lebih kuat bekerja sehinggakan orang mengelar beliau seorang yang gila bekerja.

Dia menekankan, misi dan visi hidup mestila kena kuat dan jelas. “2 perkara ini saya sentiasa memastikan ia melekat dan dibawa di dalam kepala saya setiap hari dan setiap masa.”

3) Orang akan cuba pijak kepala anda jika anda biarkannya

Nicah memberitahu, sebulan selepas dia membuka restoran makanannya, restorannya telah dituduh menghasilkan
makanan yang telah diracun dan diugut untuk di viralkan di media sosial.

“Sebagai seorang pemilik restoran, ini merupakan satu perkara yang sangat buruk yang berlaku pada diri saya”.

Pekerja-pekerja mereka hampir setiap hari dimalukan oleh individu yang ingin mereka minta maaf dengan perkara yang mereka tidak buat.

Nicah tahu bahawa mereka tidak membuat perkara sebegitu, dia mengambil tindakan dengan memberitahu individu
yang menyebarkan fitnah berkenaan bahawa mereka akan membawa kes ini ke makamah.

Selepas melantik peguam dan ingin meneruskan siasatan, Nicah sudah tidak dengar lagi apa-apa dari individu yang cuba menjatuhkan dia dengan sebaran fitnah yang telah dilakukan.

“Kadang kala, sesetengah orang yang dengki kepada anda cuba untuk mencari jalan untuk memastikan bisnes anda jatuh dan anda jangan sesekali membiarkannya.”

4) Duduk dekat dengan mereka yang sentiasa menyokong anda

“Teman rapat saya daripada sekolah adalah merupakan pelanggan setia di restoran saya.” Nicah akan sentiasa mengadakan hubungan mesra dengan mereka semua di FB dan media sosial yang lain.

Kadang kala, apabila tengah chit-chat dengan kawan-kawannya di media sosial dan tiba-tiba sorang dari mereka mengidam untuk makan di restoran berkenaan lalu kesemua yang lain akan turut serta.!

Kawan-kawan yang datang ke restoran bukan sahaja disebabkan mereka adalah teman baiknya, tetapi diaorang
mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap konsep dan potensi yang besar untuk berkembang dengan lebih luas mengenai apa yang dibawa oleh Nicah.

“Ini merupakan sumber utama saya di dalam mencapai inspirasi, dengan itu saya sangat mensyukurinya. Jikalau satu luatan manusia meragui anda, dekat dan carilah yang sedikit yang mempercayai anda ketika mana anda berada di dalam kesusahan dan kesenangan”.

Kesimpulan

Sangat besar perkongsian daripada Nicah, anak muda yang kuat dan berani mengambil risiko yang besar di usia yang muda. Apabila saya melihat kisah ini, teringat kisah Jack Ma, Founder kepada Alibaba.

Ketika dia membentangkan ideanya kepada beberapa orang rakannya yang lain. Cuma seorang sahaja yang mempercayai ideanya. Dan anda lihat harini, Alibaba merupakan salah satu syarikat gergasi dunia. Semoga perkongsian ini dapat memberikan kita semua satu pembelajaran yang baru.

Pendapat anda?
Share: