Work Life Balance

4 Cara Ubah Ketagihan Buruk Melayari Internet

4 CARA PERBAIKI TABIAT MELAYARI INTERNET

 

Berapa kerap anda menggunakan telefon pintar anda sehari ? Ketika baru bangun tidur, ketika menunggu giliran membeli tiket KTM, ketika menunggu train, malah ketika di tandas pun kita masih menggunakan telefon pintar. Ini adalah satu perkara yang tidak sihat jika tidak dikawal.

 

Kita mungkin menghadapi kesukaran untuk mengawal tabiat menggunakan telefon pintar setiap masa, tapi kita boleh mengawal konten, info dan maklumat yang kita baca setiap hari! 

Kita adalah apa yang kita baca

 

1. Overhaul News Feed Facebook, Twitter, Insta

Cari konten yang akan memberi manfaat, jadi kita tak akan ‘buang masa’ pun bila terbuka facebook/twitter/insta. Sebab kita memperoleh ilmu baru setiap hari.

Cari influencer dalam industri anda, domestik dan antarabangsa. Kemahiran anda berfikir akan lebih luas, dan anda akan well informed tentang apa yang terjadi dengan industri anda.

Siapa yang tak suka dengan orang yang ada ilmu ? Cari influencer atau orang orang yang selalu menulis info tentang industri anda.

 

2. Tukar video yang kita tonton

Dalam masa terluang dalam kesesakan jam, atau terperangkap di tengah tengah gadis di dalam train. Ambil sedikit masa dan tukarkan 1 atau 2 video “fun” yang kita tonton kepada video yang berilmiah atau sekurang kurangnya memberikan info.

Contoh : TED Talk, Gary Vaynerchuck, Tonny Robbins, Etc

 

3. Ubah daripada mendengar musik kepada mendengar podcast

Anda akan terujua dengan amaun ilmu yang anda boleh perolehi dalam masa 5 minit – 10 minit tanpa berbuat apa apa, hanya mendengar saja.

Anda boleh simpan video video ilmiah yang anda suka, dan convertkan kepada mp3 dan masukkan ke dalam smartphone anda. Cubalah, memang power!

 

4. Tukar tabiat browsing rawak dengan pembacaan fokus

Pernahkah anda membuka tab sehingga 10 tab dan kepala jadi berat sebab tak tahu nak baca mana satu ?

Sebelum memulakan pencarian di google, tetapkan matlamat hari ini nak belajar tentang apa. Fokus pada satu topik atau satu isu dahulu, baca habiskan satu artikel baru lompat ke artikel lain.

Sediakan pen dan kertas

Bila anda menulis, anda akan lebih ingat. Anda mungkin tak dapat muntahkan sebiji apa yang telah ditulis, tetapi apa yang anda tulis tadi akan masuk ke dalam minda anda. Tahu tahu je bila anda berfikir, sedar tak sedar otak anda menganalisis info info yang anda pernah tulis tadi.

Pendapat anda?