Kerjaya

15 Cara Mudah Untuk Berkawan Di Tempat Kerja Baru

cara-mudah-untuk-berkawan-di-tempat-kerja-baru

Harini admin nak kongsi kepada ada 15 cara mudah untuk berkawan di tempat kerja baru.

Mulakan kerja baru boleh jadi sangat memenatkan, anda akan mula menguruskan keutamaan yang baru, bebanan kerja yang baru serta bos yang baru yang juga akan membawa tanggapan yang baru terhadap diri anda.

Sebenarnya sangat penting untuk mempunyai kawan di tempat kerja,  apabila anda telah memilih tugas baru dengan harapan anda boleh bergaul dengan rakan sekerja awak, tetapi dalam kesibukan bekerja, siapa yang masih sempat fikir semua itu?

Untuk memudahkan anda, sini ada 15 tips dan cara mudah untuk berkawan yang boleh membantu anda untuk buat perkara yang betul dengan rakan kerja yang baru tanpa perlukan usaha yang banyak!

Ya, semudah itu :

1. Perkenalkan Diri Anda 

Pertama sekali, pastikan anda kenalkan diri anda dengan semua orang yang anda jumpa. Ambil peluang untuk bergaul dengan rakan kerja di pantri, sebelum mesyuarat bermula mahupun di lif.

Cuba mulakan perbualan dengan bertanya apa yang mereka suka dalam pejabat ataupun apa aktiviti mereka pada hujung minggu atau apa apa sahaja pertanyaan yang santai.

2. Belajar Untuk Ingat Nama Mereka 

Penulis buku ‘How to Win Friends and Indluence People’ memberitahu

“Apabila berkomunikasi, cuba untuk mengunakan panggilan nama sebab ia akan kedengaran sangat baik.”

Cuba untuk ingat nama rakan sekerja, dan gelarkan nama mereka bila bercakap dengan mereka,percayalah mereka akan ada tanggapan yang positif daripada mula terhadap diri anda. 

Ini adalah cara mudah untuk berkawan yang paling simple yang anda boleh gunakan.

3. Makan Lunch Jauh Dari Meja Anda Sendiri

Ini merupakan cara yang mudah untuk awak berjumpa dan berkomunikasi dengan orang orang yang bukan dari team anda.

Ia akan buatkan lebih ramai menyedari kehadiran diri anda daripada anda hanya ddk di meja anda sendiri.

Ini juga merupakan alasan yang terbaik untuk awak berehat seketika daripada berfikir mengenai kerja dan untuk memastikan anda kekal produktif.

4. Ajak Minum “Kopi”

Anda boleh cuba untuk ajak rakan kerja anda untuk keluar minum kopi/minum santai bila anda berdua ada masa lapang (dan bayar minuman mereka).

Ini kerana dengan cara anda layan mereka dengan baik, akan lebih mudahkan anda berkenalan dengan mereka dengan lebih dalam, mana tahu orang tersebut akan belanja anda minum pula selepas it.

Cara ini adalah cara yang sangat mudah untuk pastikan anda berdua keluar minum lagi untuk hari-hari yang seterusnya.

5. Cadangkan Untuk Makan/Minum Selepas Waktu Kerja

Cuba tanya kumpulan kawan sekerja yang kecil (sekiranya anda tak pasti untuk mulakan dengan siapa , anda boleh mulakan dengan team yang selalu anda komunikasi semasa kerja) sama ada mereka berminat atau tidak untuk makan/minum selepas waktu kerja di sekitar pejabat.

Dengan adanya persekitaran yang santai, ini membolehkan anda berbual tentang hal hal lain yang tak ada kena mengena dengan hal kerja.

6. Hias Ruang Kerja

Pamerkan personaliti anda di ruang kerja anda! Contonhnya dengan cara meletakkan gambar ataupun apa apa hiasan atas meja anda akan membantu orang lain untuk belajar tentang diri anda dengan lebih cepat lagi dan ini juga membolehkan orang lain mendapatkan idea untuk bercakap dengan anda.

7. Sertai Aktiviti Dalam Syarikat

Sekiranya anda seorang bertuah iaitu berpeluang untuk bekerja di syarikat yang sudah kukuh, selalu mereka mempunyai persatuan sendiri.

Contohnya pasukan bola sepak ataupun movie club – anda disyorkan untuk sertai kumpulan tersebut bertepatan dengan minat anda.

