Work Life Balance

10 Website PERCUMA Yang Mampu Menambah Kualiti Hidup Anda

Kita melihat  semakin hari semakin bercambah website yang memberikan kebaikan dan manfaat kepada orang ramai. Zaman teknologi yang kian berkembang pesat ini memberikan kita semua untuk akses dengan lebih mudah dengan adanya talian internet.

Tidak semua website yang memberikan kita sesebuah nilai yang baik itu mengenakan bayaran. Lihat perkongsian di bawah, 10 Website PERCUMA yang boleh meningkatkan kualiti hidup anda :

1. MyFitnessPal

Website ini menawarkan anda untuk mengesan jumlah kalori terbakar di dalam badan anda jika melakukan sesuatu aktiviti. Ia bergerak seperti personal assistant anda untuk membantu mendapatkan bentuk badan yang paling ideal.

Di dalam website ini dia membolehkan anda mengesan kalori, berikan anda tips, dan analisis yang lebih details mengenai prestasi kesihatan anda.

2. Appear.in 

Di dalam website ini, anda diberikan akses untuk membuat video call meeting secara pantas! Apa yang membezakan Appear.in adalah, anda hanya perlu create room video anda dengan membuat satu link — share link itu kepada kawan untuk join—- dan thats it !

Kawan anda akan terus memasuki video room berkenaan dan anda sudah boleh untuk membuat perbualan / meeting dan sebagainya. Ia sangat mudah, cepat dan efisien !

3. Calm 

Anda stress dan hadapi tekanan ? Luangkan masa 10 minit untuk bersantai dengan tenang. Aplikasi ini seperti satu meditasi pemikiran yang boleh membawa anda kepada suasana ketenangan dan santai kedalam hidup anda.

Pelbagai mood bunyian yang ada di dalam website ini seperti bunyi mountain lake/ fireplace/Thurderstorm dan banyak lagi. Selain daripada bunyian ini, mereka juga memberikan tips-tips untuk kekal bahagia dan tenang.

Yang paling menarik, mereka menyediakan program pemulihan jika anda benar-benar mempunyai masalah dalam mencari ketenangan. Sekarang ia lebih mudah!

4. Evernote 

Ia sebuah website yang berfungsi untuk anda mencatat nota-nota anda dan menyimpankan ia. JIka anda seorang traveler yang suka menulis sambil mengembara, Evernote ni sangat sesuai dengan anda. Ia boleh di download di dalam phone ataupun pc.

Ia dapat memastikan kesemua nota dan kerja-kerja anda tersusun di satu tempat dengan kemas. Sekarang anda boleh menyimpan nota, simpan artikel dan kongsikan kepada sesiapa yang anda mahu melalui evernote.

5. CreativeLIVE

 Nah, platform yang menyediakan pembelajaran secara PERCUMA ! Anda nak belajar menjadi photographer / art&design / music &audio dan bermacam lagi yang mereka tawarkan. Ini sangat baik untuk menambah nilai kepakaran terhadap diri anda sendiri.

Lepasni, walaupun anda seorang akauntan. Anda juga boleh mengetahui serba sedikit ilmu di luar bidang anda seperti photo & video / art&design dan sebagainya. Tidak lah bosan hanya belajar perkara yang sama sahaja setiap hari. Explore something new!

6. Stickk 

Jika anda seorang yang susah untuk mencapai pencapaian anda, stickk ini mampu membuatkan anda mampu untuk mencapainya. Caranya dengan anda meletakan sebilangan wang anda di dalam ini.

Anda tidak akan dapat kembali wang anda jika matlamat yang anda set pada permulaanya tidak tercapai!

Ia mengetengahkan untuk anda bekerja dalam tekanan. Sekarang cakap sahaja tidak guna tanpa tindakan. Kadangkala keberadaan kita pada zon selesa yang membuatkan kita tidak kemana-mana. Sebab itu seseorang itu perlukan tekanan untuk membawanya kedepan.

7. Momentum 

Anda semua wajib meletakkan momentum extension ini pada browser anda. Setiap kali anda tekan pada browser, satu wallpaper yang cantik akan dipaparkan kepada anda yang menunjukkan masa dan focus apa yang perlu anda lakukan harini (fokus ini anda boleh set sendiri)

Selain daripada tu, ada juga kelebihan untuk anda meletakkan To Do Notes untuk perkara-perkara yang akan anda lakukan pada hari berkenaan. Menurut psikologi, apa yang selalu anda lihat akan memberikan kesan kepad apa yang anda akan rasa dan fikir. Ini merupakan salah satu cara untuk meningkatkan kualiti hidup anda.

8. Freedom 

Kepada penagih-penagih media sosial, ini untuk anda. Freedom bertindak untuk blok sesebuah website daripada untuk diakses pada jumlah masa yang tertentu.

Jika anda ataupun rakan-rakan anda mempunyai masalah untuk menjauhkan diri daripada internet/apps ataupun website, freedom ini apps yang wajib dan patut mereka ada. Ini penting untuk meningkatkan fokus dan produktiviti hidup seseorang daripada dibelengu dengan dunia maya semata-mata.

9. Bodybuilding

Kepada abang-abang yang nak turunkan berat badan, nak sado tetapi malu nak minta siapa-siapa untuk tolong anda. Jangan risau, masalah itu selesai hari ini ! Dengan adanya bodybuilding ini mereka memberikan anda satu program mengikut kesesuaian berat dan tinggi anda untuk anda mencapai the end result nanti.

Apa yang perlu anda lakukan ? Hanya perlu komited dengan program yang mereka sudah berikan kepada anda. Hanya ikut sahaja setiap hari exercise yang mereka sarankan kepada anda. Kesemua latihan yang diberikan disertakan sekali dengan contoh berbentuk video supaya anda membuatnya dengan cara yang betul.

Apa lagi anda nak ?

10. Canva

Sesiapa yang tiada basic untuk buat design tu, gunakan canva. Kat sini anda boleh buat design yang simple dan cantik untuk digunakan di semua media sosial anda.

Ia amat sesuai bagi sesiapa yang melakukan konten marketing yang memerlukan setiap post anda disertakan dengan gambar. Website ini akan membantu anda membuat gambar grafik dalam masa 5 minit sahaja tanpa menggunakan photoshop ataupun illustrator.

Pendapat anda?