Jika anda tidak minat, hadirkan sahaja diri dan cuba untuk sertai kerana niat untuk berkenalan dengan rakan sekerja yang lain.

8. Bawa Bekal Makanan

Semua orang tahu yang makanan boleh menggabungkan kita semua. Rakan kerja akan lebih menghargai perkara ini (terutamanya bila mereka tak ada appa apa makanan), dan ini akan memberikan anda peluang yang lain untuk berinteraksi dengan orang baru. Ia merupakan bonus point kalau orang lain meminta resipi makanan yang anda sendiri sediakan.

9. Sediakan Tempat (Platform) Berbual

Sekiranya anda tahu cara untuk kongsi apa apa perkara yang boleh menarik minat rakan kerja anda, anada bolehlah berbual di ‘chat room’ contohnya seperti group whatsapp, dimana semua orang boleh berbincang dan berbual di situ.

Sebenarnya, ia boleh menjadi apa apa sahaja topik – contohnya tentang sukan, tv,resipi atau apa apa sahaja.

10. Buat Kerja Jauh Dari Ruang Kerja Anda

Sekiranya anda berpeluang untuk buat kerja anda di tempat lain selain meja kerja anda contohnya di sekitar pejabat, ambillah peluang ini untuk duduk di tempat yang anda boleh jumpa rakan kerja yang lain.

11. Pastikan Anda Ada Sikap Yang Positif

Sekiranya anda tak pernah merungut tentang apa apa kerja yang anda buat ataupun terlibat dengan drama dalam pajabat anda, ini akan membuatkan orang lain berasa selesa untuk bergaul dengan anda dan mencontohi sikap positif anda.

Positif attitude akan memudahkan diri anda mudah didekati oleh orang lain.

12. Cuba Untuk Membantu Orang Lain

Walaupun itu merupakan sesuatu di luar kepakaran anda, cuba untuk beri pertolongan kepada rakan kerja anda kalau boleh sebelum mereka meminta tolong.

Ini akan membolehkan anda bekerja dan berjumpa dengan orang yang baru, mereka juga akan menghargai hasil kerja anda.

13. Menegur Semua Orang

Dengan cara menegur ‘hai’ atau ‘selamat pagi’ dengan rakan kerja yang duduk bersebelahan anda setiap hari merupakan perkara yang sangat mudah untuk jadi peramah dan mesra.

Apabila anda ada terserempak dengan sesiapa sahaja di mana mana, jangan tunduk kebawah – cuba untuk senyum dan tegur mereka, dan sekiranya anda tidak pernah berjumpa dengan mereka, perkenalkanlah diri anda.

Ini merupakan cara mudah untuk berkawan dengan mereka yang masih tidak mengenali diri anda.

14. Berjaga-jaga Dengan Bahasa Tubuh

Anda tahu tak, apabila anda berpeluk tubuh, membalas mesej dengan handphone ataupun memakai earphone akan membuatkan anda kelihatan tidak mesra dan susah untuk didekati. Apabila anda kelihatan bersifat terbuka, akan membuakan orang mudah untuk mendekati anda.

15. Jadilah Diri Sendiri 

Akhir sekali, jadilah diri sendiri. Sebenarnya ia menjadi sesuatu yang tak berguna sekiranya anda berkenalan dengan kawan baru tetapi mereka tak kenal pun diri anda yang sebenarnya.

Sebenarnya anda tak perlu pun untuk kongsi semua benda, tapi janganlah takut unuk berbincang tentang kehidupan dan minat anda yang tak ada kaitan langsung dengan hal kerja – ingatlah bahawa hubungan kawan yang baik bermula dengan kejujuran.

Dengan menjadi orang baru di tempat kerja merupakan sesuatu yang agak menyeramkan, tetapi apa yang kami oleh janji ialah anda tak akan menyesal sekiranya anda berusaha untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan rakan kerja anda.

Dengan masa yang sangat banyak yang anda akan habiskan dalam pejabat sebenarnya sangat mempengaruhi hasil kerja anda.

Jadi sekiranya anda mempunyai tugas kerja yang baru di tempat kerja yang baru, cubalah menggunakan cara mudah untuk berkawan di tempat kerja baru yang admin kongsikan ini.

[Baca juga : 6 Kunci Ayat Untuk Berkomunikasi Bersama Majikan Anda] 

Pendapat anda?
Share: